"Aaliyah?"
Terkejut Aaliyah dibuatnya apabila suara garau itu memasuki gegendang telinganya. Rasanya dia seperti mengenali suara ini dan bagaimana lelaki ini mengetahui namanya.
Dia cuba mengingati kembali suara ini. Dia yakin suara ini pernah didengari sebelum ini.
"Err...ye. Ni siapa ye?"
"Izhar."
Melopong terus mulut Aaliyah apabila mengetahui jejaka yang dicintainya selama ini adalah orang yang dia sedang bercakap sekarang melalui panggilan telefon.
Aaliyah terus senyap tidak tahu mahu mengatakan apa. Mulutnya juga ditekup rapat.
"Aaliyah?"
Merona merah muka Aaliyah saat ini mendengarkan suara garau itu menyebut namanya. Walaupun sekadar menyebut namanya, itu sudah boleh membuatkan muka Aaliyah bertukar merah.
"Ha, ye, ye, ye. Kenapa? Nak apa? Dah bertahun-tahun tak jumpa tiba-tiba call kenapa?"
"Sebenarnya, aku nak jumpa kau, kau free ak? Kalau boleh sekaranglah sebab ada hal yang aku nak cakap. Kalau tak boleh sekarang, nanti bila-bila kalau kau free boleh call aku, kita jumpa."
'Hah?! Biar betiq?! Belum apa-apa lagi nak jumpa. Apahal?!' Gumam Aaliyah dalam hati.
"Hah? Hal apa? Sebenarnya aku free je sekarang ni." Balas Aaliyah tenang padahal dalam hatinya sudah berdebar-debar.
'Fuh! Tenang Aaliyah. Tenang. Act cool, okeh!'
"Oh baguslah kalau macam tu kita jumpa dekat cafe. Nanti aku hantar location cafe."
"Oh, okey, okey."
Tamat panggilan.
Lantas sahaja Aaliyah bersiap lalu keluar dari rumahnya setelah mengambil beg dan kunci keretanya. Dia melihat pesanan dari Izhar.
"Dorset cafe. Okeh." Ujarnya sendirian lalu memandu kereta ke tempat yang ditetapkan.
Pakaian Aaliyah biasa sahaja. Hanya sekadar baju berlengan panjang dan seluar slack hitam serta bertudung shawl navy blue. Dia tiada niat langsung untuk berpakaian cantik hanya untuk memikat hati Izhar.
Sesampai sahaja di cafe tersebut. Aaliyah tidak menampakkan langsung kelibat Izhar. Dia berfikir mungkin Izhar tidak tiba lagi.
Beberapa minit kemudian, Izhar muncul. Sama sahaja seperti dulu di mata Aaliyah. Tinggi. Hanya berpakaian jersey biru dan seluar tracksuit. Style lelaki itu langsung tidak berubah sama sekali.
Izhar kemudian melabuhkan punggungnya di hadapan Aaliyah.
Belum apa-apa lagi, mata Aaliyah sudah terlihatkan 5 sosok figura yang tidak asing lagi baginya memasuki cafe.
"We. Ni first time kan kita masuk cafe." Tanya Keith.
"A'ah. First time." Balas Omar.
'Alamak! Kalau diorang nampak aku dengan Izhar ni mampus aku kene sakat. Aku kena bawa Izhar pergi tempat lain.' Gumam Aaliyah dalam hatinya.
Hampir sahaja mata Aaliyah bertentangan dengan mata milik Harith. Nasib Aaliyah sempat memalingkan kepalanya ke arah lain.
"Izhar!"
"Kau kenapa?"
"Jom, kita bincang kat tempat lain."
"Huh? Kenapa dengan tempat ni?"
"Jom jelah!" Ajak Aaliyah lalu melangkah kaki pergi dari situ. Izhar hanya mengikut sahaja langkah Aaliyah.
YOU ARE READING
UNEXPECTED LOVE
RandomNUN AALIYAH QURISYA × IZHAR AL-QASEEM Nun Aaliyah Qurisya yang menyimpan satu perasaan pada seorang lelaki tanpa tiada siapa pun yang mengetahuinya. Dia membiarkan sahaja perasaannya ini dipendam lama. Ketika sudah berjaya menggapai cita-citanya se...