Epilogue

124 5 1
                                        

Hari sebelum pernikahan Aniq dan Hawa.

Hari di mana Hawa membuat keputusan paling bijak dalam hidup dia.

Tak, salah sama sekali. Dia dah buat keputusan paling salah yang dia pernah buat, lagi salah daripada seorang yang buat keputusan untuk minum air teh o ais walaupun dia dah buat keputusan untuk cut sugar. Takde kaitan, tapi..faham, kan?

Hawa mengeluh. Dia cadang nak buat kek mangga ni dalam beberapa jam je, tapi tengok kat jam dinding sekarang, macam dah hampir separuh hari dia duduk dapur rumah Mak Ngah ni. Semuanya sebab..

Aniq. Yep, lelaki yang dia suka, yang dia dah setuju untuk berkahwin, langgar prinsip hidup dia untuk tidak berkahwin, dan lelaki yang dia nak habiskan hidup bersama sampai bila-bila.

Lelaki yang..langsung tak reti baking. Bukan zero knowledge lagi, ni negatif 6 kuasa tiga punya knowledge.

Dan dia sangat, sangat menyesal ajak Aniq buat kek sama-sama. Sebab sekarang ni? Dapur Mak Ngah dah macam kena hempap bangunan lepas kena tsunami dan ribut pasir serentak.

First, Aniq pergi kisar mango puree yang dia keluarkan dari peti sejuk. Sesuka hati mak ayah dia je, pergi ambik sari mangga tu lepastu pergi kisar. Dia kata dia ingatkan yang kek mangga tu, mangganya ada dalam campuran kek. If that even makes sense.

Okey tu first. Lepastu bila dia suruh masukkan baking soda dalam processor, beserta dengan bahan-bahan lain, Aniq pergi masukkan baking powder.

Diulangi, lelaki yang dia suka dan sepatutnya pandai membaca ni, pergi masukkan baking powder instead of baking soda. Okay fine, maybe rookie mistake, tapi masalahnya bahan dah masuk ke dalam, nak buat macam mana? Buat baru la. Tu pun nasib baik Aniq mengaku yang dia tersalah masukkan, dan dia sendiri tawarkan diri untuk pergi kedai kek, beli balik bahan-bahan yang dah habis sebab dia salah buat.

Sebenarnya dia tahu yang boleh je guna baking powder, tapi dia tak nak, sebab nanti rasa dia tak macam yang dia nak. Lagipun Aniq dah volunteer.

Jadi bermulalah peperangan Hawa dan Aniq dalam video call. Aniq tunjukkan satu bahan kepada Hawa, Hawa tengok melalui telefonnya, dan beritahu sama ada dia perlukan ke tak bahan tu.

Patutnya simple kan? Beli ni, beli tu, okey cukup, dah. Tapi tak. Aniq nak jugak pusing satu kedai jual bahan-bahan buat kek tu, nak pastikan takde lagi yang Hawa perlukan. Dia pegang setiap jenis bahan yang dijual dan tanya Hawa, 'ni kena tak? Betul eh tak payah? Nanti tak cukup, jangan marah.' Percayalah, dia dah pertimbangkan empat ratus kali on repeat dalam kepala sama ada dia patut batalkan je perkahwinan dia dengan Aniq.

Okey, lepas dah beli  barang, balik rumah Mak Ngah, mereka sambung semula membuat kek. Buat adunan kek dari awal, sebab tadi semua dah hancur dikerjakan Aniq. Timbang balik semua, measure satu-satu. Hawa rasa dia dah boleh tarik nafas lega lepas dia dah habis timbang semua bahan yang dia perlukan.

Oh, tidak. Aniq Huzaifah, yang kebiasaannya sangat berhati-hati bagaikan seorang ibu yang menjaga anak yang baru lahir, terlanggar mangkuk berisi tepung dan tertumpah ke lantai. Semuanya, sebab mangkuk tu terlangkup dan..

Pecah. Yep, pecah. Okey, mungkin tu salah dia sebab dia gunakan mangkuk kaca untuk isi tepung. Siapa je guna mangkuk kaca? Totally my fault. Tak boleh nak salahkan Aniq yang terlalu banyak benda nak tengok sampai tak perasan ada mangkuk kat atas meja dan terlanggar. Mhm, totally reasonable.

Saat tu, dia cuma rasa nak ketawa. Hidup dia macam satu bahan lawak je masa tu. Macam tak percaya tu realiti. Dia pandang Aniq yang dah kecut perut pandang dia kemudian segera mengemas mangkuk yang pecah dan tepung yang jatuh bersepah. Tahu takut.

Akhirnya, apa yang selamatkan dia daripada cekik Aniq sampai esok tak jadi kahwin ialah kehadiran Mak Ngah. Mak Ngah cuma geleng kepala bila dia ceritakan apa yang berlaku, dan offer untuk tengokkan Aniq, pastikan dia ambik bahan yang betul dan tak langgar apa-apa lagi sementara Aniq tolong dia. Dan ta-da..akhirnya siaplah seketul, eh..sebiji kek mangga untuk hari perkahwinan dia.

Maksudnya ada satu lagi kek untuk dia buat. Kek untuk majlis kahwin. Okey, rasa nak terjun bangunan sekarang. Seharian dia dihabiskan untuk  buat kek je ke? Kalau Aniq takde, rasanya dia dah terbaring sambil baca novel sekarang ni.

"Apa kata untuk kek kahwin, buat kek yang senang je? Macam..," Mak Ngah terdiam sejenak, cuba memikirkan kek yang sesuai untuk dibuat dalam masa yang singkat. Sedap tu dah pasti.

"Kek batik."

Mak Ngah menoleh ke arah Aniq yang sudah terduduk di kerusi, wajahnya nampak kepenatan selepas membantu Hawa membuat kek. Heh, dia penat? Penat menghancurkan semua benda adalah.

"Urm, sesuai ke kek batik untuk majlis kahwin? Macam simple sangat pulak," kata Mak Ngah. Hawa mengangguk. Biasanya kek kahwin orang nak extravagant, kalau boleh nak buat life-sized castle kek kahwin diorang. Yang merana, tukang buat kek. Aka dia.

Aniq mengangkat bahu.

"Saya suka kek batik. Lagipun, majlis kita, buat apa nak kisah apa orang cakap, betul tak?"kata Aniq sambil memandang ke arah Hawa.

Hawa menguntum senyum. Okey, ni salah satu sebab kenapa dia nak kahwin dengan Aniq. Aniq yang tak pedulikan kata-kata buruk orang lain, asalkan diri sendiri bahagia. Sebab hidup ni terlalu singkat untuk ikut je cakap orang lain yang tak kenal pun kita.

"Kalau buat kek batik, sekurang-kurangnya kita tahu pengantin lelaki akan makan kek tu paling  banyak," kata Hawa, bersetuju dengan cadangan Aniq.

"Mesti. Buat dua tingkat, satu tingkat saya punya, tingkat satu lagi korang share la ramai-ramai ye," kata Aniq lagi. Mak Ngah ketawa.

"Jom, Mak Ngah tolong."

In The DreamsTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang