BAB 45 : BERTEMU LAGI

14 1 0
                                    

Aaliyah membetulkan sedikit baju kemejanya seraya membuka pintu pejabat milik Tengku Don.

Baru sahaja ingin melangkah masuk, dia melihat tunang Tengku Don sekali berada disana. Senyuman tipis diberikan kepada tunang Tengku Don sebelum dia kembali keluar.

"Maaf menganggu."

"Awak. Saya ada bawa makanan untuk awak." Ujar tunang Tengku Don yang bernama Falisha. Tengku Don tersenyum manis.

"Terima kasih. Jom makan sekali." Ajak Tengku Don. Falisha menurut. Laju sahaja dia melabuhkan punggung berhadapan dengan Tengku Don.

"Falisha." Panggil Tengku Don.

"Hmm?"

"Berita tu tak betul. Palsu belaka." Ujar Tengku Don. Falisha hanya tersenyum tipis.

"Tak apa. Falisha percayakan Don." Ujar Falisha bersama senyuman manis.

Tanpa sedar semua perbualan Falisha dan Tengku Don telah didengari oleh Aaliyah disebalik pintu pejabat. Rasa bersalah mula menyelubungi diri buat kesekian kalinya. Hanya kerana salah faham, dia tidak mahu hubungan diantara mereka berdua itu retak. Dia terpaksa melakukan sesuatu.






Aaliyah menemani rakannya pergi fitting pakaian pengantin memandangkan bakal suami rakannya itu sibuk.

Sedangnya menunggu rakannya itu bersiap menukar pakaian, dia melihat-lihat seketika pakaian pengantin yang berada dikedai tersebut.

Namun siapa sangka yang dia akan bertemu dengan bekas suaminya?

Ya, dia bertemu dengan bekas suaminya, tambahan lagi ada tunangnya, Annis bersama ibu Annis.

Mata mereka berdua bertembung.

Aaliyah menayangkan riak wajah yang tenang seakan tidak terkejut dengan pertemuan setelah 1 tahun berpisah namun dalam hatinya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Izhar pula memandang dingin kepada Aaliyah.

"Aaliyah!" Aaliyah menoleh memandang si pemanggil.

Annis.

"What an unexpected meeting!" Annis dalam berpakaian pengantin itu menyapa. Aaliyah hanya tersenyum tipis.

"It's been a while." Ujar Aaliyah tenang.

"Aaliyah?" Sapa ibu Annis iaitu Puan Ara.

"Ye saya." Aaliyah tersenyum tipis.

"Oh! Tak sangkakan boleh terjumpa. Oh, ye. Diorang ni akan kahwin tak lama lagi." Ujar Puan Ara teruja. Sengaja berkata begitu untuk menyakitkan hati wanita dihadapannya ini. Annis pula sudah tersenyum kemenangan. Namun reaksi yang mereka harapkan dari Aaliyah tidak ditunjukkan. Gadis itu hanya menayangkan riak wajah yang tenang seakan tidak terkesan dengan kenyataan itu.

"Oh! Ye ke? Tahniah." Ucap Aaliyah seraya menundukkan sedikit badannya.

"Jom." Izhar yang sedari tadi hanya mendiamkan diri mula bersuara. Aaliyah memberi laluan kepada mereka bertiga berlalu.

Senyuman langsung mati dibibir Aaliyah. Kembali dengan wajah bekunya.

She is good at controlling her facial expressions.




Tengku Don menatap kosong surat yang berada diatas meja dihadapannya.

Surat pengunduran diri.

"Kenapa?" Tengku Don memecahkan kesunyian.

"Hah?"

"Kenapa kau nak berhenti?" Aaliyah tersenyum tipis mendengarkan soalan itu.

"Saya rasa dah tiba masanya saya cari kerja lain." Jelas Aaliyah.

UNEXPECTED LOVEWhere stories live. Discover now