"Kau memang kurang kasih sayang eh? Aku tahulah kau takde mak bapak, tapi desperate sangat ke nak attention sampai boyfriend orang pun kau nak rampas?!"
Hawa terpinga-pinga mendengar kata-kata tersebut. Dia yang baru sahaja sampai ke kelas terkejut kerana diterjah tiba-tiba sebegitu.
"Apa ni? Rampas apa ni? Kau cakap elok sikit la. Apa benda ni?" Tanya Hawa semula. Lelaki mana pulak yang dia rampas ni? Siapa yang buat cerita?
Perempuan yang menjerit kepadanya tadi tersenyum sinis dan memeluk tubuhnya.
"Kau tak payah nak buat-buat baik la. Perempuan macam kau ni, depan je nampak alim, belakang, semua lelaki kau nak try, kan? Tulah, takde mak bapak nak ajar," perempuan tersebut membidas. Wajahnya memandang Hawa penuh benci.
Hawa mengetap giginya. Dia paling pantang orang cakap dia tak ada mak ayah. Tangannya menggeletar ingin diangkat untuk menampar wajah perempuan biadab tersebut, namun dia menarik nafas panjang dan dihembus perlahan, cuba menenangkan dirinya. Walaupun kurang berjaya. Sabar, Hawa.
Hawa memandang ke arah sekelilingnya. Rakan-rakan sekelasnya mula berbisik sesama mereka dan memandangnya..dengan rasa benci. Hawa kenal muka tu. Dia tahu perasaan kena pandang serong dengan orang. Kena pandang serong sebab tak ada mak ayah, macam dia nak sangat mak ayah tinggalkan dia.
"Apsal diam? Betul kan apa aku cakap? Kalau tu memang niat kau, aku bagitahu kau awal-awal la. Kau ni, bukan cantik mana pun. Tak payah nak terhegeh-hegeh sangat dekat semua lelaki. Lagi-lagi yang orang punya!"
Hawa mencerlung memandang wajah perempuan tersebut.
"Kau ni-"
***
Bunyi deringan telefon membangunkan Hawa dari mimpinya. Dia mendengus kuat lalu membuka matanya. Jam loceng di sebelahnya dipandang. Pukul 5 pagi.
"I hate that dream," kata Hawa sendirian. Benci sebab tu merupakan kisah lamanya, dan benci sebab mimpi tu terpotong sebelum habis. Kalau ikutkan kisah sebenar, memang dia tibai perempuan tu habis-habisan dengan kata-katanya. Ugh, geram betullah. Siapa pulak call dia pagi-pagi ni?
Hawa mencapai telefon pintar di atas meja kecil di sebelah katilnya. Skrin telefon dipandang dengan matanya yang masih kabur. Huh, apa lelaki ni nak pagi-pagi? Dia menekan butang answer dan merapatkan telefon ke telinganya.
"Hello?" suara tersebut berkata apabila Hawa hanya membisu.
"Maza turid?" Hawa berkata dengan suara baru bangun tidurnya. Dah keluar bahasa Arab maksudnya dia tengah annoyed. Semalam dia tidur pukul dua sebab nak siapkan tempahan customer dia. Ingatkan nak bangun pukul 7. Dia tak boleh solat.
Lah, tiba-tiba lelaki ni pergi call dia pukul 5 pagi.
"Huh?" Aniq bertanya semula. Dia tak faham apa Hawa cakap. Bahasa lain ke ni? Aniq merenung semula skrin telefonnya. Dia call orang yang betul kan?
"Hawa kan ni?" Tanya Aniq lagi.
"Hmm. It is saa'ah khamisah al'an. Maza turid? Bisur'ah la," kata Hawa lagi, langsung tak kisah Aniq faham atau tidak apa yang dia cakap. Siapa suruh call dia pagi-pagi? Kacau mimpi dia je.
YOU ARE READING
In The Dreams
Romance'In the dreams, you were...' Mimpi sebagai episod pertama yang mengubah hidup mereka. Orang kata, apa yang dalam mimpi selalunya terbalik dari realiti, tapi Hawa Afreen tetap jatuh suka kepada lelaki yang dia nampak dalam mimpinya. Bila jumpa depan...