"Kenapa kita main bola sepak time waktu Mate?" Keluh Shah sambil duduk bercangkung di tepi padang.
"Tak tahulah. Buang tabiat ke Cikgu Aaliyah ni?" Ujar Keith pula.
Terlihat Aaliyah sedang seronok bermain bola bersama muridnya walaupun muridnya tidak langsung mengendahkannya.
"Erggh! Iman, sepak la betul-betul!"
"Hoi, Lathif! Sepak bola tu bagi dekat kembar kamu tu.
"Asyraf! Sini sini bagi bola tu kat cikgu!"
Asyraf menendang bola itu ke arah Aaliyah. Pantas Aaliyah menendang bola itu sehingga gol.
"Gol! Gol! Eh korang nampak tak cikgu gol......"
Terlihat semua muridnya sedang melakukan hal mereka sendiri tanpa mengendahkan langsung Aaliyah.
Aaliyah berpaling pula pada Omar yang menjadi penjaga gol sedang bersandar di tiang gol.
Aaliyah mengeluh seketika sebelum kakinya berganjak mendekati Omar.
"Omar, kenapa kamu tak jaga gol?" Tanya Aaliyah.
"Kau....kan sama team dengan aku. Asal kau pergi bagi skor kat pihak lawan?" Tanya Omar kembali.
"Alamak, lupalah pula." Bisik Aaliyah kepada dirinya.
"Haih, jom wei balik kelas. Bosan la." Ujar seorang muridnya sambil menggeliat.
"Eh, eh korang nak pergi mana?" Tanya Aaliyah.
Namun tidak langsung mereka menghiraukan Aaliyah dan terus berganjak meninggalkan dirinya.
Sempat Aaliyah melihat pandangan tajam Shah ditujukan kepada Omar. Lalu Shah meleraikan eye contact dan meneruskan berjalan.
Ilham, iaitu salah seorang geng Shah cuba untuk bercakap dengan Omar tetapi Shah melarangnya lalu meninggalkannnya.
Aaliyah langsung mendekati Ilham.
"Sebenarnya apa yang terjadi di antara Shah dengan Omar? Kamu mesti tahu sesuatu kan?" Tanya Aaliyah kepada Ilham.
Ilham hanya mengangguk kemudian sambung bercerita.
"Dulu kitaorang pernah cari pasal dengan mafia."
"Mafia? Asal korang cari gaduh dengan mafia pula tu? Korang tahu tak mafia tu bahaya tau?"
"Ye. Tahu. Kitaorang pakat nak jumpa."
"Jumpa mafia tu? Kenapa?"
"Bergaduh of course."
"Oh, bergaduh? Dengan mafia? Budak sekolah menengah gaduh dengan mafia?! Okey, okey. Faham, faham. Tak apa, teruskan bercerita.
"Tapi sebelum kitaorang jumpa, Omar pergi jumpa diorang seorang diri untuk minta maaf."
"Minta maaf?"
"Ye, lepas tu dia minta untuk semuanya settle. Tak payah gaduh-gaduh."
"Ye la kan sebab tak logik budak sekolah menengah lawan mafia. Mafia tu bahaya tau. Diorang tu ada senjata api. Korang tak ada apa-apa, ada hati nak lawan si mafia tu. Satu lagi, korang boleh dikeluarkan tau dari sekolah. Jangan main-main." Bebel Aaliyah sedikit panjang.
"Ye, tapi still Omar dah jatuhkan maruah geng dia sendiri. Sebab tu Shah marah."
"Hmm, ada betulnya juga. Meminta maaf sebelum battle bermula akan dianggap lemah tapi bagi cikgu, keselamatan lebih penting daripada kehormatan."
"Semuanya salah aku." Gumam Ilham perlahan terhadap dirinya namun cukup untuk Aaliyah mendengarnya.
"Hah? Apa? Salah kamu?"
YOU ARE READING
UNEXPECTED LOVE
De TodoNUN AALIYAH QURISYA × IZHAR AL-QASEEM Nun Aaliyah Qurisya yang menyimpan satu perasaan pada seorang lelaki tanpa tiada siapa pun yang mengetahuinya. Dia membiarkan sahaja perasaannya ini dipendam lama. Ketika sudah berjaya menggapai cita-citanya se...