"Ma-mak-mak-makcik?" Tergugup-gugup Aaliyah memanggil Puan Zulaikha di hadapannya sekarang.
"Ye, Aaliyah sayang. Lain kali jangan panggil makcik dah. Panggil ibu je." Ujar Puan Zulaikha lembut.
Aaliyah memandang gerangan lain. Dia melihatkan wajah Izhar yang masih lagi tenang dan muka Azri di sebelah Izhar sambil membuat gaya peace kepada Aaliyah.
"Iz-Iz-Izhar?" Azri mengangguk. Seperti tahu sahaja apa yang berada di fikiran Aaliyah.
Mereka berbual mengenai majlis nikah Izhar dan Aaliyah manakala Aaliyah pula masih lagi terkejut dengan apa yang terjadi. Otaknya masih lagi mencerna. Dia tidak fokus langsung terhadap perbualan yang menujukan kepada dirinya dan Izhar.
Aaliyah mengerling sekilas ke arah Izhar. Dilihat lelaki itu hanya beriak tenang sahaja.
'Macam mana lah mamat tu boleh nampak tenang je?' Omel Aaliyah dalam hati.
Aaliyah melihat keluarga bakal suaminya. Aaliyah mengenali Izhar, Puan Zulaikha dan Azri sahaja tetapi terdapat lagi seorang lelaki tua yang mungkin adalah bapa kepada Izhar. Dia tidak pernah lagi bertemu dengan bapa Izhar dan seorang lagi lelaki yang kelihatan lebih tua dari Izhar tetapi nampak muda. Mungkin itu adalah abangnya Izhar. Dia juga tidak pernah bertemu dengan abang Izhar sebelum ini.
Aaliyah memandang Izhar. Ini kali pertama dia melihat Izhar sekemas begini. Selalunya hanya bert-shirt tetapi sekarang nampak lain.
"Oh! Kami ada seorang lagi anak perempuan. Dia tak boleh datang hari ni sebab ada kerja jadi Aaliyah tak bolehlah jumpa bakal kakak iparnya." Ujar Puan Zulaikha lembut. Aaliyah tersenyum janggal.
'Oh! Ada kakak ke?' Soal Aaliyah dalam hati.
Akhirnya mereka semua beransur pulang. Sempat Puan Zulaikha memeluk Aaliyah sebelum pulang. Aaliyah hanya melihat kepergian mereka dari pintu rumah.
Dia tidak tahu langsung apa yang dibicarakan oleh mereka tadi walaupun dia duduk di sebelah Puan Julia kerana kerap sekali mengelamun tetapi apa yang dia tahu sekarang adalah...
Izhar! Bakal suaminya! Siapa sangka?!
Hati Aaliyah sudah terloncat gembira. Siapa sahaja yang tidak gembira apabila disatukan oleh orang yang memang kita cintai setulus hati.
Di dalam doanya juga kerap kali nama Izhar terbit. Mungkin doanya sudah termakbul?
"Kahwin?!!!" Serentak mereka semua. Tersedak Aaliyah dek kerana terkejut dengan teriakkan rakannya.
"Haish! Diamlah! Orang pandang!" Tegur Aaliyah.
"Tak! Masalahnya kau kata kau akan dikahwinkan atas pilihan mak bapak kau sendiri. Dengan siapa?" Soal Alya. Aaliyah terdiam mendengarkan soalan itu. Karang ada yang kena sakat.
"Err...aku tak jumpa lagi dia!"
"Eh. Tapi tadi kau kata kau dah jumpa dah keluarga dia." Ujar Athena. Aaliyah melepaskan keluhan kecil.
"Izhar." Jawab Aaliyah sepatah.
"Izhar!" Serentak mereka semua lagi. Aaliyah meletakkan jari telunjuk ke bibir. Susah betul dapat member yang tak reti cover.
"Tak sangka do kau dah nak kahwin." Ujar Brianna.
"Habislah Izhar dapat bini macam Aaliyah." Ujar Athena. Semua memandang ke arah Athena.
"Aku rasa bergegar rumah weh." Sambung Athena lagi. Semua hanya mengangguk tanda bersetuju.
"Boleh botak Izhar dengan perangai Aaliyah." Sambung Athena lagi.
YOU ARE READING
UNEXPECTED LOVE
SonstigesNUN AALIYAH QURISYA × IZHAR AL-QASEEM Nun Aaliyah Qurisya yang menyimpan satu perasaan pada seorang lelaki tanpa tiada siapa pun yang mengetahuinya. Dia membiarkan sahaja perasaannya ini dipendam lama. Ketika sudah berjaya menggapai cita-citanya se...