BAB 26 : WIN

6 1 0
                                    

"Aaliyah! Aku masuk Islam demi kau, tahu tak?! Demi kau! Untuk kau! Ini ke cara layanan kau ke aku?!" Marah Kenjiro.

Aaliyah terkedu mendengarkan itu. Sebegitu obseskah Kenjiro terhadap dirinya.

"Kenjiro." Panggil Aaliyah perlahan.

"Apa?! Kau nak kata aku ni apa?! Gila?! Woi, Aaliyah! Lelaki Jepun kalau jatuh cinta akan jadi gila lah! Ye! Aku gila dengan kau!"

"Kenjiro!" Kenjiro terus senyap mendengar laungan Aaliyah.

"Kalau niat kau masuk Islam hanya disebabkan aku, baik tak payahlah."

"Apa guna kau masuk Islam demi aku? Allah tetap tak redha."

"Kenapa perlu pentingkan orang macam aku ni? Patutnya kau kena pentingkan Allah terlebih dahulu. Letakkan Allah di nombor satu, Kenjiro."

"Cintakan Allah terlebih dahulu. Jangan cintakan aku lebih daripada kau cintakan Allah."

"Niatkan dalam hati, kau peluk agama Islam semata-mata kerana Allah, bukan kerana aku."

"Jangan tunggu ikhlas terlebih dahulu baru nak kerjakan ibadah. Kerjakan ibadah terlebih dahulu sehinggalah ikhlas."

"Aku tak sempurna, Kenjiro. Aku tak sempurna. Yang sempurna itu Allah. Allah yang Maha Esa."

"Mungkin kau patut belajar lebih mendalam lagi bab agama ni baru kau akan faham."

"Jangan terlampau memperbesar-besarkan aku, Kenjiro. Aku hanya manusia biasa."

"Mintalah ampun banyak-banyak daripada Allah." Ujar Aaliyah panjang lebar sebelum kakinya kembali memasuki stadium.

Kenjiro masih terdiam di tempatnya. Sejujurnya, kata-kata Aaliyah menyentapkan dirinya. Benar. Dia memeluk agama Islam hanya kerana Aaliyah tiada alasan lain. Namun dia perlu fokus terlebih dahulu kepada Yang Maha Esa. Dia perlu memperbanyakkan lagi ilmu agamanya.




Aaliyah terus mendekati Sarah yang jelas kelihatan cemas riak wajahnya.

"Sarah! Kenapa? Apa jadi? Dah berapa dah?" Soal Aaliyah.

"Indonesia 3, pasukan kita 1." Jelas Sarah. Aaliyah menumpukan fokusnya terhadap perlawanan. Berdoa agar pasukan Izhar menang.

Sedangnya menumpukan perhatian kepada perlawanan, tiba-tiba satu pesanan mesej masuk dari telefon Aaliyah. Lantas Aaliyah mengeluarkan telefonnya mahu melihat siapakah gerangan orang yang memesejnya.

Berkerut dahi Aaliyah apabila melihat nombor yang tidak dikenali mesej dirinya. Nombor itu ditekan dan terpancul gambar neneknya yang sedang menyiram pokok bunga. Mesej kedua pula masuk.

Kalau kau nak nenek kesayangan kau ni selamat, datang sini

Tanpa berfikir panjang, Aaliyah terus pergi dari situ.

"Aaliyah!" Laung Sarah saat melihat Aaliyah tiba-tiba sahaja beredar dari situ.

"Aku kena pergi somewhere jap." Jelas Aaliyah lalu meninggalkan tempat itu. Yang berada di kepalanya sekarang ini hanyalah neneknya.

Rumah neneknya berada berdekatan dengan kawasan sini kerana dia berada di Terengganu. Disebabkan keretanya berada di KL, terpaksalah dia menaiki teksi untuk pergi ke rumah neneknya.



Nenek Aaliyah dengan tenangnya menyiram pokok bunga yang berada di luar rumah. Anak-anaknya semua berada di luar negeri. Hanya dia sahaja yang tinggal bersendirian namun tiada masalah baginya kerana dia merasa tenang tinggal seorang diri.

UNEXPECTED LOVEWhere stories live. Discover now