Sepanjang peristiwa pelik yang berlaku dalam hidup Hawa, iaitu termimpikan seorang Aniq Huzaifah, dia tak pernah anggap mimpi tu akan betul-betul terjadi di alam realiti. Sebab, biasalah, mimpi kan? Dan perangai Aniq Huzaifah yang dalam mimpi pun tak sama macam Aniq Huzaifah yang hidup bernafas di dunia nyata ni.
Tapi..sekarang, dia rasa dia kena pertimbangkan semula ideologi tersebut. Sebab perkara yang berlaku sekarang..
Betul-betul sama macam mimpi dia semalam.
Hawa merenung lama ke arah Aniq yang sedang berjalan masuk ke dalam kafe diikuti oleh Malik di belakangnya. Benda pertama yang buatkan dia tersedar yang keadaan sekarang ni sama dengan mimpi dia ialah, Malik datang kafe dia. Selalunya Malik takkan datang kalau isteri kesayangannya tu tak ada. Tapi sekarang, dia muncul.
Tu first. Matanya beralih pula ke arah Kiera yang sedang berjalan ke arah bahagian membuat air, a.k.a. kawasan Daniel untuk menambah stok cawan plastik di bahagian rak bawah. Cawan tersebut agak banyak, dan Daniel pula yang sedang menyiapkan pesanan cappuccino tidak menyedari kehadiran Kiera.
Macam mana Hawa boleh tahu yang Daniel tengah buat cappuccino? Sebab dia dengar dalam mimpi dia semalam.
Okey, Daniel jalan ke belakang, ke belakang lagi..dan..
Susu panas yang berada dalam cawan kecil di tangan Daniel tertumpah ke lengan baju Kiera. Meresap ke kulitnya. Dari kaunter Hawa boleh dengar suara Kiera mendesis kesakitan. Hawa boleh pula tengok je tapi langsung tak buat apa-apa.
Sebab dia masih terlalu terkejut dan tak dapat terima semua ni.
Hawa masih memandang ke arah Daniel dan Kiera. Daniel sudah meletakkan cawan besi tersbut ke atas kaunter dan meluru ke arah Kiera yang sempat meletakkan bungkusan berisi cawan plastik tersebut ke atas kaunter minuman sebelum dia memegang lengannya. Mesti melecur.
Macam mana Hawa tahu? Well, apart from common sense, semalam dia dengar..
"Melecur ni," suara Daniel kerisauan menjengah telinga Hawa.
That's how.
Hawa memandang Daniel yang pantas mencapai lengan baju Kiera ke dapur. Dia melalukan lengan Kiera di bawah air paip yang mengalir.
Nampak tak apa yang pelik dalam situasi ni? Semalam dalam mimpi pun Hawa tersedar perkara ni.
Kiera langsung tak cakap apa-apa. Mulut murai dia macam ambil cuti hari ni.
Semalam, masa Hawa bermimpi, dia terlalu terkejut dengan apa yang berlaku, matanya hanya dapat tertumpu ke arah lengan Kiera yang kemerahan kerana melecur. Tapi pagi ini, dia memandang ke arah reaksi wajah Kiera.
Kiera tersenyum, nampaknya. Sambil pandang Daniel yang berjalan pantas ke dalam bilik rehat untuk mengambil ubat untuk melecur. Wajah Kiera nampak..terharu?
Heh. Kan dah kata, lama-lama menjadi dua budak tu.
Hawa sempat mengukir senyum sebelum reaksinya bertukar masam semula. Apa yang jadi sebenarnya ni? Deja vu, mungkin? Tapi dia macam tak nak percaya pula yang ini sekadar deja vu.
Entah-entah, apa yang dia mimpikan akan betul-betul terjadi kot?
Hmm, tapi selama ni tak pernah terjadi pun. Mungkin ni kebetulan je. Dan memang betul-betul deja vu.
"Uit, Hawa...u. Berangan ke tu?" suara Aniq dari arah hadapan kaunter membuatkan Hawa pantas menoleh semula, mengalihkan pandangan dari Daniel yang sedang membebel kepada Kiera, dan Kiera yang hanya tersenyum tanpa menjawab apa-apa. Aneh, sungguh aneh.
Hawa terus mengerutkan dahi.
"Kau panggil aku hawau ke?"
Aniq tersengih dengan wajah tak bersalah.
YOU ARE READING
In The Dreams
Romans'In the dreams, you were...' Mimpi sebagai episod pertama yang mengubah hidup mereka. Orang kata, apa yang dalam mimpi selalunya terbalik dari realiti, tapi Hawa Afreen tetap jatuh suka kepada lelaki yang dia nampak dalam mimpinya. Bila jumpa depan...