Ain mengacau minuman di hadapannya menggunakan straw sebelum air matcha caramel tersebut disedut perlahan. Uish, sedap. Semuanya memang sedaplah kat sini. Dia akan pastikan dia datang sini selalu.
"Okey, jadi lepas ni dah takde hutang apa-apa lagi kan? Rasa bersalah pulak bila belanja macam ni. Dahlah banyak," kata Aniq, memecah kesunyian antara mereka berdua. Ain mendongak sedikit memandang wajah lelaki tersebut sebelum mengangguk.
"Hmm, tapi saya masih berminat nak kenal dengan awak. Tak boleh ke, kalau..sesekali saya nak ajak awak makan? Kat sini pun boleh je," balas Ain pula.
Dapatlah dia stalk lagi Aniq dengan Hawa. Masih suspicious.
Aniq menggumam sebentar.
"Erm..kenal macam mana tu? Sekarang belum kenal ke?" bukannya dia tak faham maksud Ain, tapi dia cuma..nakkan kepastian mungkin? Takut dia pulak terperasan.
Ain tersenyum.
"Buat-buat tak faham ke apa ni? Saya-" kata-kata Ain terhenti apabila telefonnya tiba-tiba berdering. Dia mencapai telefonnya dari dalam beg dan membuat isyarat supaya Aniq menunggu sebentar sebelum dia menjawab panggilan.
"Ain," kata si pemanggil. Ain berkerut seketika lalu memandang kembali skrin telefonnya. Ah, ni semua salah dia sebab tak tengok dulu siapa yang call. Perempuan ni rupanya.
"Ya, kenapa?" tanya Ain malas. Dia kalau boleh nak lupakan pasal kawan perempuan dia yang satu ni. Tak, memang ada satu ni je pun kawan dia. Hmm, mungkin selama ni dia tak ada kawan lain sebab dia sibuk sangat berkawan dengan si Salsabila ni.
Yang terlalu self-centered.
Kedengaran suara tawa Salsabila dari hujung talian.
"Wow, kau memang dah berubah, kan? Ingat bila kau dah berpunya, kononnya, kau dah boleh nak berlagak? Entah-entah orang yang kau cakap tu, siapa nama dia haritu, Anas? Ha, entah-entah tak wujud pun. Kau sengaja je nak sakitkan hati aku. Kalau dia betul-betul ada, tunjuklah kat aku. Nak tengok jugak, lelaki mana yang buta sangat sampai boleh suka kat kau," kata Salsabila dengan nada mengejek.
Ain tahan bola matanya dari dipusingkan ke atas kerana menyampah dengan kata-kata Salsabila. Betul-betul dah terdesak nak attention agaknya sampai nak hina dia tiba-tiba macam tu. Dia tak rasa terhina sikit pun la. Rasa makin bersyukur sebab akhirnya dia buat keputusan untuk tinggalkan toxic friendship dia ni. Asyik dia je yang merana.
"Buat apa aku nak tipu? Kalau kau tak percaya, datanglah sini. Aku tengah keluar dengan dia. Aku send location kat kau," balas Ain pendek sebelum memutuskan talian. Dia mengeluh seketika. Location kafe tersebut dihantar kepada Salsabila sebelum dia menutup telefonnya.
"Awak okey ke?" tanya Aniq yang melihat wajah kecewa Ain. Dia dengar je Ain berbual di telefon, walaupun suara Ain perlahan. Banyak benda dia makin keliru dan nak tanya ni.
"Awak boleh tolong saya tak?"
Aniq berkerut. Ah, sudah.
.
Hawa memandang ke arah Aniq dan rakannya yang dibawa ke kafe. Mereka nampak gembira berbual. Aduh, jauh pulak duduknya. Tak dapat dia nak dengar apa yang diorang bualkan.
Tak, dia tak berniat pun nak curi dengar. Just as a fact.
Nak tergelak pun ada bila dia pandang Aniq dengan Ain berbual. Sekejap-sekejap masing-masing berkerut, lepastu tergelak. Nampak smooth je Aniq berbual. Macam berbual dengan klien pulak.
Yang kelakarnya sebab dia rasa sakit hati. Hai Hawa, takkan kau cemburu kot? Kau tak pernah dengar ke kata-kata ni, jangan rindu, dia bukan mahrammu, dan jangan cemburu, dia bukan halalmu. Jadi, tak payah nak cemburulah, Hawa. Kau je yang rugi. Biarlah dia nak borak dengan siapa pun. Dia nak bercakap dengan kucing kedai sebelah pun bukan masalah aku.
YOU ARE READING
In The Dreams
Romance'In the dreams, you were...' Mimpi sebagai episod pertama yang mengubah hidup mereka. Orang kata, apa yang dalam mimpi selalunya terbalik dari realiti, tapi Hawa Afreen tetap jatuh suka kepada lelaki yang dia nampak dalam mimpinya. Bila jumpa depan...