Hawa melunjurkan kakinya ke atas bangku kayu panjang yang terletak di taman berdekatan dengan kafe. Penat berjalan setengah jam pusing-pusing taman. Dia cuma nak sibukkan fikiran supaya tak terfikir pasal..
Birthday Aniq. Ain confess. Aniq terima.
Hawa terus menggelengkan kepalanya. Geleng lima kali macam tak cukup, dia tambah lima kali lagi. Biarlah kalau orang ingat dia pelik pun. Dia tak nak fikir lebih-lebih pasal benda tu, nanti dia down bertingkat-tingkat. Kalau down, nanti tak ada mood nak buat kek. Dahlah ada satu lagi kek dia belum buat. Aduhai.
Tadi dia sempat singgah kafe, saja-saja melawat Kiera dan Daniel. Macam biasa, masing-masing masih lagi suka bertekak. Tadi Kiera marahkan Daniel sebab salah buat order regular jadi large. Lepastu Daniel pulak marah Kiera sebab dia yang tulis order tu large sebenarnya.
Sesi saling menyalahkan tu berlangsung selama tiga minit. Lepastu masing-masing sambung kerja macam tak ada apa yang berlaku. Hawa cuma mampu tergelak, sebab walau apa pun, Daniel memang sesuai kerja sebagai barista, dan sesuai kerja dengan Kiera. Masing-masing tak ada masalah untuk tegur each other, walaupun kadang-kadang sampai bergaduh.
Rasanya kafe dia takkan bankrap buat masa ni.
Lepas melawat kafe, Hawa singgah pula ke taman ini. Dia dah berjalan pusing taman tiga kali dalam tempoh setengah jam, dah tengok segala pokok bunga dan baca papan-papan tanda yang ada.
Sekarang ni nak buat apa?
Hawa mengurut kakinya perlahan, sekadar untuk nampak macam ada kerja untuk dibuat. Harap-harap muka dia tak nampak macam orang broken. Agak-agaknya orang yang lalu-lalang dapat tahu ke dia tengah berendam dalam kesedihan?
Hawa terus melilau ke arah sekelilingnya. Di bangku tidak jauh dari tempatnya, sepasang suami isteri berbangsa Cina yang sudah berusia sedang berbual tentang..dia tak tahulah. Dia tak faham bahasa Mandarin, ke Kantonis eh tu?
Tapi, dia tak rasa pasangan tu tengah berbual pasal dia. Mereka terlalu sibuk memandang wajah masing-masing dan saling tersenyum. Comel.
Okey, maksudnya orang tak tahu pun yang dia tengah broken.
Eh, mana ada broken. Kecewa sikit je.
Hawa mengeluh kuat. Dia dah penat. Siapalah yang dia nak tipu? Sampai bila dia nak tipu perasaan sendiri?
Fine, dia suka Aniq. Suka sangat-sangat.
Cukup?
Hawa memicit pelipisnya. Perasaan macam ni memang drain energy dia. Senang rasa penat dan sakit kalau kita ada perasaan suka kat orang lain. Lepastu senang terasa, senang gembira, senang tersentap. Fragile. Sebab itulah dia tak suka nak simpan perasaan pada orang lain.
Tapi Aniq...buat dia nak lebih. Nak lebih gembira, nak lebih attention, nak tengok lagi banyak senyuman Aniq. Senyuman mahal dia.
Haih.
Hawa menurunkan kakinya ke lantai sebelum dia bangun dari bangku kayu tersebut. Punggungnya dikibas-kibas, memastikan tiada pasir mahupun segala kekotoran yang terlekat.
Lebih baik dia balik dari terus berfikir benda bukan-bukan kat sini. Nak cuba resipi barulah. Cromboloni macam best jugak.
Tiba-tiba, dua titis air menitik ke belakang tapak tangannya. Hawa terus mendongak memandang langit. Mendung. Nak hujan rupanya.
Empat titis air hujan terkena baju dan tudung bawalnya. Pasangan suami isteri yang duduk di bangku sebelahnya sudah bangkit dan berlari ke arah pondok. Hawa tersenyum.
Dia? Dia duduk semula di bangku tersebut. Matanya masih lagi memandang ke arah langit yang sudah bertukar kelabu gelap. Bila-bila masa sahaja hujan akan turun. Sekarang pun dah gerimis-gerimis lebat. Namun dia masih lagi memandang ke atas, senyuman nipis terukir di wajahnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
In The Dreams
Romansa'In the dreams, you were...' Mimpi sebagai episod pertama yang mengubah hidup mereka. Orang kata, apa yang dalam mimpi selalunya terbalik dari realiti, tapi Hawa Afreen tetap jatuh suka kepada lelaki yang dia nampak dalam mimpinya. Bila jumpa depan...