"Zaif,"
"Dah lama tak dengar kau bebel macamtu,"
"Kek batik. Favourite kau kan?"
Aniq yang berbaring di atas sofa panjang berwarna royal blue di rumahnya terus terduduk semula. Mindanya masih terngiang-ngiang kata-kata Hawa semalam. Dah seharian rupanya dia terfikir benda ni. Kata-kata Hawa semalam buatkan dia tak senang duduk.
Kenapa..ayat Hawa macam Hawa kenal dia? Mula-mula sebut nama dia yang family dia je tahu, lepastu cakap yang Hawa dah lama tak dengar dia membebel, lepastu siap boleh tahu makanan favourite dia lagi.
Aish..pelik betul.
"Ke aku memang kenal dia? Aku amnesia ke?" tapi tak adalah pulak dia pernah terlupa apa-apa. Ataupun terhantuk kat mana-mana sampaikan dia boleh terlupa seorang makhluk bernama Hawa.
Tapi kalau tak pernah kenal, macam mana Hawa boleh tahu banyak benda pasal dia?
Entah-entah dia pun ada mimpi macam kau? Kau pun tahu jugak sikit-sikit pasal dia kan?
Aniq tersentak. Merepek betullah otak dia ni. Tak semudah tu untuk tiba-tiba je orang nak mimpikan dia. Dahlah orang yang tak kenal. Langsung.
"Kebetulan je kot. Hm, kebetulan je tu," kata Aniq sendirian. Dia pun malas nak fikir.
Tapi macam mana kalau...
"Tak! Kebetulan je ni!" kata Aniq lagi. Seram pulak kalau fikir yang Hawa mimpi pasal dia.
***
Aniq merenung jam dinding di pejabatnya. Hmm, dah 3.30 petang. Dia pun macam dah tak ada kerja sangat. Rasa nak balik awallah.
Sepatutnya dia datang ke kafe Hawa untuk memantau kerja-kerja yang dilakukan teamnya. Tapi bak kata Samad, leader untuk team yang akan renovate kafe Hawa, Hawa rajin datang kafe untuk pantau kerja mereka. Dan bagi makanan waktu mereka rehat. Suka betul Samad dengan Hawa. Sebab dapat makanan free la tu. Jadi kalau boleh dia tak nak selalu datang. Tak nak terserempak dengan perempuan tu lagi. Bila fikir balik yang dulu dia pernah marah-marah Hawa walaupun Hawa takde buat salah, rasa awkward pulak.
"Aniq, lepas ni kita cari projek kafe banyak-banyak la. Boleh makan macam-macam dessert," Samad pernah berkata kepadanya.
Aniq tersengih.
"Kau ingat semua orang pemurah ke nak bagi makanan? Dia tu je yang terlebih rajin," balas Aniq. Dia teringat perisitiwa Hawa memberikannya kek batik tempoh hari.
"Tak semua orang baik macam tu," sambung Aniq.
Aniq menghembus nafas panjang. Jomlah tengok sekejap. Sekejap je, lepastu kau balik ye. Dia mencapai backpack miliknya lalu bangun dari kerusi. Suis lampu ditutup sebelum Aniq keluar dari bilik. Dia melangkah menuju ke bilik Malik yang terletak betul-betul di sebelahnya.
"Wuit Malik, aku nak balik," kata Aniq sebaik sahaja pintu bilik Malik dibuka. Dia mengerutkan dahi apabila melihat wajah Malik yang gelisah di balik mejanya. Mata Malik tepat memandang ke arah skrin komputer riba di hadapannya.
"Oh, nak balik? Ah, okey-okey," jawab Malik tanpa mengangkat muka. Dia kelihatan khusyuk membaca sesuatu.
Aniq berjalan menuju ke belakang Malik. Skrin komputer Malik dipandang. Tidak lama kemudian, dia menghamburkan tawa.
"Woi! Kata nak balik tadi! Sibuk jelah," kata Malik yang baru sahaja perasaan Aniq berada di belakangnya. Dia nak sembunyikan skrin daripada Aniq, tapi nampaknya dah terlambat. Kantoi sudah.
YOU ARE READING
In The Dreams
Romance'In the dreams, you were...' Mimpi sebagai episod pertama yang mengubah hidup mereka. Orang kata, apa yang dalam mimpi selalunya terbalik dari realiti, tapi Hawa Afreen tetap jatuh suka kepada lelaki yang dia nampak dalam mimpinya. Bila jumpa depan...