Setelah kesihatan Sarah sudah membaik pulih, Sarah mengajak Aaliyah untuk bercuti bersama memandangkan mereka sudah lama tidak meluangkan waktu bersama. Terasa rindu pula.
Aaliyah mengangkat beg baju miliknya dan juga milik Sarah. Manakala Sarah sudah pula terlebih dahulu berlari menelusup masuk ke dalam rumah. Teruja untuk melihat kediaman rumah.
Kedua beg baju tersebut dibawa masuk ke dalam rumah.
"Sarah! Mana bilik kau?!" Laung Aaliyah kuat. Terkedek-kedek Sarah berlari ke arah Aaliyah.
"Aaliyah! Tengok rumah ni! Cantik kan?!" Soal Sarah teruja.
"Ye, ye, cantik. Sekarang ni bilik kau kat mana?" Soal Aaliyah kembali. Belum sempat Sarah mahu menjawab, Aaliyah sudah melihat dua kelibat manusia yang menghampiri mereka berdua. Terus berkerut dahi Aaliyah menahan marah. Farhan dan Izhar hanya menayang riak wajah kosong.
"Asal dua ekor ni ada kat sini?" Soal Aaliyah kepada Sarah. Sarah tersengih tidak bersalah.
"Diorang pun ikut bercuti juga cuma diorang datang sini awal-awal dah!" Jawab Sarah ceria. Aaliyah mengetap rahangnya.
"Kau tak bagitahu diorang ada sekali." Bisik Aaliyah keras.
"I ajak you sebab I tak nak sorang-sorang je girl dalam rumah ni." Ujar Sarah. Aaliyah mencebik.
Terus Aaliyah melangkah kaki menuju ke bilik untuk meletakkan beg Sarah terlebih dahulu. Lantaklah bilik mana pun aku letak!
Mereka berempat berada di laman rumah untuk memasak barbeku. Tukang masaknya adalah Izhar dan Farhan. Manakala Sarah pula menyediakan minuman, tempat makan, pinggan, cawan, sudu, garpu, semuanya disediakan oleh Sarah. Aaliyah pula hanya duduk di bangku yang berada di laman rumah sambil menatap telefonnya. Malas hendak membuat kerja.
"Aaliyah! Tolonglah sikit!" Laung Farhan memanggil Aaliyah. Aaliyah mendengus perlahan lalu berjalan malas mendekati Farhan.
"Nak aku tolong apa?" Soal Aaliyah malas.
"Tolong ambil alih tugas aku. Sekarang kau pulak yang masak. Kau masak kan sedap." Ujar Farhan sambil tersengih membuat muka tidak bersalah. Sempat Aaliyah menjeling sekilas ke arah Izhar yang masih lagi menumpukan fokus pada barbeku tersebut. Aaliyah mendengus perlahan. Dibuat juga apa yang disuruh oleh Farhan.
Dengan malasnya, Aaliyah hanya mengetuk-ngetuk perlahan sahaja makanan itu.
"Jangan ketuk-ketuk macam tu." Tegur Izhar. Aaliyah menggulingkan matanya.
"Habis tu? Ketuk macam mana? Macam ni?" Serentak dengan itu, Aaliyah mengetuk lebih kuat makanan tersebut sehingga terkena sedikit ke kulit Izhar.
"Sss!" Izhar mendesis kesakitan. Raut wajah Aaliyah terus berubah tatkala melihat lengan Izhar yang sedikit melecur.
Dirawat luka Izhar yang melecur tersebut dengan wajah dinginnya. Selesai merawat, terus Aaliyah bangun lalu pergi meninggalkan Izhar keseorangan.
Izhar menatap lama kesan melecur yang dirawat oleh Aaliyah.
"You nak pergi mana ni, Aaliyah?" Soal Sarah pelik melihat Aaliyah bersiap bersama beg bajunya.
"Nak blah. Aku ada banyak lagi kerja. Tak ada masa nak cuti." Senada Aaliyah membalas. Terus ternganga besar mulut Sarah.
"Habis? You nak tinggal I kat sini?" Aaliyah hanya mengangkat bahunya.
"Kalau tak nak kena tinggal, bersiaplah cepat-cepat. Lambat, aku tinggal." Ujar Aaliyah. Sarah masih lagi ternganga.
YOU ARE READING
UNEXPECTED LOVE
AléatoireNUN AALIYAH QURISYA × IZHAR AL-QASEEM Nun Aaliyah Qurisya yang menyimpan satu perasaan pada seorang lelaki tanpa tiada siapa pun yang mengetahuinya. Dia membiarkan sahaja perasaannya ini dipendam lama. Ketika sudah berjaya menggapai cita-citanya se...