One

95 5 6
                                    

Nope, tak suka is an overstatement.

Lelaki di sebelah Hawa ini..memang bencikan dia!

***

Sehari sebelum..

"Assalamualaikum Mr. Aniq! Busy seperti biasa?" tanya Malik, partner Aniq dalam syarikat interior designing yang dibangunkan oleh mereka bersama-sama. Walaupun syarikatnya taklah sebesar mana, tetapi Aniq bangga dengan pencapaian mereka. Sekurang-kurangnya dia boleh atur sendiri jadual kerjanya.

Aniq mengangkat kening sebelah memandang Malik yang tersengih di muka pintu. Pandangan yang jelas-jelas bermaksud 'don't disturb me, mind your own business, please kindly get lost.' Malik hanya tertawa dan berjalan menuju ke meja tempat Aniq menyiapkan kerjanya.

"Woi, aku tanya ni. Kau busy ke?" Malik bertanya lagi. Wajahnya serius memandang Aniq. Aniq mengerutkan dahi.

"Lah, kau ni tak nampak ke kerja aku berlambak atas meja ni? Kau macam takde kerja pulak ye, Mr. Malik," Aniq memerli. Malik tergelak. Aniq menggelengkan kepala perlahan. Stres pulak tengok Malik ni. Lepas kahwin duk gelak je. Tak gelak, sengih. Happy la tu kahwin. Saje je nak bagi dia jealous.

Tak jealous pun.

Malik menjeling ke kiri dan kanan meja Aniq kemudian menganggukkan kepalanya perlahan.

"Tak berapa busy sangat ni. Kalau macamtu-"

"Tak berapa busy apanya. Kau dahlah campak projek kau kat aku sebab kau kahwin haritu-" Aniq pantas memotong.

"Aku nak mintak tolong kau, boleh? Satu je lagi projek. Please?" Malik tersenyum meminta simpati. Aniq memandangnya dengan wajah tidak percaya. Mamat ni kan...

"Aku baru je cakap aku busy. Kau ni kan-"

"Bolehla weh. Satu je. Takde apa sangat pun. Best friend wife aku nak bukak kafe. Sebenarnya aku okey je nak ambik projek tu, tapi dia tak nak aku," kata Malik lagi.

Aniq mendengus. Kelakar pulak rasa. "Dia tak nak kau?"

"Yep. Flat-out rejected. Tanpa teragak-agak. Tapi kau mesti boleh. So..bolehla, eh? Eh? Wife aku nak orang yang dia kenal, senang sikit nak buat kerja. Dia yang nak aku carikan orang untuk tolong kawan dia," jelas Malik panjang lebar. Siap digoyang-goyang lengan Aniq, mengharap sangat Aniq ingin menolongnya. Lagipun, Aniqlah orang yang paling dia percaya.

Aniq menghela nafas. Kalau ikutkan, dia memang tak sibuk sangat pun. Tapi itulah, ingatkan nak rehat sekejap. Dia baru saja habis dimamah kesengsaraan sebab ambil alih projek-projek Malik waktu Malik dah dekat nak kahwin dulu. Huh, ngeri bila ingat balik.

Akhirnya, Aniq mengangguk.

"Yalah, yalah. Hmm..aku free dalam..esok? Petang," kata Aniq sambil menyelak kalendar yang terletak di atas meja kaca bersaiz besar itu.

Malik terus tersengih. Rasa nak sepak je. Sukalah tu. Muka macam gangster, tapi soft-spoken je sebenarnya kawan dia ni. Isteri Malik yang lagi bold dari suami dia.

"Okey, nanti aku bagitahu wife aku. Oh, kau nak contact kawan wife aku kan? Ha, aku ada. Gambar dia pun aku ada. Senang sikit," kata Malik pantas lalu tangannya mengeluarkan telefon pintar dari poket seluarnya.

"Uish, gambar best friend wife kau pun kau ada? Suspicious ni, Mr. Malik," kata Aniq lalu tergelak. Malik buat muka 'what the'.

"Banyaklah kau. Gambar masa majlis kahwin akulah. Dia ada tangkap gambar sekali. Kau jangan macam-macam eh," kata Malik lalu menunjukkan gambar semasa dia bersanding di majlis kahwinnya. Kawan Ainur berdiri di sebelah isterinya. Cantik kawan isteri dia ni sebenarnya. Tapi Ainur kata, single lagi.

In The DreamsWhere stories live. Discover now