"Eh. Abang, jangan macam ni, bang. Kitaorang baru budak sekolah." Ujar muridnya. Berusaha untuk menjadi sopan seperti yang dipesan oleh Aaliyah.
"Sini. Tengok isi dompet kau tu." Ujar salah seorang lelaki lalu merampas kasar dompet milik muridnya.
"Oi!"
Mereka langsung berpaling pada arah suara itu kedengaran.
Berkerut muka mereka melihat penampilan Aaliyah itu.
"Jangan sesuka hati kikis duit budak sekolah." Ujar Aaliyah yang memakai topeng Spiderman itu.
"Kau siapa?" Tanya salah seorang lelaki.
"Aku? Aku adalah....hamba Allah." Jawab Aaliyah.
"Dan engkau jangan sentuh diorang!" Sambung Aaliyah lalu berlari mendekati mereka yang masih terkebil-kebil itu.
Dalam sekelip mata, Aaliyah telah berjaya membuatkan lelaki-lelaki itu lari. Dia berpaling memandang muridnya.
"Jaga diri baik-baik ye. Dengar kata orang tuamu." Ucap Aaliyah lalu melangkah mahu meninggalkan tempat itu.
"Aaliyah!"
Terhenti langkah Aaliyah mendengar muridnya menjerit namanya. Dia berfikir muridnya tidak mengenalinya disebalik topeng ini.
"Aduu. Macam mana boleh kantoi ni." Bisiknya perlahan.
"Ergh..macam mana korang tahu?" Soal Aaliyah.
"Tengok cara jalan, cara cakap dengan suara kau pun kitaorang dah tahu." Ujar muridnya.
Aaliyah tersengih-sengih. Malu apabila diketahui oleh murid-muridnya.
Akhirnya kedua muridnya itu memanggil satu kelas untuk bergambar bersama Aaliyah memandangkan Aaliyah berpakaian seperti itu.
End of flashback
"Haih. Aaliyah, Aaliyah."
Aaliyah merebahkan dirinya di atas sofa. Penat seharian.
Tiba-tiba dia mendapatkan satu panggilan.
Lantas dia mengeluarkan telefonnya dari beg dan menilik sekejap pemanggil.
'Abang Ngoh Asyraf'
Terpancul nama abangnya. Dahinya berkerut melihat nama abangnya. Jarang sekali abangnya itu mahu menelefonnya. Kalau telefon maksudnya mesti ada sesuatu.
Dia terus mengangkat panggilan itu. Telefon ditekapkan di telinga.
"Helo." Ucap Aaliyah kasar. Sudah terbiasa baginya.
"Aku on the way ke rumah kau."
"Huh?! What the fuck?! Kau apasal nak datang rumah aku?!"
"Aku nginap sana jap."
"Asal?! Ada apa nak duduk rumah aku lak?!"
"Alaa...duduk sekejap je. Nanti aku blah la. Aku ada kerja sikit kat sana."
Aaliyah mendengus kasar.
"Ha yelah, yelah."
Langsung Aaliyah mematikan panggilan.
Ting! Ting! Ting! Ting! Ting!
Dengar sahaja bunyi loceng rumahnya ditekan, dia sudah pasti itu adalah abangnya.
"Ish! Sabarlah anjing! Pergi tekan loceng rumah aku banyak kali dah kenapa? Bising tau tak?!" Ujarnya sendirian seraya mengambil tudung untuk disarung ke kepala lalu melangkah menuju ke pintu utama rumah dan membukanya.
YOU ARE READING
UNEXPECTED LOVE
RandomNUN AALIYAH QURISYA × IZHAR AL-QASEEM Nun Aaliyah Qurisya yang menyimpan satu perasaan pada seorang lelaki tanpa tiada siapa pun yang mengetahuinya. Dia membiarkan sahaja perasaannya ini dipendam lama. Ketika sudah berjaya menggapai cita-citanya se...