Four

79 7 7
                                    

"Zaif?"

Aniq terus mengangkat kepala memandang Hawa yang duduk di hadapannya. Hari ini, mereka ingin membincangkan dapatan idea Aniq dan Hawa di sebuah kafe berdekatan dengan kedai baru Hawa.

Oh, kafe ni tak ada bunga. Dan dessert. Boooring.

"Apa dia?" balas Aniq, seakan-akan tidak mendengar kata-kata Hawa sebentar tadi. Dia suruh Hawa tengok design yang dia dah buat, tiba-tiba macam terdengar sesuatu pulak dari mulut Hawa.

"Kenapa Zaif? Huzaifah! Oh, dari situ nama Zaif rupanya,"  Hawa bermonolog sendirian. Dia kembali merenung ke arah skrin iPad milik Aniq yang diberikan kepada Hawa untuk dia teliti pelan yang Aniq dah buat.

Aniq menarik iPad tersebut dari tangan Hawa kasar.

"Ka- cik Hawa ni dah kenapa? Saya suruh tengok design ni, pilih yang mana berkenan. Berangan ke apa?" Tanya Aniq. Menyampah pula rasa. Dia merenung Hawa yang memandangnya seperti tembus ke kepalanya.

Dia ni dengar ke tidak?

Hawa terkedu. Mendengar ayat Aniq, dia teringat mimpi dia semalam. Teringat jugak senyuman Aniq dalam mimpi dia. Ah, mimpi! Walaupun Aniq di hadapannya ini suka perli-perli dia, dia tetap teringat Aniq yang baik. Yang tak real tu.

Haih.

"Oh, ya. Ya, saya dengar. Kejaplah, saya tengah tengoklah ni. Encik Aniq yang ambik iPad tu daripada saya," balas Hawa. Dia menghulurkan tangannya, menunggu Aniq memberikan semula iPad kepadanya.

"Tapi kan, boleh tak saya panggil encik, Encik..Huzaifah? Entahlah, nama Aniq tu macam tak kena dengan...muka encik ni," kata Hawa lagi sambil memandang Aniq atas bawah. Dan pandang atas bawah sekali lagi.

Aniq mengetap giginya kemudian mendengus.

"Tak," balas Aniq pendek.

"Kenapa? Tu bukan nama aw- encik eh? Terselit kat IC je ke?" balas Hawa. Aniq menjelingnya tajam. Nak mencari pasal pulak dia ni. Ingatkan jenis penakut. Tak sangka Hawa berani nak berbalas kata dengannya.

"Nama tu, family saya je panggil. Jadi, cik Hawa..sila duduk diam-diam dan tengok design yang saya dah bagi tu. Tak payah nak cakap benda tak ada kena mengena," kata Aniq sebelum meletakkan kembali iPad ke atas tapak tangan Hawa. Siap ditekan lagi nama Hawa, biar sedar diri sikit dia tu siapa. Cakap macam kawan-kawan je eh. Padahal jumpa pun tak pernah sebelum ni.

Seriously, Aniq sendiri pun tak tahu macam mana hubungan dan interaction dia dengan Hawa jadi macam ni. Sangat...pelik. Tak sama langsung macam mana dia layan klien-klien dia sebelum ni.

Well, sebelum ni dia tak pernah mimpi klien dia tolak dia jatuh bangunan. Or curi idea projek dia. Or tampar dia. So, for the record.

Tapi cara Hawa menjawab setiap perlian dan kata-kata dia tanpa rasa takut pun agak mencurigakan. Macam Hawa dah kenal dia lama.

Hawa mencebik. Eleh. Orang tanya je pun. Nama Aniq tu macam terlalu lembut dan sopan untuk lelaki di hadapannya ni yang sangat....bertentangan dengan apa yang disebut tadi. Tak lembut, tak sopan. Haha.

Selepas beberapa lama mereka berbincang, Aniq meminta diri untuk kembali ke ofisnya. Dia dah hantar finalized plan kepada team yang biasa bekerjasama dengan syarikatnya supaya mereka dapat memulakan tugas. A good collaboration. Dia cari klien, diorang tolong buat kerja.

"Esok pagi team saya akan datang. Kalau ada apa-apa masalah, boleh roger saya, walaupun saya harap tak ada. Jumpa lagi," kata Aniq lalu bangun dari kerusinya.

Harap-harap tak payah jumpa lagi.

Aniq berjalan keluar dari kafe tersebut. Kafe yang terlalu plain pada pandangannya. Boring. Mata dia macam nak judge setiap sudut dalam kafe tu. Tapi dah itu je kafe yang paling dekat dengan kedai Hawa, apa boleh buat.

In The DreamsWhere stories live. Discover now