Fifty-five

83 5 1
                                    

Kiera menoleh ke arah Daniel yang sedang duduk dan memandang ke arah telefonnya. Sekarang pukul 3.30, jadi pelanggan tak ramai sangat. Kalau ada pun biasanya nak takeout dessert ataupun roti.

Dia berjalan mundar-mandir di kawasan kaunter. Nak cakap ke tak? Hari ni Hawa tak datang kafe, dan sekarang memang ada dia dan Daniel sahaja di kafe. Dia memang tunggu Hawa tak ada baru dia nak cakap, dan hari inilah masa yang terbaik.

Nak cakap ke tak? Cakap ke tak? Ah, cakap jelah! Kiera terus berjalan ke arah kawasan membuat air, tempat Daniel berada.

"Weh, aku..terfikir pasal apa yang aku cakap haritu," kata Kiera, cuba menarik perhatian Daniel. Daniel mengangkat kepala memandang Kiera yang bermain dengan hujung lengan bajunya, tidak memandang ke arah mata Daniel.

"Cakap apa?" Daniel memasukkan telefon ke dalam poket hadapan apron yang dipakainya.

"Pasal..yang aku tanya kau kenapa kau tak kerja dalam bidang computer science. Untuk orang macam kau, aku rasa kau sesuai jadi web developer. Tak pun software engineer ke," kata Kiera, suaranya semakin perlahan dengan ayatnya. Rasa macam dia tengah menyibuk sekarang ni. Hidup lelaki ni, buat apa dia nak menyibuk, kan?

Tapi, dia tak tahu kenapa dia tak boleh nak lupakan. Daniel memang mengelak dari bercakap pasal benda ni, dan dia rasa..curious. 

Memang ayat-ayat orang busybody. Kau memang busybody, Kiera.

Ataupun kau risaukan dia.

Nope, busybody it is.

Daniel mengerutkan dahinya. Dia ingatkan Kiera dah tak nak tanya pasal ni. Dah beberapa hari berlalu sejak Kiera bertanya soalan tu. Tak sangka dia masih ingat.

"Kenapa kau nak tahu?" tanya Daniel. Dari gaya Kiera, tak macam dia suka jaga tepi kain orang. Dia macam betul-betul nak tahu sebab Daniel memilih untuk tidak meneruskan kerjaya yang sudah tentu dapat memberikan pulangan yang lumayan, dan memilih untuk menjadi seorang barista. Yeah, barista is cool, but..web designer? That's awesome.

Dia rasa Kiera macam..nak kenal dia dengan lebih mendalam. Dan dia tak tahu kenapa dia boleh terfikir macam tu, mahupun apa yang dia boleh buat kalau Kiera betul-betul nak kenal dia.

"Curious?" banyaklah kau punya curious, kau memang penyibuklah Kiera. Namun dia mengetepikan bisikan hatinya. Lantaklah kalau Daniel kata dia apa pun, asalkan dia boleh tidur malam dan tak terfikir lagi pasal perkara ni.

"Orang kata kalau curious, nanti kucing mati. Kau kan suka kucing, tak payah la nak curious sangat."

Kiera menarik sengih. Satu sebab Daniel boleh pusingkan English proverb jadi benda kelakar, dan satu lagi sebab Daniel tahu yang dia suka kucing. Hati dia rasa..

Okey, bukan sekarang.

"Fine, aku jujur dengan kau. Aku tanya sebab setiap kali aku tengok kau kerja, even though kau senyum, atau kau tunjuk yang kau happy, tapi mata kau kadang-kadang nampak sedih. Macam ni bukan apa yang kau nak. Macam kau-"

"Terpaksa."

Kiera memandang Daniel yang memandang kosong ke arah pintu utama kafe. Matanya yang nampak bersinar sewaktu bekerja, kini nampak..malap. Macam ada benda berat yang mengganggu fikiran dia.

"Kau pernah rasa tak, bila kau ada dua pilihan, dan kau lagi suka pilihan pertama, tapi kau tahu yang pilihan kedua kau akan gembirakan ramai orang, jadi kau pilih pilihan kedua walaupun tu bukan pilihan kau?" tanya Daniel, matanya memandang tepat ke arah Kiera. Riak wajahnya bagaikan orang yang betul-betul dalam dilema.

Kiera menghembus nafas panjang. Tiada kata-kata yang keluar dari bibirnya. Dia hanya memandang ke arah deretan roti dan dessert di bahagian kanan kafe. Dah tinggal separuh selepas dia refill tengah hari tadi.

In The DreamsWhere stories live. Discover now