Thirty-six

82 6 0
                                    

"Saya mintak maaflah sebab tukar plan last minute. Untuk suggestion Encik Azhar, saya akan masukkan sekali dalam design saya. Insyaallah, esok pagi saya bawak design yang baru," kata Aniq sambil berjalan menuju ke pintu apartmen kliennya. Dia mencapai kasut miliknya dan disarungkan. 

"Takde apalah. Terima kasih sebab datang. Nasib baik saya ada kat rumah hari ni, kalau tak kesian Encik Aniq nak kena pusing balik," balas Encik Azhar.

Sebenarnya dua hari lepas memang Aniq sudah memaklumkan kepadanya yang dia tak dapat datang untuk memeriksa rumahnya pada hari ini kerana ada hal lain. Tup tup, pagi tadi Aniq beritahu dia yang dia sudah tiba di bahagian tempat letak kereta apartmennya. Selamatlah dia belum merancang nak keluar hari ini.

Aniq hanya mengangguk sambil tersenyum. Sebenarnya memang dia tak dapat datang pun pada hari ini, sebab ada kliennya yang lain ingin berjumpa dengannya, dan klien tersebut tak ada masa free minggu ini. Dia patutnya memang kena dahulukan kliennya yang tu, sebab projek dia yang tu dah nak siap, manakala projek renovation untuk rumah ini baru sahaja bermula.

Tapi..

Aniq sempat melemparkan senyuman sebelum dia berlalu pergi dari lot apartmen Encik Azhar. Dia tak ambil masa lama sangat, jadi mungkin dia masih sempat untuk berjumpa dengan kliennya yang satu lagi.

Aniq sudah berdiri di hadapan pintu lif. Dia memarkirkan keretanya di P1. Setelah pintu lif terbuka, dia melangkah ke dalam. Butang P1 ingin ditekannya, tetapi pergerakan tangannya terhenti. Matanya memandang ke arah butang P2 yang terletak di sebelah butang P1.

Betul ke dia ada kat sini? Mimpi aku je kan? 

Aniq mengeluh. Sebenarnya, disebabkan mimpi dia semalamlah yang membuatkan dia sanggup menangguhkan appointmentnya dan datang ke sini, berjumpa dengan klien yang lain. Semua sebab mimpi pelik tu.

Dia mimpi yang Hawa kena samun. Di tempat parkir kereta di blok apartmen yang sama dengan klien dia. Tingkat P2. 

Dia masih ingat dengan jelas mimpi dia semalam. Baju apa yang Hawa pakai, baju apa yang penyamun tu pakai, kat mana Hawa parking kereta pun dia masih ingat.

Rasa takut yang hinggap di dadanya pun masih lagi jelas. Dia masih dapat merasakan seluruh badannya menggeletar selepas melihat Hawa dihentak di kepala oleh penyamun tersebut sebelum dia membawa lari beg tangan Hawa dan keretanya.

Aniq menggelengkan kepalanya. Tak guna dia fikir lama-lama kat sini. Dari overthinking, baik dia pergi tengok. Tengok sama ada Hawa betul-betul ada di sini. Sama ada mimpi dia tu memang betul atau sekadar mainan tidur dia.

Aniq menghembus nafas. Butang P2 ditekan. Dia menunggu lif tersebut membawanya ke tingkat P2. Selepas beberapa saat, pintu lif terbuka. Dia melangkah keluar dari lif. Dinding tingkat tersebut tertulis P2 dengan cat berwarna hitam. Tiang-tiang berjalur dan tertulis huruf dan nombor dipandang.

Sama macam mimpi dia semalam.

Aniq menggenggam tangannya erat. Dia berjalan pantas, matanya melilau pantas ke sekeliling, mencari kelibat Hawa. Hatinya berulang kali berdoa agar Hawa tidak muncul, dan  semua itu hanya mimpi. Dia tak sanggup tengok Hawa disakiti. 

Tapi dia juga berharap yang dia jumpa Hawa. Sekurang-kurangnya dia tahu yang Hawa tidak apa-apa.

Tak silap dia, Hawa dalam mimpi dia sepatutnya ada dekat-dekat sini. Tapi tak ada. Maksudnya tu memang mainan tidur dia je ke?

Atau..Hawa belum sampai lagi?

Jantungnya berdegup semakin pantas. Aniq berjalan pantas ke arah kanannya, cuba mencari kelibat seseorang. Seseorang bernama Hawa. Agak susah juga disebabkan kawasan parkir ini yang sedikit gelap. Ah, apartmen bukan main mewah, tapi kenapalah tempat parking dia gelap semacam?

In The DreamsWhere stories live. Discover now