Beberapa tahun telah berlalu. Aaliyah sekarang berjaya menjadi seorang guru.
Tahun ini, dia berpindah mengajar di sebuah sekolah menengah khusus lelaki.
Baginya menjadi guru tidak senang kerana memerlukan kesabaran yang tinggi tambahan lagi, Aaliyah mendapatkan kelas yang dipenuhi dengan murid delinkuen. Lebih sukar baginya untuk menghadapi mereka.
Namun dia tetap bersabar dan berusaha untuk menghadapi anak muridnya itu walaupun mereka langsung tidak menghargai usaha Aaliyah.
Aaliyah mengeluarkan keluhan besar sebelum dia memasuki kelas yang langsung tidak kelihatan seperti sebuah kelas. Banyak coretan, contengan, lukisan dan lain-lain lagi di luar kelas.
Sebaik sahaja dia memasuki kelas tersebut, tiada siapa pun yang mengalihkan perhatian mereka kepada Aaliyah.
Aaliyah diibaratkan seperti orang yang tidak wujud di dalam kelas itu.
Keadaan kelas itu bising. Sangat bising.
Sehinggalah Aaliyah bersuara untuk menarik perhatian muridnya.
"Ehem! Attention please!"
Namun tetap sahaja tiada siapa yang mengalihkan pandangan mereka ke Aaliyah malah mereka menyambung aktiviti mereka itu.
"Woi! Tak nampak ke aku kat sini!" Jerit Aaliyah lagi sambil mengetuk-ngetuk rotang di tangannya ke meja.
"Salam pun tak bagi ada hati nak suruh orang pandang dia!" Jerit salah seorang murid.
"Assalammualaikum!" Jerit Aaliyah lagi memberi salam.
"Waalaikummussalam...." Satu kelas menjawab salam itu walaupun nampak tidak ikhlas.
"Dah duduk elok-elok, aku nak ajar ni." Ujar Aaliyah.
Saat Aaliyah mengajar tiada siapa pun yang fokus ke arahnya. Ada yang bermain, ada yang bersembang dan ada juga yang tidur.
Aaliyah melepaskan keluhan lalu lantas mengambil senarai nama muridnya dan memanggil salah seorang nama muridnya untuk menjawab soalan di papan hitam.
"Shah Saleh! Sila jawab soalan di depan." Suruh Aaliyah.
Keadaan di kelas tiba-tiba menjadi senyap. Semua muridnya menatap lama wajah Aaliyah.
Namun, tiba-tiba salah seorang daripada mereka bersuara.
"Kalau nak kitaorang buat sesuatu, kena cakap 'tolong'." Ujarnya sambil tersenyum jahat.
"Kenapa pula kena guna 'tolong'?" Tanya Aaliyah.
"Sebab kau nampak macam minta tolong jawabkan soalan tu." Balasnya.
"Aku tak minta tolong, aku bagi perintah." Ujar Aaliyah dengan tegas.
Shah terus sahaja bangun dari duduknya dan mendekati papan hitam. Murid lain pula hanya memberikan pandangan tidak puas hati kepada Aaliyah.
Tetapi Shah tidak pergi ke papan hitam sebaliknya mendekati Aaliyah.
Aaliyah terkejut kerana Shah mendekatinya terus dia mendongakkan kepalanya sedikit disebabkan muridnya itu lebih tinggi sedikit daripadanya. Tatapan Shah kepadanya beku.
Sangat beku.
Lalu Shah membongkokkan sedikit tubuhnya dan kepalanya merapati Aaliyah.
"I don't give a fuck." Bisiknya kepada Aaliyah.
Ternaik bulu roma Aaliyah dengan perbuatan muridnya itu. Lantas dia ke belakang menjauhi Shah.
Pandangan Shah terhadapnya seakan dia benci kepadanya.
YOU ARE READING
UNEXPECTED LOVE
RandomNUN AALIYAH QURISYA × IZHAR AL-QASEEM Nun Aaliyah Qurisya yang menyimpan satu perasaan pada seorang lelaki tanpa tiada siapa pun yang mengetahuinya. Dia membiarkan sahaja perasaannya ini dipendam lama. Ketika sudah berjaya menggapai cita-citanya se...