Thirtieee

74 3 1
                                    

Aniq melabuhkan punggung ke atas kerusi di dalam bilik tidurnya. Telefon di tangan dipandang lama. Dia sudah menekan Contact, dan skrinnya sudah memaparkan nama Hawa di bahagian atas sekali. Tinggal nak tekan je.

Dia masih lagi berbelah bahagi. Nak call ke? Ataupun message je? Dia cuma nak tanya sama ada Ainur ada dengan Hawa ke tak.

Tapi nanti lambat pulak nak tunggu dia reply. Call jelah.

Tak tahulah itu memang pandangan dia atau dia sengaja nak dengar suara Hawa. Aniq terus menekan nama Hawa, kemudian telefon didekatkan ke telinganya. Tak sampai lima saat, panggilannya bersambung. Aniq tidak dapat menahan dari berdehem sedikit, ingin melenyapkan debaran di dadanya.

"Aniq?" ayat pertama yang keluar dari mulut Hawa. Nadanya bagaikan terkejut dengan tindakan Aniq untuk menelefonnya. Tiba-tiba je. Dahlah tengah tak berapa baik sekarang.

Aniq hanya membuat bunyi untuk membalas panggilan Hawa.

"Kau salah call orang ke?" tanya Hawa. Aniq rasa sakit hati tiba-tiba. Macam dia ni bukan siapa-siapa, sampaikan call Hawa pun jadi perkara yang di luar alam.

"Taklah. Aku memang nak call seseorang. Aku save nombor dia as 'Insufferable'. Tak sangka pulak ni nombor kau. Tapi tulah, kau memang insufferable. Through and through," balas Aniq, laju sahaja dia menjawab. Langsung tak ada nak bertapis.

"Okey, memang salah orang nampaknya. Bye," tanpa teragak-agak Hawa membalas. Motif hidup lelaki ni memang nak sakitkan hati dia je ke apa? Malas dia nak layan.

Aniq menggigit bibir. Dia dah terlepas cakap lagi.

"Okey, okey. Sorry, aku tak sengaja. Aku call sebab Malik suruh tanya kau, Ainur ada dengan kau ke?" tanya Aniq, suaranya lebih lembut kali ini. Dia menggelengkan kepalanya, cuba menghalau rasa pelik-pelik yang hadir. Entahlah, tapi sejak akhir-akhir ni, dia asyik rasa..frustrated. Macam ada yang tak kena.

Hawa diam seketika, bagaikan mempertimbangkan sama ada ingin menjawab persoalan Aniq ataupun tidak.

"Kalau aku jawab ada, suami dia terus nak datang sini ke?" balas Hawa, teragak-agak.

Senyuman nipis tergaris di wajah Aniq. Kan dah agak.

"Tu aku tak tahu. Tengoklah Malik nak buat apa," balas Aniq sambil mengangkat bahu walaupun Hawa tidak dapat melihatnya.

Hawa terdiam lagi.

"Sebenarnya..Ainur tak berapa sihat la," kata Hawa perlahan, seakan-akan hanya ingin Aniq sahaja yang mendengar kata-katanya.

Aniq terus duduk tegak.

"Tak sihat? Teruk ke?" tanya Aniq pantas.

"Hmm, setakat ni aku dah bagi Panadol, and dia dah tidur. Tapi tadi dia muntah-muntah jugak, lepas tu tak selera makan. Tak tahulah kalau dia sakit sebab stres ke apa. Tapi sekarang ni dia dah okey sikit. Kita tengoklah esok macam mana," jawab Hawa. Aniq mengangguk-angguk, menarik nafas lega. Kalau teruk, mesti Malik tak senang hati nanti. Harap-harapnya sakit Ainur tak teruk mana.

"Kalau makin teruk, bagitahu aku. Aku kena report kat suami dia," Aniq memberikan arahan. Hawa mengangguk dan mengiakan.

Mereka mendiamkan diri untuk beberapa ketika, tidak tahu apa yang harus dibualkan. Akhirnya Hawa berdehem, memecah suasana.

"So, kau cuma nak tanya aku pasal Ainur ke? Patutnya message je, kan lagi senang," kata Hawa. Dia yang sedang berdiri di luar pintu bilik tidurnya menjenguk ke dalam bilik. Ainur yang sedang nyenyak tidur dipandang sebelum dia tersenyum lega.

Risau sangat tadi bila dahi Ainur tiba-tiba panas dan dia tiba-tiba je mual. Muka Ainur pucat semacam, macam tak minum air dua hari. Hawa memang pandai jaga diri sendiri, tapi bila orang lain yang sakit, dia tetap akan panik.

In The DreamsWhere stories live. Discover now