Fifty-one

65 5 0
                                    

"Ada ke notification?" tanya Aniq dari luar rumah. Dia baru sahaja keluar dari rumah jiran sebelah dan berjalan masuk ke kawasan rumah.

Terangkat bahu Hawa kerana terkejut. Dia memandang wajah selamba Aniq dan terus meletakkan semula telefon suaminya ke atas meja. Dia ingin keluar dari app tersebut, tetapi jarinya tersalah tekan dan tertolak ke tepi chat Aniq dan Ain, menjadikannya archived. Ah, lantaklah.

"Oh, takde," balas Hawa kemudian mematikan telefon Aniq lalu duduk di atas sofa, matanya memerhatikan Aniq yang masuk ke dalam rumah dan melemparkan senyuman manis kepada Hawa.

Hawa mengetap giginya. Untuk siapa lagi Aniq tersenyum macam tu? Ain ke? 

Selama ni dia tak pernah syak yang Aniq ada hubungan mesra dengan Ain. Dia tak pernah terfikir pun yang Aniq ada sukakan orang lain di belakang dia. Dan orang tu adalah Ain.

Kalau Aniq sukakan Ain, kenapa Aniq nak kahwin dengan dia? Aniq suka dua-dua, jadi dia nak simpan satu, kahwin satu ke apa? Ataupun Aniq sengaja nak mainkan dia, nak tengok dia jatuh di kaki Aniq sebab sayangkan dia, lepastu Aniq nak tinggalkan dia?

"Kenapa ni? Masamnya muka. Marahkan abang ke?" tanya Aniq lalu mengambil tempat di sebelah Hawa, badannya dihadapkan ke arah isterinya.

Spontan badan Hawa bergerak menjauhi Aniq. Dia pun tak sangka yang dia buat macam tu. Mungkin tu defense mechanism dia.

 Wajah Aniq terkejut melihat reaksi Hawa yang tiba-tiba menjauhinya dan tidak ingin memandangnya. Dia merapatkan kedudukannya dengan Hawa, dan apabila Hawa ingin menjauhinya, dia menarik Hawa rapat ke sisinya. Matanya memandang tepat ke arah wajah Hawa.

"Sayang, kenapa ni? Ada masalah ke?" tanya Aniq lembut, kedua-dua tangannya mendarat di bahu Hawa. Hawa memejamkan matanya.

Siapa je yang tak tertipu kalau orang cakap dengan suara macam tu. Suara macam..dia betul-betul ambil berat. Macam betul-betul sayang.

Tapi akhirnya, semua ni tipu.

Hawa menggelengkan kepalanya. Dia bangun dari sofa. Aniq masih lagi memandangnya, menunggu jawapan.

"Saya nak naik atas la. Nak tidur," kata Hawa pendek sebelum dia berjalan meninggalkan Aniq dan menuju ke arah tangga untuk ke tingkat atas.

Aniq melepaskan nafas. Dia tak tahu apa yang mengganggu fikiran Hawa. Dan kalau Hawa tak nak tahu, dia tak nak paksa.

Tapi..apa yang buat Hawa tiba-tiba berubah? Tadi dia okey je. Takkanlah sebab dia pergi rumah jiran sebelah kot? Jiran sebelah ni dah tahap warga emas dah pun. Hawa marah pasal tu ke?

Tak mungkin.

Aniq melirik ke arah telefonnya. Dia tersedar sesuatu.

Tadi Hawa ada tengok telefon dia, lepastu Hawa terus jadi macam ni. Sebab telefon ni ke? 

Aniq menghidupkan telefonnya. Dia membuka app terakhir yang dibuka di telefonnya. Huh, app chat biasa je. Ada apa kat sini? Banyak kali dah dia tunjuk telefon dia kat Hawa, dan dia memang tak ada rahsiakan apa-apa pun daripada Hawa. 

Aniq terpandang bahagian archived di app tersebut. Sejak bila pulak dia archive chat dia dengan Ain? Jarinya pantas menekan chat tersebut. Apabila dia nampak mesej yang tertulis di skrin, matanya membulat.

"Apa..benda ni?"

.


Hawa memejamkan matanya rapat-rapat apabila dia mendengar bunyi pintu bilik tidur dibuka. Dia tak  nak bercakap dengan Aniq. Dia tak bersedia lagi nak tahu perkara sebenar, yang Aniq sebenarnya memang ada perasaan pada Ain.

In The DreamsWhere stories live. Discover now