BAB 27 : RIDZA?

6 1 0
                                    

Beberapa hari berlalu selepas hari temu duga berlangsung. Izhar masih lagi tidak mengendahkan Aaliyah seolah-olah gadis itu tidak wujud di dunia ini. Aaliyah tidak mahu dilihat terlalu meminta perhatian Izhar jadi dia membiarkan sahaja Izhar berbuat sedemikian walaupun hatinya terasa sedikit sakit.

"Aku...balik dulu eh?" Tanya Aaliyah.

"Hmm." Balas Izhar tanpa memandang Aaliyah lalu terus menerobos masuk ke dalam perut kereta. Aaliyah pula hanya mengangguk-angguk. Mahu menunjukkan bahawa dia tidak kisah lalu terus memasuki perut keretanya.

Izhar menggerakkan keretanya. Aaliyah berkerut apabila melihat Izhar memasuki jalan selain jalan balik ke rumahnya.

Dengan rasa curiga yang telah menguasai diri, Aaliyah mengikuti sahaja kereta Izhar.

"Sah! Ini jalan lain tapi..dia nak pergi mana?" Soal Aaliyah sendirian di dalam kereta. Keretanya masih lagi setia mengikuti Izhar sehinggalah tiba di sebuah restoran tetapi yang peliknya Izhar pergi ke belakang restoran. Lalu dia keluar dari perut keretanya dan berjalan menghampiri pokok berdekatan. Telefon dikeluarkan dari kocek seluar. Aaliyah turut keluar dari keretanya lalu menyembunyikan diri disebalik tembok.

"Mana Ridza ni?" Soal Izhar.

"Ridza?" Dahi Aaliyah berkerut seribu mendengar nama Ridza.

"Siapa Ridza?" Soal Aaliyah perlahan.

Setelah lama menunggu, Ridza tidak muncul sebaliknya seorang gadis berpakaian seksi datang mendekati Izhar. Izhar tidak langsung menyedari kehadiran gadis itu kerana fokusnya sekarang terhadap telefonnya namun Aaliyah menyedarinya. Dia tahu gadis itu mesti mahu melakukan sesuatu yang tidak baik terhadap Izhar jadi dia bertindak mendekati gadis itu lalu menarik kasar lengan gadis itu dan membawanya bersembunyi di sebalik tembok.

"Apa..hump!" Jerit gadis itu menyebabkan Izhar berpaling mencari sumber suara namun tidak dijumpainya. Dia kemudian menggelengkan kepalanya lalu kembali menyibukkan diri.

"Kau buat apa hah?! Kau cuba nak buat apa hah?! Kau saja kan pakai macam ni lepas tu try nak dekat-dekat dengan dia?!" Soal Aaliyah geram namun dalam berbisik mengharap Izhar tidak mendengarnya.

"Hmmph!" Gadis itu tidak dapat menjawab pertanyaan Aaliyah kerana tangan Aaliyah masih lagi setia menekup mulutnya. Dia tahu jika dia berhenti menekup mulutnya, pasti gadis itu akan menjerit. Aaliyah memutuskan untuk membawa gadis itu lebih jauh. Tekupan di mulut dilepaskan.

"Sekarang bagitahu aku, apa yang kau try nak buat tadi? Kau nak buat benda bukan-bukan kan?" Soal Aaliyah lagi. Gadis itu mencebik.

"Kenapa you sibuk nak tahu? You ada apa-apa ke dengan dia?" Soal gadis itu pula sambil menyilangkan tangannya ke dada. Aaliyah menjadi semakin meluat apabila mendengar gadis itu menggunakan 'I, you'.

"Ha'ah! Aku ada apa-apa dengan dia. Sekarang aku tanya kau lagi kau nak buat apa?" Geram pula Aaliyah dibuatnya apabila dirinya disoal pula. Pecah tawa sinis gadis itu.

"Kalau I tak nak, you nak buat apa?" Soal gadis itu sambil menjongketkan sebelah kening. Aaliyah sudah membuak-buak rasa geram. Dia tersenyum sinis menyebabkan gadis itu mula kecut perut melihat senyuman Aaliyah yang seram. Dia berjalan mendekati gadis itu lalu menarik rambut gadis itu menyebabkan gadis itu mendongak memandangnya dikeranakan beza tinggi mereka boleh dikatakan agak jauh. Gadis itu meringis kesakitan.

"Sekarang bagitahu atau aku buat lagi teruk dari ni." Sinis Aaliyah menyebabkan air mata gadis itu mula mengalir.

