BAB 47 : PENGAKHIRAN?

14 2 0
                                    

"Go on."

Laju sahaja anak buah Ridza mengelilingi Aaliyah. Sekarang, Aaliyah sudah terkepung.

1

2

3

Serentak dengan itu, anak buah Ridza semua meluru ke arah Aaliyah untuk menyerang namun seperti biasa Aaliyah lebih pantas.

Seorang lelaki bersedia untuk menumbuk Aaliyah namun Aaliyah dengan pantas mengelak lalu menendang seorang lagi lelaki yang ingin menyerangnya dari belakang.

Satu lagi tumbukan yang bakal dihalakan kepadanya namun Aaliyah memegang pantas tangan lelaki itu lalu dipusing sehingga lelaki itu mengerang kesakitan.

Tangan lelaki itu dibawa menumbuk salah seorang lagi lelaki yang ingin menyerangnya.

Aaliyah berlari ke arah sebuah meja. Lalu meja kecil itu dicampak ke arah anak buah Ridza itu. Ridza yang melihat itu pula sudah tertawa terbahak-bahak sambil menepuk-nepuk tangannya umpama melihat rancangan komedi pula.

Melihat ada lagi yang ingin menyerangnya, mata Aaliyah meliar mencari sesuatu.

Matanya tertancap pada sesuatu benda besi yang terlekat pada dinding atas.

Aaliyah berlari lalu bergayut pada pegangan itu kemudian menendang satu persatu anak buah Ridza. Makin kuat tawa Ridza kedengaran didalam ruangan tersebut.

Terlihat anak buah Ridza sudah kalah terbaring lemah diatas lantai. Ada juga yang pengsan. Aaliyah berpaling menghadap Ridza yang hanya tenang duduk diatas kerusi.

"As we expected, it was Aaliyah!" Ujar Ridza. Dia lalu bangun.

"Sekarang, mari kita tengok, masih kuat lagikah seorang Aaliyah ni mahu berlawan?" Sinis Ridza. Aaliyah faham akan kata-kata itu.

Dia akan berhadapan pula dengan Ridza.

Ridza berjalan mengeliling Aaliyah seraya tersenyum senget. Aaliyah pula hanya mencerlung tajam ke arah Ridza.

Serangan pertama dimulakan oleh Aaliyah namun cepat sahaja Ridza mengelak dengan selamba.

Bertubi-tubi serangan dilakukan oleh Aaliyah namun semuanya dapat ditepis dengan mudah oleh Ridza.

Aaliyah mengangkat kakinya, bersedia untuk menendang lelaki itu namun Ridza terlebih dahulu menangkap kaki panjang Aaliyah.

"My turn." Serentak dengan itu, kaki Aaliyah dicampak kasar oleh Ridza menyebabkan Aaliyah hilang keseimbangan. Ridza mengambil peluang dengan menumbuk kuat tepat diwajah Aaliyah.

Bertubi-tubi tumbukan itu dilepaskan kepada wajah bersih Aaliyah namun sekarang sudah dikotori dengan darah akibat ditumbuk.

Tumbukan sekali lagi dilepaskan namun Aaliyah menahan tangan itu daripada hinggap ke wajahnya sekali lagi. Ridza tersenyum senget lalu tangannya memukul kuat belakang leher Aaliyah menyebabkan Aaliyah terduduk lemah.

Tidak habis sampai disitu sahaja. Lutut Izhar pula menendang kuat muka dan perut Aaliyah menyebabkan darah keluar dari mulut Aaliyah.

Izhar lalu menarik kepala Aaliyah yang masih lagi bertudung itu dibawa ke dinding lalu....

Bak!

Dihentak kuat kepala Aaliyah berkali-kali ke dinding. Aaliyah sudah lemah. Dia tidak mampu melawan kekuatan Ridza.

Kepalanya saat ini hanya memikirkan tentang Izhar. Mengapa Izhar menyimpan semua ini seorang diri? Mengapa Izhar harus tanggung semuanya seorang diri? Tidak diendahkan tubuhnya yang sudah sakit dan penuh darah.

UNEXPECTED LOVEWhere stories live. Discover now