"Kiera, semua dah datang ke?" tanya Hawa yang baru sahaja selesai menyusun bahan-bahan dan peralatan untuk kelas memasaknya ke atas meja panjang. Dah lama dia tak buat kelas, jadi dia rasa excited nak jumpa orang baru dan tengok wajah-wajah pelajarnya yang sentiasa tak sabar untuk belajar resipi baru. Walaupun selalunya pelajarnya orang yang berbeza, but still.
Kiera mengangguk. Hawa berterima kasih kepadanya dan berjalan ke arah meja dan kerusi yang disusun khas untuk pelajar-pelajarnya yang datang, sementara mereka menunggu kedatangannya. Matanya memandang ke arah satu-persatu wajah orang yang hadir. Semuanya tersenyum manis ke arahnya.
Ada yang datang satu family, ada yang datang dengan kawan, ada yang datang seorang, dan-
Pandangan Hawa terhenti ke arah seseorang. Dia memandang orang tersebut lama tidak berkelip. Orang tersebut turut memandang ke arahnya sebelum dia tersengih.
Hawa menahan ketawa. Oh, patutlah dia nak beli apron tiba-tiba haritu. Sebab ni rupanya.
"Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Korang dah ready ke untuk kelas kita hari ni?"
Mereka semua mengiakan serentak.
"Okey, kalau dah ready, semua boleh bentuk empat kumpulan. Satu group lima orang ya. Feel free untuk pilih kroni. Lagi kroni, lagi bagus. Kita tengok siapa yang lonely kat sini," kata Hawa lalu tersenyum dan disambut dengan tawa para pelajarnya. Mereka terus melangkah ke bahagian masing-masing dengan kumpulan yang sudah dibentuk.
Mata Hawa tidak dapat beralih daripada lelaki yang diperhatikannya sejak tadi. Lelaki yang dia paling tak sangka akan datang ke kelasnya.
Aniq.
Gosh, dia tak tahu pun yang suami dia sendiri datang kelas dia. Kiera pun tak cakap apa-apa. Mesti dua orang tu dah berkomplot.
Meja panjang tersebut disusun bentuk segi empat, dan dia berada di bahagian tengah-tengah, memberikan tunjuk ajar kepada para pelajarnya untuk setiap step yang mereka buat.
Hari ni, mereka akan buat dark chocolate truffles. Dia menerangkan langkah-langkah yang perlu dilakukan, dan mereka mengikuti arahannya. Setiap pelajarnya diberikan peluang untuk mencuba dan membuatnya bersama-sama. Rasa nak tergelak pun ada bila tengok Aniq golekkan ganache dan buat bentuk bulat. Macam-macam bentuk jadinya. Seorang wanita agak berusia yang sama kumpulan dengannya ketawa melihat hasil buatannya.
"Macam mana roll boleh jadi bentuk segi empat ni? Tangan manusia ke robot ni?" wanita tersebut menggelengkan kepalanya. Anak perempuannya yang turut sekumpulan dengannya tersenyum.
"Alamak, sorry. Aduh, susah jugak buat benda ni rupanya. Kenapa tengok orang lain buat macam senang?" kata Aniq, masih lagi menggolekkan ganache tersebut dengan tapak tangannya. Apabila sudah berjaya, dia tersenyum lebar kemudian ditunjukkan kepada wanita tersebut. Wanita tersebut mengangguk, berpuas hati dengan hasil kerjanya. Aniq menoleh ke arah Hawa sambil mengangkat keningnya, berbangga dengan dirinya.
Hawa hanya tersengih. Bangga betul. Baru satu.
Selepas itu, ganache yang sudah dibuat bentuk bulat sebesar saiz bola pingpong itu disadur dengan coklat cair dan serbuk koko atau almond kisar. Siap. Senang je. Dia pilih resipi ni sebab senang nak buat, jadi semua pelajarnya dapat buat dengan rasa yakin dan tidak terlalu tertekan. Dia cuma nak jadikan kelas memasaknnya ni satu medium untuk merapatkan hubungan, tidak kiralah hubungan kekeluargaan, persahabatan atau cuma hubungan sesama manusia.
"Struggle betul buat. Nak buat untuk girlfriend ke?" tanya seorang wanita yang datang bersama suaminya, mereka berada di kumpulan sebelah Aniq. Suaminya tersenyum dan turut memandang ke arah Aniq.

ANDA SEDANG MEMBACA
In The Dreams
Romance'In the dreams, you were...' Mimpi sebagai episod pertama yang mengubah hidup mereka. Orang kata, apa yang dalam mimpi selalunya terbalik dari realiti, tapi Hawa Afreen tetap jatuh suka kepada lelaki yang dia nampak dalam mimpinya. Bila jumpa depan...