Eight

71 7 7
                                    

"Hawa! Tolong Mak Ngah alihkan kerusi tu ke sana. Tepi ruang tamu tu," laung Cik Aishah dari arah dapur. Hawa yang sedang duduk di atas sofa di ruang tamu memandang ke arah kerusi yang dimaksudkan oleh Mak Ngahnya, kemudian merenung semula Mak Ngah dengan muka tidak percaya.

"Seeerius la Mak Ngah? Besar betul kerusi ni. Kita kena angkat sorang-sorang ke?" Tanya Hawa. Dia berjalan dan berhenti di sebelah kerusi kayu yang mempunyai tiga seat dan berkusyen yang berada di hujung sebelah kiri ruang tamu. Mak Ngah nak suruh dia alihkan ke hujung belah kanan pulak. Macam-macam sungguh.

Setiap kali dia balik, ada sahaja kerja pelik-pelik Mak Ngah mintak dia buat. Panjat pokoklah, pasang buai kat pokok, macam-macamlah. Mentang-mentanglah dia sorang je yang ada kat rumah ni.

Mak Ngah tersengih mendengar kata-kata Hawa. Dia bercekak pinggang memandang Hawa yang cuba menolak kerusi kayu tersebut. Mak ai, nak tercabut pinggang. Berat bukan main. Kayu jati ke ni?

"Kita ni perempuan kena independent, Hawa. Takkan semua benda nak harapkan lelaki? Perempuan pun kena pandai buat kerja-kerja berat macam ni," bebel Mak Ngah. Hawa tergelak kecil.

Sejak kecil, Mak Ngah lah yang selalu tanamkan rasa independent dalam diri Hawa. Jangan harapkan lelaki je. Kita kena pandai berdiri atas tapak kaki sendiri, Mak Ngahnya akan berkata. Sejak Mak Ngahnya bercerai dengan bekas suaminya yang sangat dicintainya lebih 20 tahun lalu kerana bekas suaminya curang, Mak Ngahnya memutuskan untuk terus hidup sendiri. Tengoklah sekarang, gembira je Mak Ngah hidup seorang.

Taklah seorang pun sebenarnya. Lepas ibu dan ayah Hawa meninggal, Mak Ngah sanggup jaga Hawa walaupun dia sendiri hidup seorang diri. Hawa memang paling respect dengan Mak Ngah dia. Mak Ngah pun macam dia jugak, ambik upah buat kuih. Mak Ngah la yang suburkan minat Hawa untuk belajar buat dessert, dari yang senang sampailah yang complicated. Dia belajar buat kuih pun mula-mula dari Mak Ngah.

"Okeylah. Kalau macam tu, apa kata kita ambik alih kerja Mak Ngah? Masak tu berat jugak. Mak Ngah alihkan kerusi ni. Kerusi je Mak Ngah, chill la," balas Hawa. Mak Ngah ketawa. Pandai je Hawa nak kenakan dia.

"Eh, Mak Ngah dah tua la. Hawa kan muda remaja lagi, angkat la benda tu. Kalau Mak Ngah angkat, memang Mak Ngah la yang terangkat nanti," Hawa ketawa lagi.

Sepuluh minit kemudian, Hawa akhirnya berjaya mengalihkan kerusi tersebut sehingga ke hujung belah kanan ruang tamu. Bukan dia yang lambat, tapi ruang tamu ni yang besar. Dia kuat eh.

"Oh, haritu jiran sebelah ada bagi coklat. Hawa nak tak? Ambiklah, ada satu kotak dalam bilik Mak Ngah," kata Mak Ngah. Dia sudah siap memasak makanan kegemaran Hawa, ayam masak merah. Nasi..

Minyak. Ya, nasi minyak. Hawa suka makan nasi minyak dan lauknya yang bermacam-macam tu. Sebab kata Hawa, nak tunggu nasi minyak Mak Ngah macam takde je, jadi Mak Ngah masak jelah untuk dia. Heh, sentap Mak Ngah bila dengar. Teringat beberapa tahun lepas, masa Hawa di universiti dan dia balik sekejap ke rumah, Hawa mintak dia masakkan nasi minyak.

"Hawa suka betul makan nasi minyak. Nanti tak special la masa wedding Hawa. Tunggulah wedding Hawa baru makan," kata Mak Ngah. Dia memerhatikan Hawa yang makan nasi minyak dengan penuh berselera. Ayam masak merah dia masak lebih, sebab dia tahu Hawa suka.

Hawa menggeleng pantas. Wajahnya terus berubah menyampah.

"Tak naklah Mak Ngah. Kita nak join Mak Ngah, single forever," balas Hawa pendek sebelum menyambung kunyahannya. Mak Ngah berdecit.

"Apa cakap macam tu. Hawa kan muda lagi. Kalau ada jodoh, tak ke mana. Anak saudara Mak Ngah ni kan cantik, pandai masak. Mesti ramai nak," kata Mak Ngah, jelas tidak bersetuju dengan kata-kata Hawa.

In The DreamsWhere stories live. Discover now