Thirty-seven

82 8 0
                                    

Aniq menggantung sejadah yang digunakannya di ampaian kecil bersebelahan almari selepas dia selesai solat Maghrib. Langkah kaki diatur keluar dari bilik dan menuruni tangga menuju ke dapur. Biasanya lepas Maghrib dia mengaji, tapi malam ni..mindanya rasa sesak.

Dia mencapai cawan dari kabinet. Jag berisi air yang terletak di atas meja dicapai sebelum air masak dituangkan ke cawannya. Aniq mengambil tempat di kerusi meja makan sebelum air masak tersebut diteguk rakus. Selepas habis air tersebut diteguknya, dia menghela nafas panjang.

Otak dia tengah tak tenang sekarang. Dia masih lagi teringat insiden pagi tadi, yang membuatkan dia teringat mimpi malam semalam, yang membuatkan dia rasa resah dan gelisah.

Kenapa dia mimpi Hawa balik selepas sekian lama? Dan kenapa mimpi dia kali ini betul-betul  terjadi? Well, hampir, tapi tu pun sebab dia ada.

Kedua pelipisnya dipicit perlahan. Dia takkan dapat nak tidur dengan tenang lagi selepas ni, sebab takut dia termimpi benda buruk pasal Hawa. Dan dia takut yang dia akan keluar tengah-tengah malam semata-mata untuk pastikan Hawa okey.

Ah, dia memang dah gila.

Ting, ting ting, ting tong..cik jam berbunyi ting tong..

Aniq terus mendongak ke arah biliknya di tingkat atas. Telefonnya berdering, dengan ringtone paling childish yang pernah wujud dalam dunia. Malik yang tukar sebagai prank birthday dia haritu, dan dia tak sampai hati nak tukar. Sebab dia tak rasa malu pun, dia tahu Malik yang akan rasa malu kalau telefon dia berbunyi tengah-tengah khalayak ramai nanti.

Dia segera berlalu ke tingkat atas. Telefonnya yang berada di atas katil diambil. Bibirnya terus mengukir senyum apabila dia melihat nama orang yang menelefon sebelum dia mengangkat panggilan.

"Ibu," kata Aniq, nadanya berubah ceria. Dia mendengar suara ibunya ketawa kecil, gembira mendengar suara Aniq.

"Assalamualaikum Zaif. Buat apa tu? Aish, abang, ke tepilah sikit, nak duduk jugak," tanya Puan Linda, sempat dia memarahi suaminya kerana menghalang laluannya untuk duduk di atas sofa. 

Aniq tersenyum. Ibu dan ayahnya, selalu bergaduh macam tu. Gaduh-gaduh manja. Ayahnya memang suka mencari pasal dengan ibunya, macam orang-orang muda. Walaupun kahwin dah dekat 30 tahun.

"Takde apa ibu. Baru lepas solat Maghrib. Ibu call Zaif maghrib-maghrib ni, nak datang sini ke?" Aniq meneka. Biasanya ibunya suka call lepas isyak, tak pun waktu petang. Maghrib-maghrib ni jarang, sebab ibu dia selalu mengaji jugak waktu ni.

Kedengaran Puan Linda menarik nafas kerana terkejut.

"Wah, macam mana boleh tahu ni? Mak Long dah bagitahu ke?" tanya Puan Linda lagi.

Aniq membulatkan mata. Dia yang sedang berdiri di tepi katil terus terduduk di atas katil empuk miliknya. Biar betul? Dah makin seram pulak. Mula-mula mimpi dia je jadi realiti, sekarang tekaan dia pulak mengena.

Ke..dia ada superpower?

Ish, merepek.

"Lah, betul ke? Zaif teka je. Ibu nak datang dengan Mak Long ke? Mak Long ada nak pergi mana-mana ke?" 

"Haah. Kan menantu dia baru je bersalin haritu. Dia nak datang melawat, alang-alang tu nak singgah rumah Zaif. Nak buat makan-makan kat rumah Zaif," balas Puan Linda, lancar menceritakan rancangannya.

Amboi.

Aniq tergelak. Rasa kelakar sebab macam tak percaya dengan apa yang ibunya cakapkan.

"Ibu, yang bersalin tu kan menantu dia. Kenapa tak buat majlis kat rumah menantu dia? Apa kena-mengena dengan rumah saya yang tak bersalah ni?" kata Aniq lagi. Bukan main eh Mak Long, tiba-tiba book rumah dia macam tu je. Takde pun nak buat appointment, buat proposal ke. Kan.

In The DreamsWhere stories live. Discover now