Asisten?!" Jerit rakannya serentak.
Selepas latihan Izhar tamat, dia meminta izin untuk keluar bertemu dengan circlenya di sebuah cafe.
"Ish! Korang ni, diam la sikit! Bising tau tak?! Orang-orang tengok! Bodoh betul!" Marah Aaliyah. Dia pula yang malu apabila mata-mata orang awam itu dari tadi memandang ke arah mereka.
"Jap! Dia offer kau jadi asisten dia lepas tu kau accept tak?" Soal Athena. Aaliyah hanya mengangguk tanda mengiyakannya.
"So, kau dah tak jadi cikgu dah?" Soal Alya pula. Aaliyah mengangguk lagi.
"Macam manalah kau boleh accept macam tu je?" Soal Brianna pula.
"Kau ingat 'macam tu je' tu senang?" Soal Aaliyah.
"Uihh, tak senang, tak senang, tak senang." Ujar Brianna lalu menggelengkan kepalanya berkali-kali.
"Hati-hati lah ye, Aaliyah. Jangan terjatuh cinta pulak. HAHAHAHAHA!" Ujar Alya lalu ketawa.
'Dah memang jatuh cinta dah pun dari dulu lagi.' Kata Aaliyah dalam hati.
Aaliyah menjeling tajam ke arah rakannya itu.
"Memang taklah!" Nafi Aaliyah.
"Engkau nafi-nafi nanti jadi betul-betul kang." Sakat seorang lagi rakannya yang bernama Puteri sambil tersenyum senget.
"Aaliyah. Nanti kahwin jangan lupa jemput kitaorang tau." Sakat seorang lagi rakannya yang bernama Asnira lalu ketawa kecil.
Aaliyah memandang geram terhadap kedua rakannya itu. Baru sahaja mahu membuka mulut, ada yang sudah menyampuk.
"Asisten tu maksudnya apa?"
PUFF!
Tersembur sedikit air daripada mulut Brianna apabila mendengar pertanyaan polos daripada seorang lagi rakannya yang bernama Diana. Asnira dan Athena pula sudah terbatuk-batuk.
"Diana." Panggil Aaliyah.
"Ye, saya?"
"Kau tak tahu asisten tu apa?"
"Pernah dengar tapi tak tahulah." Jawab Diana dengan polosnya.
Aaliyah menarik kemudian menghembuskan nafasnya sebelum menjelaskan kepada rakan polosnya itu namun baru sahaja hendak buka mulut, Puteri sudah menyampuk untuk menjelaskannya.
"Okey. Macam ni. Asisten tu.....
Diana hanya fokus mendengar penjelasan daripada Puteri. Kepala diangguk-anggukan beberapa kali.
"Oooo. Lebih kurang pembantu lah ye." Ujar Diana setelah Puteri menghabiskan penjelasannya.
Mereka semua hanya mengangguk. Susah juga bila dapat rakan polos ini. Sepolos mana pun Diana, mereka tetap akan menjelaskan hal itu. Akhirnya mereka semua beransur pulang. Aaliyah perlu pulang kerana malam ini dia perlu menyiapkan jadual Izhar selama sebulan ini.
Setelah mandi, bersihkan diri dan solat Isyak, Aaliyah mula menyiapkan tugasnya. Aaliyah jenis yang melakukan tugasnya dengan bersungguh-sungguh walaupun terasa mengantuk dia tetap mengerjakan tugasannya.
Aaliyah menilik sebentar jam di telefonnya.
Pukul 4:55 pagi.
Sedikit lagi mahu siap. Selepas siap, baru dia akan tidur. Aaliyah tidak akan tidur jika tugasannya tidak siap walaupun dirinya sudah penat dan mengantuk. Itulah yang menjadi habit si Aaliyah sejak dari sekolah menengah lagi.
YOU ARE READING
UNEXPECTED LOVE
RandomNUN AALIYAH QURISYA × IZHAR AL-QASEEM Nun Aaliyah Qurisya yang menyimpan satu perasaan pada seorang lelaki tanpa tiada siapa pun yang mengetahuinya. Dia membiarkan sahaja perasaannya ini dipendam lama. Ketika sudah berjaya menggapai cita-citanya se...