Setibanya mereka di sebuah restoran masakan Melayu yang terletak berdekatan dengan pasar raya tadi, Aniq dan Hawa mengambil tempat di bahagian kiri kedai, bersebelahan dinding. Tempat biasa yang menjadi pilihan Hawa kalau keluar makan. Bila dia keluar dengan Mak Ngah ataupun Ainur, dia tak nak orang lain pelik kenapa dia selalu minum air je, tak pun makan makanan yang dia bawa sendiri.
Aniq yang duduk di sebelah kiri hadapan Hawa menghulurkan menu yang terletak di hadapannya. Dia tak nak Hawa rasa tak selesa duduk dekat-dekat, tapi kalau duduk meja lain macam jauh sangat pula.
Hawa tidak menyambut huluran Aniq.
"Kau nak aku makan kat sini ke? Penat-penat aku berjalan pusing satu supermarket dengan kau nak cari barang basah. Makan kat rumah tak boleh ke?" kata Hawa perlahan, tak ingin ada orang lain yang mendengar. Yalah, datang kedai makan, tapi tak nak makan pun. Dia sanggup bertahan dengan kerenah Aniq yang maacam budak-budak tadi sebab fikir yang lepas ni dia boleh balik masak. Tup-tup Aniq suruh dia makan pulak. Kat kedai makan, no less.
Aniq menolak menu tersebut ke tangan Hawa.
"Ya. Aku nak kau makan. Mesti kau dah lapar, kan? Makan la, aku belanja," kata Aniq. Dia siap bukakan lagi menu tersebut apabila Hawa hanya memandang menu tersebut tanpa rasa teruja. Rasa takut adalah.
"Alah, tapi-"
"Anggap ni bayaran kau sebab aku belanja kau tadi," potong Aniq. Hawa mencebik. Sengaja nak suruh dia makan. Aniq tahu yang dia tak suka terhutang budi dengan orang lain.
Menu tersebut diselak. Dan diselak lagi. Dan lagi. Sampailah ke halaman terakhir. Kemudian Hawa membuka semula halaman pertama, dan diselak semula.
Aniq berdecit.
"Tunggu kau ni macam tunggu budak kecik pilih makanan, tahu tak? Biar aku jelah pilih. Kau makan je kan semua benda?" kata Aniq lalu mengambil menu dari tangan Hawa.
"Tak. FYI, aku tak makan semua yang ada kat menu tu."
Aniq hanya tergelak. Dia memanggil seorang pelayan lelaki, ingin memesan makanan. Tidak lama kemudian, seorang pelayan datang ke meja mereka. Aniq memberitahu makanan dan minuman yang ingin dipesannya, manakala Hawa langsung tidak ambil kisah. Dia tak nak dengar pun. Dia tak nak rasa termuntah bayangkan makanan tu sebelum makanan yang sebenar sampai ke meja.
Hawa memeriksa DM di Instagramnya, tersenyum apabila ada orang yang ingin memesan soft cookies selepas rasa soft cookies di event rakannya.
Huh, soft cookies. Sebab kaulah aku ada kat sini sekarang. Tak tahulah nak rasa sedih ke gembira.
"So, Hawa. Mulakan cerita kau," kata-kata Aniq membuatkan Hawa menoleh sekilas. Aniq sudah menongkat dagu memandang Hawa, tidak sabar ingin mendengar ceritanya.
Mak ai, macam nak dengar bedtime story pula.
"Oh, aku kena start eh? Apa kata kau tanya aku? Nanti aku jawab," kata Hawa. Rasa awkward pula nak bercerita tiba-tiba. Sekurang-kurangnya kalau cuma jawab soalan Aniq, dia tak payah cerita semua benda.
"Apa yang jadi 11 tahun lepas?"
Hawa terdiam. Tak sangka itu soalan pertama yang meniti di bibir Aniq. Dia menarik nafas panjang lalu dihela perlahan. Tak apalah, dia cerita jelah. Dah alang-alang.
Bedtime story at 4.20 p.m..starts now.
"11 tahun dulu.. tak, sebenarnya cerita ni bermula 12 tahun lepas. Sejak..ibu dengan ayah aku meninggal," kata Hawa, suaranya sedikit bergetar apabila dia mengatakan yang ibu ayahnnya sudah tiada. Ah, dia tak nak menangis petang-petang. Nanti tenaga makin berkurang. Dan menangis di kedai makan is like, the worst place to cry. Ever.
YOU ARE READING
In The Dreams
Romance'In the dreams, you were...' Mimpi sebagai episod pertama yang mengubah hidup mereka. Orang kata, apa yang dalam mimpi selalunya terbalik dari realiti, tapi Hawa Afreen tetap jatuh suka kepada lelaki yang dia nampak dalam mimpinya. Bila jumpa depan...