BAB 9 : MASIH LAGI DI HATI

14 1 0
                                    

Hari hujung minggu sudah bermula. Jika dirinya rajin, dia akan keluar bersiar-siar tetapi hari ini tidak. Dia memutuskan untuk berehat sahaja di rumah. Penat.

Sedang asyiknya bermain telefon sambil menikmati snek, tiba-tiba ada yang menelefonnya.

Dilihat daripada skrin telefonnya, terpacak nama Ilham.

"Ish! Apa ni kacau hari rehat orang. Eh kejap, sejak bila aku save nombor dia ni. Ah lantak ah."

Dia mengangkat sahaja panggilan itu walaupun malas. Telefon ditekap di telinga

Aaliyah terus menjauhkan telefon dari telinganya apabila seseorang mula menjerit dari panggilannya.

"AALIYAH!"

"Ish! Apa jerit-jerit ni!"

"Aaliyah! Ada emergency! Datang stadium sekarang!"

"Hah? Emergency? Emergency apa? Stadium mana ni?"

"Datang jelah! Nanti aku hantar location!"

Ilham terus meletakkan panggilan begitu sahaja. Terkebil-kebil Aaliyah dibuatnya.

Walaupun terasa teragak-agak mahu pergi, dia tetap bersiap untuk pergi ke Stadium tersebut.








"Emergency konon." Aaliyah mencebik geram. Tidak terlupa juga jelingan tajam kepada 5 manusia tersebut. Baru sahaja mahu berehat di rumah. Tiba-tiba Ilham memanggilnya untuk datang ke sini.

"Hehe. Sorry lah. Ni semua idea Shah." Ucap Ilham.

"Kalau ye pun nak tengok bola, kenapa nak kena ajak aku?" Tanya Aaliyah geram. Biasanya dia akan 'beraku kau' dengan muridnya apabila dia marah.

"Saje." Jawab ringkas Shah.

Aaliyah mendengus kasar. Terpaksalah dia mengikut menonton perlawanan bola sepak ini.

Aaliyah tidak banyak memberikan perhatian kepada perlawanan tersebut manakala Shah, Harith, Keith dan Ilham sudah berdiri menjerit-jerit. Hanya Omar sahaja yang terlihat tenang. Omar berbeza dengan yang lain. Dia sentiasa dingin dan tenang.

"Relax lah korang ni." Ujar Omar tenang.

"Izhar! Izhar! Sepak!" Jerit Shah.

Aaliyah yang dari tadi bermain telefonnya terus terhenti perbuatannya apabila mendengar nama yang tidak asing baginya. Jejaka yang pernah mencuri hatinya bahkan sehingga sekarang.

"Izhar?" Bisik Aaliyah perlahan.

Aaliyah berdiri seketika untuk mencari kelibat Izhar namun sayangnya tidak dijumpai kerana Aaliyah rabun jauh jadi sukar untuk dia mencari kelibat Izhar.

"Kau dah kenapa tiba-tiba berdiri?" Tanya Omar kepada Aaliyah. Terkejut dibuatnya melihat Aaliyah yang dari tadi sibuk dengan telefonnya tiba-tiba sahaja berdiri.

"Hmm, orang lain kot. Bukan mamat tu sorang je nama Izhar kat dunia ni." Kata Aaliyah lalu melabuhkan punggungnya kembali.

Omar hanya menjeling sahaja tingkah Aaliyah dari ekor matanya.

Entah kenapa perasaan curiga Aaliyah membara jadi dia memutuskan untuk bertanya kepada Omar yang duduk di sebelahnya.

"Errr...Omar."

"Hmm."

"Nak tanya ni."

"Apa nama penuh pemain bola sepak yang nama Izhar tu?"

"Dah kenapa tiba-tiba tanya pasal nama penuh dia ni?"

"Tch! Jawab jelah."

"Izhar Al-Qaseem Bin Rahman."

UNEXPECTED LOVEWhere stories live. Discover now