Kalau orang minta dia describe Hawa dalam tiga perkataan, dia akan cakap, independent, reckless, and gorgeous.
Independent tu rasanya semua orang yang kenal Hawa dah tahu. Reckless pulak..dia baru sahaja tahu selepas dia berkahwin dengan Hawa. Dan gorgeous, huh.
Sampai sekarang dia tak pernah rasa bosan tengok isteri dia. Ya, salah satu faktornya mungkin sebab dia baru kahwin, masih mood pengantin baru, bla bla. Tapi..serius, Hawa memang cantik. Setiap kali dia pandang Hawa, dia rasa macam nak tarik senyum lebar dan tampar diri sendiri sebab tak mungkin ni isteri dia. Tak mungkin perempuan secantik ni dia punya.
Memalukan pulak ayat last tu.
Dan, independent Hawa pun satu hal jugak. Dia tahu yang Hawa dah biasa hidup sendiri, tapi kadang-kadang Hawa macam terlupa yang dia dah ada suami. Bukanlah bermaksud yang dia flirt dengan lelaki lain ke apa, tapi macam dia terlalu bergantung pada diri dia sendiri.
Haih. Tu bukan benda buruk la, Aniq. Baguslah kalau seorang perempuan boleh berdiri atas tapak kaki dia sendiri, tak payah nak mengharapkan orang lain. Kau tu je yang ego.
Aniq mengeluarkan telefon dari dalam poket seluarnya. Dia ingin keluar makan tengah hari dengan Malik. Oh, tak. Malik kata dia ada date dengan Ainur untuk lunch hari ni. Hawa pulak tak pergi kafe, sebab dia nak hantar segala pesanan customer dia. Semenjak dua menjak ni, macam banyak pula tempahan yang diterima oleh Hawa. Makin selalu pula Hawa tidur lambat dan berkampung di dapur. Dia ada juga beritahu Hawa supaya jangan ambil banyak sangat tempahan, tapi Hawa cakap dia dah biasa.
Hmm.
Aniq melihat mesej terakhirnya dengan Hawa. Dia chat Hawa macam dia chat kawan-kawan dia pula. Tak, dia chat Hawa macam dia chat ex dia (padahal dia tak ada ex). Sebab Hawa sangatlah..dry. Mungkin Hawa yang tak sedar.
Tiga hari lepas.
Aniq : Saayaangg, jangan lupa makan tauu. Abang tinggal je nasi kat kafe, nanti sayang balik kafe makan ye
Hawa : oh ok
Aniq : kalau nak abang drivekan cakap je
Aniq : abang bole je nak hantar
Aniq : kereta abang lagi besar, boleh letak banyak sikit barang
Hawa : takpe saya ok je
Dua hari lepas.
Aniq : sayangkuu awak kat mana??
Aniq : kata nak stay rumah
Aniq : main sorok2 dengan kucing jiran sebelah ke ape haaa
Hawa : takla nak tengok coffee machine baru sampai kafe
Aniq : oohh okk
Dan harini.
Aniq : baik2 hantar order..kalau ada problem roro je tauu
Aniq : nanti abang datang
Dan mesej dia tak dibalas. Hawa dah tengok, tapi dia tak balas lagi. Aniq tak tahu nak cakap apa. Hawa dalam masalah ke? Tapi dia tak rasa macam tu. Hawa kalau dalam masalah pun, dia pandai selesaikan masalah dia sendiri. Ke Hawa ada marahkan dia? Pun dia tak rasa macam tu jugak.
Aniq mengeluh. Dia mencampakkan telefonnya ke atas meja di pejabatnya. Rasa takde mood dah nak makan. Dia dah takde appointment petang nanti. Dari pagi dia jumpa klien. Sekarang nak makan, isteri dia pulak seen mesej dia.
Akhirnya, Aniq mencapai kunci keretanya dan bangun dari kerusi. Nak balik rumah la, tengok Hawa ada kat rumah ke tak. Mungkin Hawa tertidur, sebab itulah dia tak sempat nak balas mesej Aniq.
YOU ARE READING
In The Dreams
Romance'In the dreams, you were...' Mimpi sebagai episod pertama yang mengubah hidup mereka. Orang kata, apa yang dalam mimpi selalunya terbalik dari realiti, tapi Hawa Afreen tetap jatuh suka kepada lelaki yang dia nampak dalam mimpinya. Bila jumpa depan...