"Daniel."
Daniel mengangkat kepala dari skrin telefonnya. Wajah Kiera yang gelisah dipandang sekilas.
"Aku dah buat kerja, aku takde duit, aku tak nak berhenti kerja pun," pantas Daniel membalas, bagaikan dia sudah dapat meneka apa yang Kiera ingin tanyakan.
Kiera berdecit sebelum dia tersenyum kecil dan menggeleng.
"Tak, aku tak nak tanya apa-apa pasal tu pun. Aku..nak mintak tolong kau," kata Kiera perlahan sambil matanya menoleh ke arah laluan menuju ke bilik rehat dan dapur.
Daniel mengangkat keningnya, terkejut dengan kata-kata Kiera. Dia nak mintak tolong? Benda paling mustahil sekali dia pernah dengar sepanjang dia kerja kat sini. Telefon di tangannya diletakkan di atas meja di tempat biasa dia duduk, bersebelahan kawasan yang penuh dengan coffee machines.
"Tolong apa?"
"Kau..budak science computer kan?" tanya Kiera, langkahnya semakin mendekat dengan Daniel.
"Uh-huh. Macam mana kau tahu? Kau stalk aku eh?" tanya Daniel, dan dia tersenyum apabila dia ternampak sekilas pipi Kiera berubah merah sebelum Kiera membuat muka serius semula.
"Ish, tak penting. So, kau tahulah kan pasal..cyber ni? Programming ke, kan? Aku nak tanya sesuatu," kata Kiera, tidak mempedulikan Daniel yang tersengih. Fokus Kiera, fokus.
Daniel mengetap bibir, berfikir sejenak sebelum dia mengangguk.
"Bolehlah."
"Okey, bagus, sebab kau kena dengar apa aku nak cakap ni.."
"Aku memang dengar semua benda yang kau beritahu aku selama ni. Dan yang kau tak beritahu aku jugak."
"Ish, diam, jangan potong. Okey, macam ni.."
.
Tok! Tok!
Aniq tidak mengangkat kepala. Matanya masih lagi melekat di skrin iPad, dan jarinya memusing-musingkan stylus pen di tangan kanannya, mindanya memikirkan sama ada design yang dibuatnya menepati kehendak kliennya. Dah empat kali dia buat, dan empat kali jugak klien dia mintak tambah. Rumah besar sangat, macam-macam benda nak letak.
Tak sebenarnya. Dia yang banyak sangat berangan, sampaikan dia tak dapat betul-betul letakkan effort untuk buat design untuk kliennya kali ini. Fikirannya asyik melayang ke arah seseorang, perempuan dan secara spesifiknya bernama Hawa Afreen.
Pagi tadi, masa dia turun dan nak pergi kerja, dia langsung tak nampak kelibat Hawa. Cuma ada sarapan yang tersedia di atas meja. Kereta Hawa tak ada, menandakan yang dia sudah pergi ke kafe.
Pukul 7.10 pagi.
Kalau ikutkan hati, memang dia dah serbu Hawa dan angkut dia bawak balik rumah. Tapi dia nak beri Hawa dan dia sendiri masa untuk berfikir. Untuk Hawa percayakan dia.
Dan dia kena fikirkan cara untuk dapatkan balik kepercayaan Hawa.
"Aniq."
Aniq mengangkat kepala, terkejut kerana bukan suara Malik yang didengarinya. Dia ingatkan Malik yang ketuk pintu tadi, nak hantar apa-apa dokumen ataupun sekadar nak kacau dia.
Tak sangka barista kafe Hawa yang datang office dia.
Aniq menahan rasa ingin membuat muka. Barista ni handsome, Hawa sendiri cakap. Dia rasa sakit hati bila Hawa sendiri mengaku. Patutnya dia je boleh dikategorikan sebagai handsome di mata Hawa. Dahlah Hawa jumpa barista dia ni selalu.
"Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" tanya Aniq dengan gaya profesionalnya. Mungkin Daniel datang ke sini untuk meminta Aniq design rumahnya. Dia beli rumah baru ke, entahlah.
YOU ARE READING
In The Dreams
Romance'In the dreams, you were...' Mimpi sebagai episod pertama yang mengubah hidup mereka. Orang kata, apa yang dalam mimpi selalunya terbalik dari realiti, tapi Hawa Afreen tetap jatuh suka kepada lelaki yang dia nampak dalam mimpinya. Bila jumpa depan...