Forty-nine

70 3 0
                                    

Ain berjalan besama Maisara menuju ke kedai serbaneka yang terletak di tingkat bawah bangunan pejabat mereka. Rasa penat, nak regangkan badan sekejap dan cari makanan untuk makan sambil buat kerja.

Kedai serbaneka tersebut terletak di sebelah kafe yang turut menyediakan tempat duduk untuk yang ingin berehat dan minum air di situ. Warna kerusi dan meja yang lembut dan susunannya yang cantik sering menarik perhatian Ain. Dia selalu pandang walaupun hari-hari nampak.

Matanya mengecil ke arah dua orang yang sedang duduk di salah satu meja di hadapan kafe. Dia macam kenal lelaki tu, sebab memang dah selalu nampak. Dah selalu stalk. Tapi dia tetap nak tengok lagi sekali. Nak pastikan sama ada tu betul-betul orangnya.

Aniq tengah bercakap dengan seorang wanita. Nampak mesra. Dan wanita tu bukan Hawa. Kalau tengok lama-lama, wanita tersebut nampak lebih tua daripada Aniq. Pakaiannya menampakkan dia seorang wanita bekerjaya, dan gayanya sahaja menunjukkan dia seorang yang berwibawa. 

Aniq boleh berbual lama dengan perempuan tu? Siapa dia? Dan apa hubungannya dengan Aniq? 

"Wuit, Ain. Kau tengok apa tu? Nak beli jajan ke tak?" tanya Maisara dari hadapan pintu kedai serbaneka. Dia memandang Ain yang sedang leka memerhatikan sesuatu. Atau seseorang. Maisara terus mendekatinya dan memandang ke arah sama dengan Ain.

"Siapa tu?" tanya Maisara, turut memandang Aniq dan wanita yang tak dikenalinya. Tak, dia tak kenal dua-dua tu sebenarnya. Siapa yang Ain pandang ni?

"Shush. Kejap, mana handphone aku?" Ain terus memeriksa poket seluarnya. Shoot, dia tak bawak handphone. Macam mana boleh tak bawak? Di abad ke-21 ni, macam mana dia boleh tertinggal handphone dia? Dahlah ni saat genting. Dia kena rakamkan benda ni dan tunjukkan kepada Hawa.

"Ish, kau ni. Jangan sibuk hal orang la. Jom masuk kedai. Nanti lambat pulak. Kau dahlah tak hantar report lagi," kata Maisara sambil menarik tangan Ain supaya melangkah ke kedai. Ain ingin melawan, tetapi dia mengalah apabila mendengar kata-kata Maisara. Betul jugak, dia belum hantar report lagi.

Dia kena beritahu Hawa pasal perkara ni. Mesti Hawa terkejut.

Tapi..kenapa dia rasa excited?

.

"Boss, kalau saya nak berhenti kerja boleh ke?" tanya Daniel. Dia berdiri di hadapan kaunter, menghadap Hawa yang sedang membantu Kiera mengemaskini financial transactions dalam laptopnya.

Hawa dan Kiera serentak mengangkat kepala. Wajah Kiera berubah, tetapi dia tidak bersuara.

"Kenapa? Ada apa-apa problem ke?" tanya Hawa semula.  Daniel cakap dia suka kerja kat sini. Kenapa dia nak berhenti pula?

Daniel kelihatan teragak-agak untuk menjawab. Dia menggaru bahagian belakang kepalanya, memikirkan apa yang patut dikatakannya.

"Urm..ah, tak ada apa la. Gurau je. Nak tengok muka korang. Sayang jugak bos kat saya eh?" kata Daniel kemudian mengukir sengih. Dia mengangkat keningnya, ingin menunjukkan yang dia hanya bergurau.

Hawa memandangnya curiga. Tak pernah-pernah orang nak bergurau pasal berhenti kerja. Dan muka Daniel tadi memang nampak betul-betul serius. Tapi dia tak nak cakap lebih-lebih. Kalau Daniel betul-betul nak bincangkan perkara ni, dia tunggu Daniel cakap sendiri.

Daniel melambai ke arah mereka sebelum kembali ke tempatnya. Kiera mengekori langkahnya dengan ekor mata, matanya memerhatikan setiap gerak-geri Daniel. Nampaknya dia pun tak percaya yang Daniel cuma bergurau. Wajah Daniel nampak sugul dan gelisah sambil dia duduk di kerusinya, seperti ada sesuatu yang ingin disampaikan.

"Hawa."

Hawa mengalihkan pandangannya ke arah Ain yang kini sudah berdiri di hadapannya. Dia tak perasan pun yang Ain datang ke kafe. Wajah Ain seperti ingin memberitahunya sesuatu tetapi tak tahu bagaimana ingin mengungkapkannya.

In The DreamsWhere stories live. Discover now