Sebulan telah berlalu dan kesan tembakan di bahu Aaliyah juga semakin pulih. Hal ini hanya diketahui oleh dirinya, Izhar dan Farah sahaja.
Hari dimana Izhar dan Aaliyah akan bersatu juga sudah tiba. Masing-masing sedang sibuk bersiap di dalam bilik.
"Tak payahlah bubuh banyak-banyak bende alah tu kat mata aku!" Marah Aaliyah.
"Mana ada aku bubuh banyak. Aku letak sikit je eyeshadow ni." Balas Puteri pula.
"Hei! Hei! Jangan lebih-lebih eh solekkan aku! Karang aku solekkan korang jadi joker." Ujar Aaliyah.
"Kau duduk diam-diam boleh tak, Aaliyah. Karang engkau yang jadi joker." Marah rakannya yang bernama Ziana.
"Uuuuu kena paksa makeup." Usik Brianna diikuti juga tawa kecil oleh Asnira. Aaliyah merengus kasar.
"Kau diamlah, Anna!"
"Okey! Setel! Dah, jom keluar! Semua dah tunggu kau, Aaliyah." Ujar Athena.
"Hah?! Kenapa diorang tunggu?" Tanya Aaliyah.
Pak!
"Bodoh punya soalan." Marah Ziana setelah menampar kuat kepala Aaliyah namun tidak memberi sebarang efek kepada Aaliyah kerana gadis itu sedang menggeletar.
Mereka semua keluar dari bilik lalu menuju ke pelamin.
Aaliyah melabuhkan punggungnya di atas pelamin.
'Uish! Lembutnya! Selesa benor duduk atas pelamin ni.' Omel Aaliyah dalam hati. Terhenti lamunan Aaliyah yang melihat Izhar berbaju melayu putih apabila melabuhkan punggungnya di atas pelamin. Fokusnya sekarang terhadap pelamin yang lembut didudukinya.
Encik Hussein menghulurkan tangannya dan disambut oleh Izhar. Aaliyah terus mengalihkan pamdangannya dari pelamin. Hatinya sudah berdebar-debar.
'Alamak! Alamak! Dah nak start lah.' Omel Aaliyah dalam hati.
"Izhar Al-Qaseem."
"Ye saya."
"Aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku, Nun Aaliyah Qurisya Binti Hussein dengan mas kahwinnya bernilai RM 1000 ringgit tunai." Aaliyah yang mendengarkan itu sudah terlopong mulutnya. RM 1000 itu boleh dikatakan banyak bagi orang seperti Aaliyah.
"Aku terima nikahnya Nun Aaliyah Qurisya Binti Hussein dengan mas kahwinnya bernilai RM 1000 ringgit tunai." Lafaz Izhar. Walaupun diluar Izhar kelihatan tenang namun dalamnya bagai hendak pecah jantungnya.
"Sah?"
"Sah."
"Sah."
"Sah."
Akhirnya Aaliyah selamat digelar isteri kepada Izhar.
Izhar bangun dan menuju ke Aaliyah yang duduk di atas pelamin.
Aaliyah pula sudah tidak keruan. Matanya melihat ke arah lain seakan-akan tidak menyedari kehadiran Izhar.
"Aaliyah!" Panggil Izhar lebih kepada berbisik.
"Apa?! Masya Allah!" Ucap Aaliyah ketika menyedari Izhar sudah berada di sebelahnya.
"Kau kenapa?"
"Tak ada apa-apalah!"
Izhar bertindak menarik lembut tangan Aaliyah untuk menyarungkan cincin namun laju sahaja Aaliyah menarik kembali tangannya.
"Kau nak buat apa?!" Bisik Aaliyah.
"Bodoh! Aku nak sarung cincinlah, bengap!" Lalu Izhar menarik kembali tangan Aaliyah lalu menyarungkan cincin ke jari manis Aaliyah. Aaliyah hanya melihat sahaja tingkah Izhar.
YOU ARE READING
UNEXPECTED LOVE
РазноеNUN AALIYAH QURISYA × IZHAR AL-QASEEM Nun Aaliyah Qurisya yang menyimpan satu perasaan pada seorang lelaki tanpa tiada siapa pun yang mengetahuinya. Dia membiarkan sahaja perasaannya ini dipendam lama. Ketika sudah berjaya menggapai cita-citanya se...