Hawa sedang gigih membalas chat di DM Instagram daripada para pelanggannya yang ingin menempah kek mahupun desserts untuk majlis mereka. Nak kena tolak untuk tempahan yang urgent, sebab hujung minggu ni ada kelas memasak bulanannya. Memang tak ada masa la untuk siapkan tempahan sekali.
Alamak, ramai pulak tiba-tiba yang nak tempah. Hawa meregangkan kedua-dua tangannya sebelum dia pantas menaip. Ulang benda sama je, tanya nak bila, kalau nak weekend ni, terpaksa tolak, kalau minggu depan, terima. Repeat.
Bunyi ketukan di pintu bilik rehat kafe membuatkan Hawa menoleh. Dia memandang Aniq yang berjalan mendekatinya sekilas sebelum kembali menaip di laptopnya.
"Busy ke?" tanya Aniq sebelum mengambil tempat di sofa. Hawa yang sedang duduk di atas stool yang mempunyai meja tinggi hanya mengangguk.
"Kau nak apa?"
"Hmm, hujung minggu ni kau ada kelas memasak, kan? Boleh lagi ke kalau nak join?" tanya Aniq. Hawa terus menoleh. Dia memandang Aniq tidak percaya.
"Kau nak join kelas memasak aku? Seriously?" Hawa tergelak. Comel bila bayangkan Aniq pakai apron dan gaul batter dalam mangkuk.
Aniq berdecit.
"Ya. Boleh ke?" tanyanya lagi. Orang bukan main ikhlas nak tanya, dia boleh gelakkan pulak.
Hawa mencantumkan kedua-dua tapak tangannya.
"Sorry, tapi dah penuh. Next month la eh?" Hawa tersengih. Dia memang letakkan kuota seramai 20 hingga 25 orang sahaja yang boleh menyertai kelasnya. Kalau ramai sangat, nanti tak boleh nak betul-betul pantau.
Aniq memuncungkan mulutnya.
"Next month..tak nak la. Takpelah, kalau aku rasa nak pergi aku bagitahu kau lagi," Aniq tersengih. Hawa membuat wajah tegang. Banyak songeh pulak dia ni.
Aniq bangun dari sofa dan menghampiri Hawa, ingin melihat apa yang dilakukannya.
"Kau buat apa ni? Apa dengar lagu ni..lagha la," kata Aniq sambil menggelengkan kepalanya, tangan kanannya menjentik headphone berwarna hitam yang dipakai oleh Hawa.
Hawa mendengus. Dia ni kan..
Dia mencabut headphone yang dipakainya dan dipakaikan di kepala Aniq. Dua saat je masa yang diambil, tetapi seluruh tubuh Aniq menjadi kaku kerana terkejut dengan tindakan Hawa.
"Dengar tak?" soalan Hawa membuatkan Aniq menghela nafas. Tak sedar pun yang dia tertahan nafas tadi. Aniq menekan sedikit headphone tersebut ke telinganya, cuba mendengar sesuatu.
Tak dengar apa pun. Slow sangat ke lagunya? Dia cuba menguatkan volume. Masih lagi tak dengar apa-apa.
"Tak dengar apa-apa pun," kata Aniq. Dia dengar lagu instrumental ke apa?
"Tahu pun. Sebab aku tak bukak apa-apa. Pakai headphone ni universal language of don't-disturb-me. Faham?" Hawa sudah bercekak pinggang. Tak nampak ke dia tengah sibuk ni? Suka betul kacau dia la lelaki ni.
Aniq tersengih. Dia menunduk memohon maaf sebelum headphone tersebut dicabut dari kepalanya dan dipulangkan kepada Hawa yang menjelingnya.
"Tapi seriuslah aku tak boleh join? Seorang je lagi. Tak boleh ke?" Aniq masih mencuba nasib. Dia cuba sedaya-upaya membuat muka kasihan. Nak melembutkan hati perempuan di hadapannya ni dahlah susah bukan main.
Hawa berpeluk tubuh.
"Kenapa kena minggu ni jugak?" Hawa bertanya.
"Urm, takde apa. Minggu ni aku rasa nak tingkatkan skill aku dalam memasak. Tak boleh ke?" balas Aniq. Hawa mengecilkan matanya, cuba mencari maksud di sebalik kata-kata Aniq.
YOU ARE READING
In The Dreams
Romance'In the dreams, you were...' Mimpi sebagai episod pertama yang mengubah hidup mereka. Orang kata, apa yang dalam mimpi selalunya terbalik dari realiti, tapi Hawa Afreen tetap jatuh suka kepada lelaki yang dia nampak dalam mimpinya. Bila jumpa depan...