"Ridza paksa I untuk buat ni! Dia suruh I timbulkan fitnah! Dia bahaya dari you jangka!" Jelas gadis itu sambil menangis tersedu-sedan. Aaliyah tergamam seketika.

'Ridza? Siapa Ridza ni? Apa kaitan dengan Izhar? Kenapa dia nak buat macam tu? Apa yang bahaya sangat dia tu?' Soalan itu mula bermain di fikiran Aaliyah.

Dia melepaskan cengkaman di rambut gadis itu.

"Ugh! Fuck! Mesti dia marah nanti!" Gadis itu mula memeluk lutut dan menangis sepenuhnya di situ. Aaliyah kasihan melihat gadis itu jadi dia memutuskan untuk membawa gadis itu.

Pakaian baru dibeli lalu diberikan pada gadis itu untuk menukar pakaiannya yang agak terdedah. Gadis itu menurut.

"Sekarang kau nak pergi mana?" Soal Aaliyah. Matanya fokus pada pemanduannya.

"Saya tak tahu lah. Saya pasti dia akan cari saya sampai lubang cacing." Aaliyah memandang sekilas gadis itu dari ekor mata sebelum kembali fokus pada pemanduannya.

"Siapa dia?"

"Ridza." Aaliyah mengeluh mendengar nama itu kembali. Persoalan tadi mula kembali bermain di fikirannya.

"Siapa Ridza sebenarnya?" Soal Aaliyah. Gadis itu diam seketika sebelum membuka mulut.

"Dia orang yang bahaya. Saya tak tahu apa kaitan dia dengan lelaki tadi tapi yang saya tahu, dia bahaya." Jelas gadis itu ketakutan. Aaliyah dapat melihat ketakutan gadis itu. Menunjukkan lelaki bernama Ridza memang bukan orang sembarangan. Dia bahaya. Aaliyah tidak mahu menyanyakan hal itu terus-terusan kerana melihatkan gadis itu sudah menggeletar.

"Kau duduk rumah aku dululah. Aku tinggal sorang."

"Betul ke ni?" Aaliyah menggangguk.

"Terima kasih." Aaliyah hanya tersenyum tipis mendengarkan itu.

Sampai di rumah gadis itu terus melelapkan matanya. Mungkin kerana penat. Tidak sempat Aaliyah mahu bertanyakan namanya.

Aaliyah memasuki sebuah bilik di rumahnya lalu mula menggodam CCTV di belakang restoran. Mungkin ada petunjuk. Ini adalah salah safu kepakaran Aaliyah yang tiada siapa mengetahuinya.

Aaliyah memerhati setiap satu rakaman CCTV. Dia membuang rakaman yang menampakkan gadis itu, Izhar dan dirinya lalu ditukarkan kepada rakaman belakang restoran yang kosong. Dia mahu menyelidik lebih lagi tetapi dek kerana terlalu mengantuk, dia berhenti melakukan kerjanya lalu membersihkan diri sebelum menunaikan solat Isyak terlebih dahulu kemudian tidur.



Beberapa hari telah berlalu, Aaliyah juga kerap mencari maklumat mengenai lelaki bernama Ridza namun tidak dijumpai. Nyata lelaki itu mempunyai kabel-kabel yang kuat menyebabkan Aaliyah sedikit sukar untuk mencari maklumatnya. Matanya juga semakin lama bertukar kepada mata panda dek kerana kerap menghadap laptop dan komputer. Izhar juga perasan akan hal itu. Dirinya risau akan Aaliyah namun tembok egonya itu tinggi jadi dia berbuat tidak kisah. Aaliyah juga kerap termenung memikirkan sesuatu.

"Aaliyah." Sahut Sarah menyebabkan lamunan Aaliyah terhenti.

"Hah? Apa?"

"You kenapa asyik termenung je kebelakangan ni? You ada masalah ke? Kalau ada, I ada untuk memasang telinga."

"Biarlah aku nak termenung jauh mana pun. Asal termenung je ada masalah, ada masalah je termenung. Mende siak!" Geram Aaliyah. Rimas! Sarah mencebik.

"Eh! Aaliyah! Look at that." Sahut Sarah sambil jari telunjuknya menunding ke arah sesuatu.

"Apa mende kau tunjuk?"

"Tu! Tu! Izhar dengan Kenji." Aaliyah mengecilkan matanya memandang dua manusia yang sedang berperang tatapan.

"Diorang apahal? Ada masalah mata ke?" Tanya Aaliyah. Sarah hanya mengangkat bahunya.
















..................................................................








UNEXPECTED LOVEWhere stories live. Discover now