Ting, ting ting, ting tong.. cik jam-
Aniq mencapai telefonnya. Bibirnya automatik menarik senyum apabila melihat nama pemanggil sebelum dia menjawab panggilan.
"Hello."
"Aniq, nak buat kek tak?" suara Hawa pantas meluncur di hujung talian.
Aniq terdiam seketika. Sebab terkejut dengan soalan Hawa yang terlalu random. Ah, dia kena biasakan diri. Perempuan memang random perangainya.
"Urm, kek apa?" tanya Aniq semula. Macam best je.
"Uh..kek kahwin."
Aniq mengerutkan dahi. Hawa masih ambil tempahan kek ke? Bukan ke dia kata haritu dia nak cuti? Lagi dua hari kot nak kahwin. Literally.
"Kek kahwin siapa ni?" Aniq bertanya semula.
Jeda.
Sesaat. Dua saat. Aniq mengalihkan skrin telefon dari telinga, ingin memastikan yang Hawa masih belum memutuskan talian.
"Hello?" kata Aniq. Hawa pengsan ke apa?
"Mr. Zaif, kek kahwin kita, of course. Siapa lagi. Takkanlah saya nak tempah kek kahwin dengan orang lain bila saya sendiri ada kepakaran dan kehebatan dalam membuat kek kahwin yang sedap? Betul tak?" balas Hawa geram. Buat-buat tanya ke apa ni? Sakit pulak hati.
Aniq menepuk dahi. Ya tak ya juga.
"By the way, saya call ni sebab Mak Ngah kata tadi, 'apa kata ajak Aniq buat sekali?' even though saya dah biasa buat kek sendiri dan tak perlukan bantuan sesiapa pun, tapi saya tanya je in case awak berminat. Tapi kalau awak busy takpe, saya okey je buat sendiri, lagipun saya lagi suka-,"
"Okey, stop, Hawa. Cakap laju-laju ni nak pergi mana?" Aniq pantas memotong kata-kata Hawa. Kedengaran suara Hawa menghela nafas panjang. Cakap macam takde tanda noktah. Dia berfikir sebentar, memikirkan adakah perkara yang memerlukan perhatiannya di sini. Dia dah takde projek, sebab semua urgent projects Malik dah take over. Duduk homestay ni bukannya buat apa pun.
"Kalau awak nak saya tolong, saya boleh datang. Awak nak saya tolong ke, Hawa?" suara Aniq lembut menyapa telinga Hawa.
Hawa memejamkan matanya seketika, tangannya menyentuh bahagian dadanya yang terasa berdebar. Satu benda yang dia masih lagi tengah sesuaikan diri, ialah cara Aniq bercakap. Makin baik, makin lembut. Ah, jantung dia tak kuat.
"Urm, boleh..kot?" balas Hawa perlahan. Uh, dia tak mampu untuk maintain conversation dalam keadaan hatinya tengah berbunga-bunga. Nanti semua benda merepek keluar.
Aniq ketawa.
"Boleh ke tak tu?"
"Ish, boleh. Kalau nak datang, meh la. Cepat tau. Lambat, nanti saya buat sendiri," kata Hawa sebelum dia memutuskan talian. Alamak, tak sempat cakap bye. Ah, tak apalah. Dia kena selamatkan diri awal-awal. Nanti dia jadi makin gila.
Aniq tersenyum memandang skrin telefonnya. Dia memandang ke arah jam di telefon kemudian beralih kepada pakaiannya. Hmm, okeylah ni. Dia yang sedang baring di atas katil di homestay tempat dia tinggal bersama ibu bapa dan saudara-maranya yang lain terus bangun dan turun dari katil kemudian berjalan keluar dari bilik. Matanya melilau ke sekeliling, mencari kelibat ibunya. Nak bagitahu yang dia nak keluar.
"Cari siapa tu?" tanya Hazim, sepupunya dari arah belakang. Dia baru sahaja keluar dari dapur sambil tangannya memegang cawan berisi air oren.
"Oh, Zim. Kalau jumpa ibu aku, cakap aku nak keluar," kata Aniq lalu menepuk bahu Hazim, meminta pertolongannya. Hazim mengangguk. Dia memandang Aniq yang berjalan mendekati pintu keluar dengan ekor matanya.
YOU ARE READING
In The Dreams
Romance'In the dreams, you were...' Mimpi sebagai episod pertama yang mengubah hidup mereka. Orang kata, apa yang dalam mimpi selalunya terbalik dari realiti, tapi Hawa Afreen tetap jatuh suka kepada lelaki yang dia nampak dalam mimpinya. Bila jumpa depan...