Hawa termenung sambil memandang ke arah tingkap yang menghala ke luar kedai barunya. Kedai yang akan diubah suai menjadi kafe untuk dia menjual dessert yang dihasilkannya sendiri. Brand dia sendiri. Dia tersenyum nipis. Segala penat lelahnya selama ini terasa berbaloi. Teringat lagi semasa dia menjalankan bisnesnya semasa dia masih belajar. Ainur yang banyak membantunya menyiapkan tempahan customer yang kadang-kadang tak mampu dia nak buat sorang-sorang, apatah lagi melayan pelanggan yang banyak kerenah.
Huh, that feels so long ago.
Bunyi derap tapak kaki menghampiri Hawa membuatkannya berpaling. Aniq berdiri tidak jauh darinya sambil matanya masih lagi memandang ke arah sekeliling kedainya yang berukuran 1500 kaki persegi. Tangannya memegang iPad yang dibawanya sejak di kafe tadi. Conteng guna iPad je nampaknya.
Hawa mengecilkan matanya memandang lelaki yang nampak sangat familiar di hadapannya ini. Hish, memang sama dengan lelaki dalam mimpi dia. Suara, lebih kurang je. Ni macam garau lagi sikit. Muka sama.
Persoalannya sekarang ni, dia pernah kenal ke lelaki ni sebelum ni? Sebab hati dia rasa lain macam sangat. Rasa macam kalau dia lari dan tepuk bahu lelaki tu pun macam bukan satu kesalahan.
Dia dah gila ke eh? Overworked, perhaps?
"Cik Hawa tak suka bunga apa?" Tanya Aniq tiba-tiba, membuatkan Hawa kembali berpijak di dunia nyata. Dia membalas pandangan Aniq yang nampak sangat curious untuk mendengar jawapannya.
Kenapa macam random sangat soalan lelaki ni?
Hawa berdehem. "Urm, saya rasa saya dah bagitahu tadi yang saya alergik dengan bunga. So basically, all of them?" balas Hawa. Tak apalah, mungkin lelaki ni dah terlupa. Manalah tahu kan.
Aniq tidak menunjukkan sebarang perubahan pada ekspresi wajahnya.
"Ye, saya tahu. Tapi..satu yang paling cik tak suka?" Aniq masih menekan.
Hawa mendengus. Dah cakap tak suka semua, nak jugak tanya. Dahlah tak ada kaitan pun dengan topik. Dia dah cakap awal-awal tadi, dia tak nak ada bunga dalam hiasan kafenya nanti. Nak tanya lagi buat apa?
"Hmm, kalau macam tu, bunga ros," jawab Hawa pendek.
Aniq mengangguk-angguk perlahan.
"I see."
Hawa mengerutkan dahi. Kenapa dia nak tahu bunga apa yang dia tak suka?
"Kenapa ros? Bukan ke tu standard bunga yang orang suka?"
Huh, tak habis lagi rupanya.
Hawa mengangkat bahu. "Entahlah. Saya rasa sebab bunga tu overrated. Dan mahal sangat," jelas Hawa. Dia melihat Aniq mengangguk-angguk lagi. Makin pelik nampaknya.
"Well, saya tak kisah pun sebab-"
"Saya dah ada beberapa idea untuk konsep yang cik Hawa cadangkan. Biasanya saya akan buat dalam a few plans. Nanti saya send softcopy kat cik Hawa ye. Nak sambung, tapi seriously, saya ada hal kejap lagi. So, until next time," potong Aniq lalu menghulurkan senyuman nipis dan berjalan meninggalkan Hawa yang masih terpinga-pinga.
Dia potong cakap aku macam tu je?! Siapa yang klien sebenarnya ni?
Hawa mengetap gigi lalu berjalan pantas melepasi Aniq. Baru sahaja Aniq ingin mencapai tombol pintu, Hawa segera meletakkan tangannya di pintu, menghalang lelaki tersebut daripada keluar. Nafasnya tercungap-cungap. Tahan marah satu, nak kejar lelaki tinggi ni pun satu jugak.
Matanya mencerlung memandang Aniq yang langsung tidak menunjukkan riak terkejut. Dia siap peluk tubuh lagi.
"Apa yang cik buat ni?" Tanya Aniq datar. Matanya merenung malas ke arah Hawa yang menjelingnya tajam.
YOU ARE READING
In The Dreams
Romance'In the dreams, you were...' Mimpi sebagai episod pertama yang mengubah hidup mereka. Orang kata, apa yang dalam mimpi selalunya terbalik dari realiti, tapi Hawa Afreen tetap jatuh suka kepada lelaki yang dia nampak dalam mimpinya. Bila jumpa depan...