Hawa merenung ke arah jam dinding di ruang tamu. Sudah menginjak pukul 9.30 malam. Dia bangun dari sofa dan berjalan ke arah tingkap dan langsir tingkap diselak.
Tak ada kelibat Aniq. Kereta tak ada, orang pun tak ada. Hawa mengeluh sebelum dia duduk semula. Telefon yang diletakkan di atas meja dipandang. Patut ke dia call tanya Aniq ada kat mana? Selalunya kalau Aniq balik lambat dia akan beritahu Hawa terlebih dahulu, tapi kali ni Aniq hanya menyepi.
Sebab apa yang kau cakap hari tu la. Ke baru semalam? Dia rasa macam dah lama. Dah lama dia tak dengar usikan suaminya. Dah lama dia tak nampak senyuman dan gelak tawa Aniq. Dia akui yang dia rindu. Ah, semua ni salah dia. Patutnya dia tanya betul-betul pasal mesej tu, bukannya terus buat andaian sendiri. Lepas tu sendiri rasa bersalah macam sekarang ni.
Contact ditekan. Jarinya terhenti di nama Aniq yang disimpan sebagai Mr. Zaif *heart emoji*. Aniq tak pernah nampak nama yang dia save, jadi setakat ni dia masih selamat. Kalau Aniq tahu, memang tiga hari tiga malam dia kena usik tak berhenti.
Tapi dengan keadaan sekarang, dia tak tahulah apa yang akan terjadi. Akhirnya Hawa meletakkan semula telefonnya. Mungkin Aniq marahkannya, dan pergi ke sesuatu tempat untuk hilangkan rasa amarahnya. Dia tak patut kacau. Nanti bila Aniq balik, dia akan minta maaf dan bincang hal ni macam orang dewasa.
Yeah, being mature and everything. And no more tears.
Hawa berbaring ke atas sofa sambil meregangkan seluruh tubuhnya. Penat pulak tunggu suaminya yang macam dah terlupa dia ada rumah. Mindanya pun dah banyak fikirkan masalahnya, jadi dia rasa penat lain macam hari ni. Matanya mula tertutup di saat dia masih lagi berfikir apa yang perlu dicakapkan kepada Aniq nanti.
Tidak lama kemudian, Hawa terlena.
.
"Abang rasa, mungkin betul cakap Hawa. Kita memang dah tak sehaluan. Lebih baik kita berpisah. Abang memang dah ada hati pada orang lain. Bukan nama Hawa lagi yang ada di hati abang," kata Aniq, matanya dilarikan dari memandang ke arah wajah Hawa.
Air mata Hawa mengalir deras mendengar kata-kata Aniq. Hati siapa yang tidak luluh apabila suami sendiri mengaku bahawa dia punya perasaan pada wanita lain?
"Tapi, abang dah janji..abang janji selamanya dengan saya. Abang janji yang abang akan sentiasa ada dengan saya. Saya dah janji dengan diri saya untuk betul-betul terima abang. Saya nak percaya yang bahagia saya ada dengan abang. Abang..betul-betul nak tinggalkan saya?
Abang dah tak sayangkan saya ke?" bergetar suara Hawa menuturkan kata-katanya. Dia bencikan diri dia. Dia benci mulut dia yang tetap bertanyakan soalan tersebut walaupun dia tahu hati dia yang akan terima akibatnya. Hati dia yang akan merana dengan jawapan Aniq.
Tapi cinta..memang sesuatu yang gila. Walaupun kita tahu yang orang yang kita cinta tidak mempunyai perasaan yang sama, kita tetap berharap akan ada satu ruang dalam hati mereka untuk kita. Dan kita berpegang teguh kepada harapan sekecil zarah, sehingga hancurnya harapan tersebut menyebabkan sakit yang tak terhingga.
"Abang mintak maaf, Hawa. Hati abang tak boleh dipaksa," kata Aniq lalu berjalan meninggalkan Hawa, jauh ke arah cahaya, meninggalkan dirinya dalam kegelapan tanpa sesiapa untuk menemaninya.
Hawa terduduk dan menangis teresak-esak. Aniq dah tak panggil dia sayang lagi. Memang betullah yang suaminnya memang sudah tidak ada perasaan terhadapnya. Dia tahu yang hati Aniq tak boleh dipaksa.
Tapi ya Allah..sakitnya. Sakitnya dilupakan. Sakitnya ditinggalkan. Hawa menumbuk-numbuk dadanya, cuba untuk mengurangkan rasa sakit yang mencengkam tetapi tidak berjaya. Nafasnya tercungap-cungap dan matanya kabur disebabkan air matanya yang tidak henti-henti mengalir.
YOU ARE READING
In The Dreams
عاطفية'In the dreams, you were...' Mimpi sebagai episod pertama yang mengubah hidup mereka. Orang kata, apa yang dalam mimpi selalunya terbalik dari realiti, tapi Hawa Afreen tetap jatuh suka kepada lelaki yang dia nampak dalam mimpinya. Bila jumpa depan...