Setahun kemudian.....
Baju kemejanya dikemaskan sedikit sebelum dia membawa diri mengikuti langkah kaki panjang Tengku Don memasuki bilik mesyuarat yang dipenuhi dengan ramai pengaruh-pengaruh luar yang bukan calang-calang orang. Tidak kalah juga dengan Tengku Don.
Dia hanya beriak tenang seraya melabuhkan punggung di sebelah Puan Lasmiah, salah satu pengaruh terbesar. Kelihatan professional.
Mesyuarat dimulakan.
Seusai mesyuarat, Tengku Don menilik sekilas jam tangannya sebelum dia bangkit dari duduknya. Tangannya mula berjabat dengan setiap pengaruh-pengaruh tersebut kecuali pengaruh perempuan.
Seorang pengaruh yang bernama Loveta, lebih mesra lagi dipanggil Miss Loveta mula menghulurkan tangannya pada Tengku Don. Mahu berjabat tangan dengan lelaki tersebut. Tengku Don hanya memandang kosong tangan Miss Loveta tersebut.
"I'm sorry but he's muslim." Jelas Aaliyah senada kepada Miss Loveto.
"So?" Selamba sahaja Miss Loveto menyoal.
"Please respect him as a muslim." Masih lagi dengan professionalnya Aaliyah menjawab.
"Let's go." Suara dingin Tengku Don mula menyapa gegendang telinganya. Tengku Don lalu berlalu pergi diikuti oleh Aaliyah meninggalkan Miss Loveto di situ. Tidak betah lagi berlama-lama di situ.
"Cancel the contract with Miss Loveto." Suara dingin Tengku Don berbicara.
"Are you sure, Tengku?" Soal Aaliyah inginkan kepastian.
"Yes. I don't need some disrespectful person like this." Aaliyah menganggukkan kepalanya.
Mereka berdua menilik cincin di hadapan mereka itu.
"Nisa nak yang mana?"
"Emmm I tak tahulah. I suka yang ni, yang ni, yang ni dan yang ni jadi susahlah nak pilih satu." Rungut Annisa. Susahnya nak pilih cincin!
Izhar tersenyum tipis. "Kalau macam tu, ambil jelah apa yang Nisa suka. Abang belanja." Langsung melebar senyuman Annisa.
"Betul ni?" Soalan itu mendapatkan senyuman tipis dari Izhar.
"Ye, betul. Pilihlah mana yang Nisa nak." Nisa tersorak kecil. Dia kembali mengalihkan fokusnya terhadap cincin yang mahu dipilih. Senyuman tipis Izhar langsung memudar.
Usai membeli cincin, mereka berdua makan di restoran yang berada di dalam pusat beli belah tersebut.
"You." Panggil Annisa.
"Hmm?"
"You rasa cincin banyak-banyak ni mana nak pilih untuk jadi cincin nikah kita?" Soal Annisa. Dia buntu mahu memilih cincin manakah yang sesuai untuk majlis akad nikah mereka.
"Nisa pilihlah sendiri mana yang Nisa rasa sesuai untuk cincin nikah kita. Choose what's the best for you." Ujar Izhar lalu menyuapkan spagetti carbonara ke dalam mulutnya.
Terasa mahu termuntah aja ketika makanan itu masuk ke dalam mulutnya. Bukan apa cuma makanan sebegitu tidak kena dengan tekaknya. Disebabkan Annisa, terpaksalah dia makan. Bukan seperti Aaliyah. Gadis itu pasti tahu makanan yang tepat dengan selera makannya. Setiap kali dia terasa mahu memakan sesuatu, pasti Aaliyah dapat meneka dan terus memasakkan untuknya. Pada kesekian kalinya, dia terdiam. Memikirkan tentang kenangannya bersama Aaliyah dahulu.
"You? You!" Lamunan Izhar terganggu apabila Annisa mula memanggilnya.
"You kenapa mengelamun?" Soal Annisa. Izhar menggelengkan kepalanya.
YOU ARE READING
UNEXPECTED LOVE
RandomNUN AALIYAH QURISYA × IZHAR AL-QASEEM Nun Aaliyah Qurisya yang menyimpan satu perasaan pada seorang lelaki tanpa tiada siapa pun yang mengetahuinya. Dia membiarkan sahaja perasaannya ini dipendam lama. Ketika sudah berjaya menggapai cita-citanya se...