Thirty-nine

69 7 0
                                    

"Daniel."

Daniel yang baru sahaja meletakkan minuman di atas kaunter menoleh ke arah Hawa. Senyuman dilemparkan, namun Hawa tidak membalas senyumannya. Pelik, sebab Hawa akan sentiasa balas senyuman dia. Lagi extra, tersengih.

"Ada apa, bos?" kata Daniel sambil kembali ke ruangan kerjanya. Hawa berjalan pantas mendekatinya dan berhenti di hadapan Daniel, deretan gelas dan bahan-bahan untuk membuat minuman memisahkan mereka.

"Awak kenal ke Salsabila?"

Daniel terkedu. Dia tidak menjawab. Mata Hawa ditenung dalam-dalam. Dia nampak kekecewaan di situ. Kecewa sebab dia khianat bos dia sendiri. Bos yang layan dia macam rakan sekerja, dan terima dia sebagai kawan.

Kawan yang dia dah tipu selama ni.

"Bos, saya..," Daniel tidak tahu apa yang patut dikatakannya. Nak beritahu sebab-sebab dia terima tawaran Salsabila sebab dia sangat terdesak perlukan duit? Sebab ibu dia terlantar kat hospital dan dia tak mampu nak bayar? Ah, dia tak tahu. Tapi dia tak nak beritahu sesiapa masalah yang dihadapinya.

"Jangan diam. Saya bagi awak peluang untuk jelaskan sebab-sebab awak sanggup jadi spy Salsabila. Awak beritahu semua yang berlaku kat kafe ni ke? Tak, apa yang Salsabila nak tahu sangat sebenarnya?" tanya Hawa. Dia sangat ingin tahu sebenarnya kenapa Salsabila berminat sangat dengan kafe dia. Bukan ada apa pun. Lagipun, Daniel cuma barista. Dia tak tahu banyak benda sulit pun. Yang lagi banyak pegang rahsia sebenarnya Kiera.

"Lepas saya terima tawaran kerja, dia approach saya, dan cakap yang dia sanggup bayar saya untuk jadi spy kat kafe. Dia cuma nak tahu hubungan bos dengan Aniq, sebab dia tak percaya yang Ain tu betul-betul ada boyfriend, dan dia nak tahu sama ada betul ke bos rampas boyfriend Ain. Kalau betul Aniq dengan bos ada apa-apa, dia boleh ugut Ain dan cakap yang Ain tipu dia, dan dia boleh ugut bos, cakap yang bos memang perempuan sundal," jelas Daniel sambil menunduk. Tak ada gunanya dia nak berselindung lagi. Selama ni pun, dia sentiasa dihurung rasa bersalah sebab bekerja dan dilayan dengan baik walhal dialah manusia paling kejam sebab khianat bos sendiri.

Hawa ternganga. Sejauh ini Salsabila rancang semata-mata nak jatuhkan dia? Memang bijak, dan tak masuk akal langsung.

"Oh, tapi perempuan sundal tu dia yang cakap, saya beritahu je niat dia. Saya langsung tak anggap bos macam tu. Saya sebenarnya dah cuba nak putuskan perjanjian ni, tapi dia ugut nak beritahu bos. Saya takut kena buang kerja. Tapi saya lagi takut nak tipu bos dengan Kiera lama-lama. Saya..suka kerja kat sini. Sebab tulah saya masih lagi tak tahu apa nak buat," kata Daniel dengan nada kecewa. Dia memandang ke arah sekeliling kafe. Susunan kerusi dan meja, kedudukan roti, dessert dan kek, dan ruangan barista tempat kerjanya.

Dia akan rindukan semua ni kalau dia kena pecat dengan Hawa. Dalam banyak-banyak kafe yang dia pergi, kat sinilah yang dia rasa paling seronok. Hawa selalu bagi dia dan Kiera lebihan dessert yang tak habis, dan dia boleh bagi kepada adik-adik dia yang masih di sekolaah menengah. Hawa pun selalu layan dia dan Kiera, dan selalu luangkan masa untuk mendengar celoteh mereka. Kiera la selalunya.

Kafe ni..harmoni. Dia sayang semua memori kat sini, walaupun dia belum lama bekerja. Kalau dia kena berhenti sekalipun, dia takkan lupakan kafe ni.

Hawa menghela nafas panjang. Dia bagaikan cuba mempertimbangkan keadaan sekarang dan berfikir apa yang perlu dilakukannya.

"Terima kasih sebab mengaku perkara sebenar. Saya faham situasi awak, tapi saya harap lepas ni awak dah tak beritahu apa-apa lagi pada Salsabila. Kafe ni safe haven kita, okey? Jangan bagi penjajah masuk," balas Hawa sambil tersenyum.

Serius, Daniel rasa nak menangis sekarang. Baiknya hati bos dia. Macam manalah dia tak rasa bersalah setiap kali dia kena report pada Salsabila.

"Sebenarnya, saya pun dah lama tak report kat dia. Sebab saya tak sanggup. Tak apalah kalau dia tak nak bayar saya pun, saya boleh cari duit sendiri," kata Daniel, kemudian menggigit bibir bawahnya apabila menyedari bahawa dia sudah terlepas cakap.

In The DreamsWhere stories live. Discover now