Fifty(?)

88 5 1
                                    

Ain memandang ke arah story Instagram yang baru sahaja dibuatnya. Dia menarik selimut sehingga ke paras dada dan membetulkan kedudukannya. Hari ni cuti, dan  dia tak rasa nak buat apa-apa. Tak, dia tengah emosional ssekarang ni. Rasa macam dia akan buat benda tak bijak kalau dia turun dari katil.

2 people watched your story. 

Dia hanya post gambar langit dengan ayat yang tertulis di atasnya, 

They say you fall in love, but fall is such a sad word when you think about it. Falls are never good. You fall on the ground, you fall behind, you fall to your death.

Ayat tersebut merupakan petikan dari novel yang dibacanya, tetapi sekarang ayat tersebut dirasakan sangat bertepatan dengan situasinya. Kan dah kata, dia tengah emosi. Dia masih lagi tak boleh nak keluarkan Aniq dari fikirannya, dan situasi tempoh hari di mana Hawa menegurnya membuatkan dia masih lagi rasa malu sampai sekarang. But still, Aniq masih dalam fikirannya. Minda dan hati dia tak sehaluan.

Ting!

Telefonnya berbunyi menandakan ada notifikasi. Ain membuka mesej tersebut. Dari Instagram Direct Message.

Daripada Salsabila.

Ain terus bangun dari katil. Jarinya pantas menekan mesej tersebut. Dah lama Salsabila tidak berhubung dengannya. Apa yang dia nak?

Hello, Salsabila berkata. Oh, Salsabila reply story dia.

Broken ke?

Ain tidak membalas. Dia hanya menunggu Salsabila menyampaikan apa yang dia inginkan. Dia tahu, kalau dia layan, Salsabila lagi suka. Lepastu nak hancurkan hidup  dia lagi.

Haha, tak heran la kalau dengan perempuan Hawa tu. Btw, aku boleh tolong kau.

Ain mengerutkan dahi ke arah skrin telefonnya. Tolong apa? Apa yang Salsabila boleh tolong? Tolong hilangkan ingatan dia pasal Aniq ke? Bagus jugak, kalau boleh hilangkan sekali ingatan dia pasal Salsabila. Sampai sekarang dia rasa bodoh sebab pernah berkawan dengan orang macam Salsabila.

Kau memang tanak cakap apa2 eh? Whatev, bukan masalah aku. Kalau kau nak orang tolong kau, contact nombor ni. 

Kemudian, Salsabila menghantar nombor telefon seseorang yang Ain tidak kenali. Dia nak aku buat apa dengan nombor ni? Ni nombor hypnotist ke? Boleh tolong hilangkan memori aku ke?

Ish, merepek dah aku ni.

Dia selalu tolong aku..buat kerja belakang tabir. Goodluck. Kalau menjadi, bagitahu aku. Boleh celebrate sama2. Sekali dengan Aniq.

Ain meletakkan telefonnya ke atas katil. Okey, maksudnya Salsabila bukannya bagi dia nombor telefon hypnotist untuk hilangkan ingatan dia. Tapi..nombor siapa ni?

Dan..nak ke dia buat benda ni?

Aniq dah bahagia dengan orang yang dia sayang la, Ain. Lupakan dia.

Lupakan dia, lupakan. LUPAKAN. 

Ingat semudah tu ke nak lupakan orang lain? Aniq la satu-satunya orang yang dia pernah betul-betul tertarik. Dia nak sangat ada masa hadapan dengan Aniq.

Nak sangat..sampai sanggup untuk korbankan kebahagiaan orang lain ke?

Ain mempertimbangkan keputusannya beberapa lama, matanya tidak lepas dari memandang ke arah nombor telefon yang dberikan oleh Salsabila. Orang ni selalu buat kerja belakang tabir dia. Kerja apa? Macam mana? Hatinya disimbah rasa ingin tahu.

Akhirnya, dia menekan nombor tersebut.


.

Kalau masa mula-mula Hawa kenal Aniq dulu ada orang cakap yang Aniq ni seorang yang berhati lembut, memang dia akan pandang orang tu dengan pandangan paling pelik, macam bila baby nampak brokoli. Sebab Aniq yang dia kenal dulu lelaki paling dingin, suka marah tak tentu pasal, dan..suka pergi macam tu je.

In The DreamsWhere stories live. Discover now