BAB 2 : PUAN ZULAIKHA

41 4 4
                                    

Aaliyah termenung jauh. Kepalanya confuse sekarang ini.

Farhan kembali bertingkah seperti biasa di hari berikutnya. Seperti biasa, kerjanya adalah hanya mengganggu Aaliyah seolah-olah tiada apa yang berlaku sebelum ini.









Aaliyah melambai ke arah rakannya sebaik sahaja waktu balik. "Bye!!"

Waktu balik sekolah, Aaliyah nekad untuk mengikuti Izhar balik ke rumah. Mahu tahu di mana Izhar tinggal. Biasanya Izhar akan jalan kaki balik ke rumah. Kebetulan juga, hari itu ayah Aaliyah tidak sempat mahu mengambilnya jadi dia perlu balik jalan kaki.

Setelah lama mengikutinya, sampai juga di rumah Izhar.

"Oh, ini ke rumah dia?" Bisik Aaliyah perlahan.

"Hmm, dahlah balik lah, penat ikut orang ini. Lagi pun aku dah tahu dah rumah dia kat mana."

"Aaliyah?"

Spontan terhenti langkah Aaliyah apabila namanya disebut oleh pemilik bersuara garau. Langsung sahaja dia menoleh ke arah Izhar. Kebetulan juga ibu Izhar ada diluar rumah ketika itu.

"Eh siapa tu, cantiknya, awek kamu ke, Iz?" Tanya ibunya selamba.

Bagai mahu tersedak air liur Izhar dibuatnya apabila soalan itu terkeluar daripada mulut ibunya.

"Eh apa mak ni, dia tu cuma......classmate." Balas Izhar.

"Ajaklah dia masuk dalam sekejap. Classmate kan?" Kata ibunya.

"Hah? Kenapa kena bawa masuk dalam? Iz bukan rapat sangat pun dengan....." Ayat Izhar langsung dipotong oleh ibunya yang mengajak Aaliyah masuk ke dalam.

"Ha, masuklah ye, buat macam rumah sendiri. Ajak ibu Izhar namun ditolak oleh Aaliyah.

"Eh tak apalah, lagi pun saya nak balik dah ni." Tolak Aaliyah.

"Rumah kamu di mana?" Tanya ibu Izhar AKA Puan Zulaikha.

Cuak Aaliyah dibuatnya. Sejujurnya, rumah mereka boleh dikatakan jauh juga jaraknya.

"Err...rumah saya berdekatan sahaja dari sini." Tipu Aaliyah sambil tersengih.

"Ohh, tak apalah, masuk je la sekejap." Ajak Puan Zulaikha sekali lagi.

Tidak sampai hatinya untuk menolak ajakan itu, maka Aaliyah turut sahaja.

'Hmm, mak aku ni terlalu ramahlah padahal baru je jumpa' Bisik Izhar dalam hati.

Sebaik sahaja memasuki rumah Izhar, Aaliyah langsung terpegun kerana rumah Izhar agak besar dan cantik serta kemas. Ibunya mesti seorang pembersih.

"Duduklah dulu, makcik buatkan air dulu ye." Ujar Puan Zulaikha.

"Baik, makcik." Balas Aaliyah bersama senyuman.

"Oh ye, nama?" Tanya Puan Zulaikha.

"Nama?" Soalan dibalas soalan.

"Nama, nama kamu?" Tanya Puan Zulaikha lagi.

"Oh, nama. Nama saya Aaliyah. Nun Aaliyah." Balas Aaliyah.

"Oh, cantik nama, Aaliyah." Puji Puan Zulaikha.

"Hehe, terima kasih." Balas Aaliyah.

Puan Zulaikha terus berlalu pergi ke dapur. Mahu membuat air. Izhar pula hanya mendengar sahaja perbualan antara mereka berdua.

Ketika menunggu, Izhar tiba-tiba sahaja datang ke arah Aaliyah.

'Alamak, dia datang sini! Tenang, Aaliyah, tenang. Stay cool.' Cuak Aaliyah dalam hati.

UNEXPECTED LOVEWhere stories live. Discover now