"Aishah, lama tak dengar khabar anak buah awak. Dah lama dia tak balik," kata Cik Haslinda, jiran Mak Ngah sewaktu dia berkunjung ke rumah Mak Ngah untuk mengambil kuih-muih yang dipesan dari Mak Ngah.
Mak Ngah tersenyum.
"Busy la tu. Dia baru bukak kafe, mungkin banyak kerja. Dia selalu je call saya, cuma balik tulah yang susah sikit. Jauh kan," balas Mak Ngah. Cik Haslinda mengangguk faham. Bekas besar berisi kuih cara berlauk diletakkan ke atas meja. Nak sambung borak lagi.
"Faham. Lagipun duduk bandar senang kan nak cari makanan apa semua, tak payah masak selalu pun tak apa. Banyak je pilihan, dahlah best-best. Teringin saya nak jalan-jalan kat sana, nak cuba makanan macam-macam. Aishah kalau free, jomlah kita jalan-jalan, food hunting. Nak?" Cik Haslinda mengangkat sebelah keningnya.
Mak Ngah tersenyum teruja lalu mengangguk pantas. Pasal makan, siapa je yang tak nak. Best jugak jalan-jalan.
Tapi bila dia teringatkan Hawa, senyumannya pudar. Mak Ngah mengeluh.
"Kat sana memang banyak pilihan, tapi Hawa tu..," Mak Ngah menghentikan bicaranya. Macam manalah agaknya hidup anak saudaranya di sana? Risau pulak dia tiba-tiba. Hawa tu, kalau dah sibuk sangat, senang lupa. Lupa beli barang basah, lupa masak.
Lupa nak makan. Haih.
"Kenapa dengan dia? Dia memilih makanan ke? Ada alergik ke?" tanya Cik Haslinda lagi.
Mak Ngah menggumam.
"Hmm..lebih kurang la. Dia..complicated sikit,"
.
"Ugh, penatnya," kata Hawa sambil meregangkan badannya. Best betul menggeliat. Lepas solat zohor, dia dah terasa segar. Kalau tak, seharian ni dia rasa nak drop dead sebab kepala dia dah biul.
Ni semua sebab dia tak tidur semalam. Langsung. Jadi sekarang otak dia tengah messed up dan di awang-awangan.
Cerita dia macam ni. Tak panjang pun. Ada orang buat tempahan soft cookies melalui Instagramnya beberapa hari lepas. Okey, tu dia okey je. 200 pieces? Takde hal. Dia ingatkan nak start buat petang, malam macam tu dah boleh siap.
Nak dijadikan cerita, pada pukul 9 malam, semasa dia bakar cookies dia untuk trip yang ke..lima kot, dia baru sedar..diulangi, dia baru sedar, yang orang tu mintak tempahan soft cookies inti white chocolate.
Dan dia pergi buat soft cookies inti chocolate.
Allah je yang dengar silent screaming dia semalam. Dia takde roommate, jadi dia tak boleh nak mintak tolong orang lain untuk tolong dia, mahupun untuk mendengar kisah sedih dia. Begitulah kisah seorang Hawa Afreen, yang membuat semula batter cookies dari awal...
Dan inilah aftermath kejadian semalam. Dia dah tak betul. Nasib baiklah hari ni Kiera ada kat kafe, boleh tolong dia layan customer masa dia tiba-tiba blur dan otak dia macam terjatuh tergolek-golek.
Haih. Hawa mengerling jam tangan berwarna hitamnya. Dah pukul 2.35 petang. Hari ni Sabtu, dan kafenya tutup pada pukul 1.30. Kiera pun dah balik. Dia memang nak stay sebab nak kutip balik ingatan dan kewarasan akal dia sebelum balik. Dalam erti kata lain, nak stabilkan diri.
Hawa memegang perutnya yang berbunyi. Okey, sekarang dia dah lapar. Maksudnya otak dia dah mula berfungsi sikit. Dia berjalan mendekati tote bag yang sentiasa dibawanya. Tote bag yang berisi bekal makanannya setiap hari. Tote bag yang..
Dia tak bawak. Oh man, aku lupa nak bawak tote bag tu. Maksudnya bekal tu ada kat rumah ke?
Oh, shoot. Aku lupa nak masak.
YOU ARE READING
In The Dreams
Romance'In the dreams, you were...' Mimpi sebagai episod pertama yang mengubah hidup mereka. Orang kata, apa yang dalam mimpi selalunya terbalik dari realiti, tapi Hawa Afreen tetap jatuh suka kepada lelaki yang dia nampak dalam mimpinya. Bila jumpa depan...