BAB 46 : TERUNGKAP

13 1 0
                                    

Aaliyah sudah mula menjalankan tugasnya sebagai seorang pelayan di Hotel Queen. Mujurlah ada Azri buat Aaliyah yang masih lagi baharu.

Selesai bertugas, mereka menyalin pakaian dan pulang ke rumah.

"Agh! Boleh sakit pinggang aku." Ujar Aaliyah sambil menggeliat.

"K ah, bye." Ucap Azri.

"Bye." Balas Aaliyah.

Baru sahaja dirinya ingin melangkah menuju ke kereta miliknya, dia terasa seperti ada seseorang sedang mengikutinya.

Langkahnya semakin dilajukan namun langkah seseorang dibelakang juga makin laju. Laju Aaliyah menoleh memandang gerangan orang yang mengikutinya namun hampa, tiada siapa dibelakangnya.

Mata Aaliyah meliar ke kawasan sekeliling. Masih lagi mencari gerangan tersebut.

Sedang fokusnya mencari gerangan tersebut, tiba-tiba kepalanya disarung oleh sebuah plastik hitam dan ditarik sehingga hampir tercekik Aaliyah dibuatnya.

Dia tidak dapat nampak apa-apa yang dia tahu saat ini adalah dia dibawa ke sesuatu tempat. Tangannya juga diikat kuat.

"Woi! Lepaslah bodoh!" Tempik Aaliyah. Habis orang yang menculiknya itu dicaci maki sepuasnya oleh Aaliyah.

Bam!

Aaliyah mendengar seperti sebuah besi diketuk kuat. Kepalanya berpaling ke kiri dan kanan.

"Woi! Kau boleh duduk diam-diam tak?!" Jerkah seorang penculik. Aaliyah langsung menoleh ke arah sumber suara walaupun pandangannya saat ini hanya gelap.

"Tak boleh!" Balas Aaliyah balik menyebabkan kepalanya diketuk kuat oleh si penculik.

"Aduh!" Aaliyah mengaduh kesakitan.

"Kalau nak culik pun, culiklah lembut-lembut!" Marah Aaliyah. Penculik-penculik tersebut semua sudah memicit pelipis mereka.

"Kenapa target kita kali ni lain macam?" Soal salah seorang penculik.

"Ah! Lantaklah! Kita hantar dia kat bos R!" Ujar salah seorang penculik. Aaliyah sudah mengerutkan dahinya. Bos R?

Ting!

Umpama ada mentol bercahaya dikepala Aaliyah. Sekarang baru dia tahu siapa yang menculiknya sekarang.

Entah dimana dia sekarang ini namun yang pasti, dia dapat menghidu bau rokok yang kuat.

Tiba-tiba sahaja belakang lutut ditendang kuat sehingga membuatkan dia terjatuh melutut.

"Argh!"

Plastik hitam yang menyarung kepalanya itu dibuka. Aaliyah menarik nafas sedalam-dalamnya. Maklumlah, baru dapat bernafas.

Dia mendongak memandang gerangan yang berada dihadapannya.

Berkerut dahi Aaliyah cuba untuk mengingati lelaki tersebut.

"Remember me?" Sinis lelaki itu menyoal.

"Shhhh. Diamlah! Aku try nak ingatlah ni!" Marah Aaliyah. Lelaki itu tertawa kecil.

"Apa yang lawak?" Soal Aaliyah pelik melihat lelaki itu tiba-tiba tertawa.

"Kau sedar tak sekarang kau kena culik?" Soal lelaki itu kembali. Aaliyah menoleh memandang penculik-penculik tersebut.

"Alamak! Aku kena culik!" Penculik-penculik itu berpandangan antara satu sama lain. Minah ni baru perasan ke dia kena culik?

"Haih. I see. Berpura-pura bodoh seperti biasa." Sinis lelaki itu berkata. Aaliyah menoleh pula memandang lelaki itu.

UNEXPECTED LOVEWhere stories live. Discover now