"Terima kasih, Encik Aniq. Tak sabar saya nak tunggu rumah saya siap renovate," kata Encik Fairuz selepas dia dan Aniq berjalan keluar dari kedai perabot yang terletak di dalam pusat beli-belah tersebut. Kedai itu sahaja sudah mengambil dua tingkat pusat beli-belah itu. Aniq memang selalu bawa kliennya ke kedai ini, sebab ada banyak pilihan dan tema untuk klien-kliennya pilih. Daripada tak tahu nak pilih, terus dapat idea nak renovate macam mana.
Aniq mengangguk kemudian tersenyum. Gembira bila kliennya berpuas hati dengan cadangan dan ideanya. Encik Fairuz bersalaman dengannya sebelum dia berlalu pergi. Dia cakap nak kena balik awal sikit sebab ada hal di rumah.
Aniq okey je. Boleh dia balik awal sikit. Lepas ni memang dia nak balik rumah terus.
Langkah kakinya diatur mendekati eskalator untuk turun ke bawah. Kepalanya dipalingkan ke sekeliling, melihat ke arah kedai-kedai yang berderet di situ. Tingkat bawah sekali menempatkan kedai-kedai makanan, restoran dan bakeri.
Aniq tersenyum pendek. Dia terus berjalan mendekati sebuah bakeri yang terletak di sebelah restoran makanan segera. Sejak akhir-akhir ni, makin rajin pula mata dia mencari bakeri. Asyik rasa nak beli roti yang pelik-pelik je.
Tak ramai sangat orang di dalam bakeri yang bercat biru cair tersebut. Mungkin sebab orang biasanya belum balik kerja lagi. Dia memandang sekilas ke arah pelbagai jenis roti dan donut yang tersusun di hujung bakeri. Wah, macam-macamnya. Bakeri ni pun nampak eksklusif. Mesti mahal sewa kat sini.
Sebuah dulang plastik diambil dari timbunan dulang yang terletak di hujung deretan roti tersebut. Dia turut mencapai penyepit sebelum dia berjalan perlahan-lahan di bahagian deretan roti tersebut, memilih roti yang berkenan di hati.
Semua nampak sedap. Ooh, ada donut mango. Aniq terus membuka penutup bekas tempat donut tersebut diletakkan sebelum sebiji donut mango diambil menggunakan pennyepit dan diletakkan di atas tray. Bibirnya menguntum senyum. Happy nampak makanan.
Teringat apa yang Hawa pernah cakap haritu apabila Aniq bertanya kenapa Hawa ingin membuka bakeri.
"Best tau buat dessert dengan roti ni. Bila buat rasa happy, bila makan pun rasa happy. Kan best tu dapat happy sentiasa?"
Sekarang, Aniq mula rasa keseronokannya. Tengoklah, dia masuk kedai bakeri pun jadi happy. Tak, dia nampak bakeri daripada jauh pun automatik terus senyum. Terjangkit Hawa la ni.
Aniq terus mematikan senyumannya. Oh, dia senyum rupanya. Dah, cukup berangan. Dia melirik ke arah deretan roti sampai ke hujung. Hmm, macam tak berapa best je. Dia rasa macam nak makan donut banyak-banyaklah hari ni. Sebiji donut gula dan donut bersalut cookies and cream diambil dan diletakkan ke atas tray sebelum dia berjalan menuju ke kaunter.
Selesai membayar, Aniq mengambil tempat di kerusi di dalam bakeri tersebut. Awal lagi nak balik, baik dia rehat-rehat dulu sambil makan donut. Hilangkan rasa penat bekerja dengan makan donut.
Siapa ajar? Duh, Hawa.
Tak, bukannya Hawa yang ajar, tapi sebab Hawa asyik bagi dia makan segala yang ada dalam bakeri tu membuatkan Aniq jadi jatuh suka dengan dessert dan roti yang selama ni dia tak pernah jeling pun. Yalah, jumpa Hawa pun selalunya kat bakeri dia je. Memang dessert jelah yang Hawa bagi dia.
Donut cookies and cream yang sudah dimasukkan ke dalam beg kertas kecil itu digigit perlahan.
Aniq menarik nafas panjang.
Sedap.
Dia mengunyah donut tersebut perlahan-lahan. Boleh rasa rangup-rangup donut dan cookies tu. Sedaplah senang kata. Takde rasa tepung. Perfect.
Mungkin sebab itulah bakeri ni boleh survive kat department store yang mahal macam ni. Bukan senang.
Lepas ni dia nak flex kat Hawa yang dia makan donut sedap kat sini. Mesti Hawa buat muka menyampah lepastu cakap,
YOU ARE READING
In The Dreams
Romance'In the dreams, you were...' Mimpi sebagai episod pertama yang mengubah hidup mereka. Orang kata, apa yang dalam mimpi selalunya terbalik dari realiti, tapi Hawa Afreen tetap jatuh suka kepada lelaki yang dia nampak dalam mimpinya. Bila jumpa depan...