BAB 40 : PERANGKAP

13 1 0
                                    

Tergesa-gesa Aaliyah berlari menuju ke rumah Hanafi dan Rahim diikuti oleh Izhar.

Dia mendapat khabar bahawa abangnya itu, Asyraf telah dibelasah oleh sekumpulan lelaki bertopeng.

Saat berada di hadapan pintu rumah milik Hanafi dan Rahim, laju sahaja tangan Aaliyah mengetuk kuat pintu rumah tersebut.

"Sabar! Sabar! Ya, Allah! Boleh tercabut pintu rumah aku!" Marah Rahim sejurus selepas membuka pintu rumahnya. Dengan selamba, Aaliyah terus menerjah masuk ke dalam rumah tersebut. Matanya melilau mencari kelibat abangnya.

Saat kelibat abangnya muncul di retina matanya, laju sahaja kakinya melangkah mendekati abangnya.

"Syraf! Ya, Allah! Tak sangka dah jadi joker." Ujar Aaliyah sambil menggelengkan kepalanya. Asyraf pula sudah menjeling tajam adik perempuannya itu. Boleh pula dia berkata begitu saat-saat dia sedang sakit ini?

"Hehe. Sorry, sorry." Aaliyah lalu melabuhkan punggung di sebelah abangnya yang duduk di atas sofa.

"Siapa pukul kau?" Pertanyaan pertama yang meluncur keluar dari bibir Aaliyah.

"Mana aku tahu. Yang aku tahu, diorang ramai, pakai mask." Jelas abangnya. Aaliyah mengemam bibir.

"Asyraf tumpang rumah kitaorang kejap sebab risau nate tu datang balik kacau dia. Asyraf dahlah tinggal sorang-sorang." Jelas Hanafi. Aaliyah mengangguk faham.

"Tak ada ke ciri-ciri lain kat manusia durjana yang pukul kau tu?" Soal Aaliyah. Sempat lagi dia mengutuk.

"Tak ada kot rasanya. Hah! Ada, ada. Aku baru ingat. Ada lambang 'R' dekat setiap baju hitam diorang." Jelas Asyraf. Mereka semua mengerutkan dahi.

"Lambang 'R'?"

Ketika mendengarkan itu, ada satu orang yang terlintas di fikiran Izhar.

Ridza.

Namun begitu, dia memutuskan untuk mendiamkan diri terlebih dahulu. Dia akan bertemu dengan lelaki itu secara berhadapan pada suatu hari nanti.

Aaliyah perasan sejak pulang dari melawat Asyraf, Izhar terlihat seperti ada sesuatu yang mengganggu fikirannya.

"Kenapa? Fikir apa?" Soal Aaliyah sejurus selepas mereka memasuki rumah. Izhar memandang Aaliyah sekilas.

"Tak ada apa-apa cuma..."

"Cuma?" Izhar melepaskan keluhan berat.

"Orang-orang yang serang Asyraf tu anak buah Ridza." Jelas Izhar seraya melabuhkan punggung di atas sofa.

"Ridza?" Aaliyah kembali teringat dimana ada seorang gadis itu telah dipaksa melakukan kerja untuk Ridza. Siapa Ridza sebenarnya? Apa yang lelaki itu mahukan?

"Kau tak ingat?" Soal Izhar. Ridza adalah rakan sekelas mereka sewaktu sekolah menengah dahulu. Tidak mungkin Aaliyah lupa.

"Ridza mana ni?" Soalan dibalas soalan.

"Hmm tak apalah. Kau tak kenal." Izhar memutuskan untuk mendiamkan diri. Lebih baik jikalau gadis itu tidak mengingati Ridza, rakan sekelas mereka dahulu. Aaliyah memandang pelik suaminya itu. Rasa curiga sekali lagi mula menyelubungi dirinya.

"Apa dia nak? Kenapa nak serang Asyraf menggunakan anak buah kerek dia tu? Seranglah sendiri. Dasar pengecut!" Soal Aaliyah bertalu-talu. Sempat dia mengutuk jejaka tersebut. Izhar melepaskan keluhan. Dia perlu bertemu dengan Ridza namun dia sendiri tidak tahu dimana lokasi jejaka itu. Ridza memang bijak dalam bersembunyi.







Izhar baru sahaja selepas bertemu dengan rakan-rakannya, Farhan, Iskandar, Lokman, Hazwan dan juga Ismail. Dia singgah sebentar di sebuah kedai kek apabila teringatkan sang isteri.

UNEXPECTED LOVEWhere stories live. Discover now