Hawa mengeluarkan biskut cip coklat yang baru dibakarnya dari ketuhar. Ketuhar saiz extra large. Orang-orang buat business je ade. Heheh. Bangga masa dia mula-mula beli oven ni.
Dia tersenyum puas melihat hasil biskutnya. Nampak cantik je bulat-bulat. Dia meregangkan badannya. Penat rasa. Sepanjang hari ni dia cuma bake, decorate kek, masukkan biskut dalam balang. On repeat. Kakinya melangkah meninggalkan dapur. Biarkan biskutnya sejuk dulu sebelum nak dimasukkan ke dalam balang.
Telefon pintarnya yang diletakkan di atas meja dicapai sebelum dia melabuhkan punggung di atas sofa. Fuh. Dapat jugak duduk. Dia mengerling jam di telefonnya. Dah nak tengah hari.
Apa khabar Aniq agaknya eh? Dah dua hari dia tak nampak lelaki tu. Dia dah cakap awal-awal kat Aniq, tak payah datang kafe dia. Rehat je kat rumah.
Heh, dia rasa Aniq tak nak datang pun kafe dia. Sebab apa? Sebab ada dia. Kot.
Hawa membuka aplikasi WhatsApp. Dia kan dah kenal Aniq, so kita main WhatsApp la.
'kau kerja ke harini?'
Sent. Hawa ingin keluar dari aplikasi tersebut. Dia tak rasa Aniq akan reply cepat. Setakat yang dia tahu, Aniq..bukan fast replier. Dan juga the driest replier dia pernah kenal. Jawapan dia selalunya 'ok' ataupun 'huh?' ataupun..takde jawapan. Seen. Hah, tu paling menyakitkan hati.
Telefon Hawa bergetar. Dia memang suka silent notification telefon dia. Sebab tak ada siapa sangat pun yang nak chat dia. Buat sakit hati je kalau tak ada bunyi, kan? So dia silentkan notification. Sekurang-kurangnya kalau takde bunyi pun, mungkin..ada orang chat dia.
Macam sekarang.
'taak. Ada orang datang rumah aku. Melawat katanya.' Aniq membalas. Hawa membulatkan matanya. Uish, dia reply sepantas ini? Lebih dari 3 words? Dia mimpi ke?
'tapi macam dia pulak tuan rumah.' Aniq menyambung. Hawa tergelak.
'siapa? Bahu kau ok tak tu?'
Hawa terdiam sebentar. Nampak macam menyibuk sangat ke kalau dia tanya Aniq dah okey ke belum? Patutnya cukuplah kan dia dah tolong Aniq haritu. Tak perlu pun nak follow-up keadaan dia.
Kejap, yang aku sibuk fikir pasal ni dah kenapa? Nak tahu, tanya jelah! Kau dah kenapa fikir jauh-jauh ni, Hawa? marahnya kepada diri sendiri. Kau tak pernah fikir sejauh ni untuk seorang lelaki. Dahlah lelaki yang dia tak berapa kenal pun.
Telefonnya bergetar lagi. Hawa terkelip-kelip mata apabila Aniq menghantar gambar kepadanya.
Gambar badan Aniq sebelah kanan. Berbalut bandage.
Dan shirtless.
Hawa dapat rasakan mukanya merah padam. Whoa. Dia tahu yang dia pernah rawat luka Aniq haritu, tapi masa tu dia memang fokus nak bersihkan luka Aniq je. Kali ni? Not so much. Mata dia memang melekat tengok gambar bahu Aniq.
Stop, Hawa! Seriously, dahlah gambar bahu dia je. Literally bahu dia je. Kau jangan over sangat boleh tak?
Hawa tersengih. Makin pelik-pelik nampaknya dia ni. Kelakar bila otak dia sendiri bergaduh dengan suara hati dia. Dia berdehem dan menggeleng-gelengkan kepalanya, cuba menghilangkan segala perasaan pelik dia terhadap Aniq dari hatinya.
Kawan je. Ye, kawan je. Dia tak suka aku pun.
Aniq menghantar sekeping lagi gambar. Gambar Malik sedang duduk di atas sofa sambil menonton televisyen. Dengan kemeja dan seluar slacknya. Mesti ponteng kerja tu. Nasiblah syarikat sendiri.
'betul2 macam rumah sendiri dah. apsal siap berbandage bagai? Bahu kau patah ke?' Tanya Hawa kembali.
'haha. Lepas aku balik haritu, Malik paksa aku pergi klinik. Doktor cakap retak sikit. Tu yg berbalut ni.'
YOU ARE READING
In The Dreams
Romance'In the dreams, you were...' Mimpi sebagai episod pertama yang mengubah hidup mereka. Orang kata, apa yang dalam mimpi selalunya terbalik dari realiti, tapi Hawa Afreen tetap jatuh suka kepada lelaki yang dia nampak dalam mimpinya. Bila jumpa depan...