"Ainur, baik kau duduk diam-diam, sebelum aku call laki kau dan suruh dia angkut kau balik," kata Hawa sambil bercekak pinggang dan memandang Ainur yang sedang menyusun egg tart ke atas tray yang berpenutup lutsinar.
Kalau tolong sikit-sikit tu dia okey lagi, tapi kawan dia ni dah berjalan non-stop selama setengah jam. Semua benda dia nak buat. Sekejap jadi cashier, sekejap pergi dapur keluarkan roti yang baru, sekejap pergi lap meja yang tak kotor pun. Pening Hawa tengok.
Ainur mendengus. Dia tetap menyambung kerjanya menyusun egg tart tersebut dalam timbunan yang rendah.
"Aku bosanlah duduk setempat je. Bagilah aku bernafas sikit. Kat rumah suami aku dah tak bagi banyak bergerak, bagilah aku bergerak bebas kat sini," kata Ainur dengan nada sedih. Selepas dia habis menyusun egg tart sehingga tray tersebut penuh, dia kembali semula ke dapur untuk meletakkan semula lebihan egg tart.
Hawa menggelengkan kepala. Dari dulu dia tahu yang Ainur ni memang aktif orangnya, suka bergerak, tapi sekarang macam berganda-ganda aktifnya. Tenaga Ainur macam tak depleted langsung. Dia yang risau tengok Ainur duk bergerak sana sini, dahlah kandungannya masih awal lagi. Belum cukup kuat, bak kata doktor. Even doktor suruh dia banyakkan berehat.
Haih.
Hawa mendekati Ainur dan menolak belakangnya ke arah sofa yang selalu Hawa duduk. Hari ni sebenarnya Kiera ambil cuti, sebab itulah dia macam acah-acah nak ajak Ainur untuk tolong dia dia kafe. Tak sangka pulak Ainur setuju. Habislah dia kena bebel dengan Malik tengah hari nanti.
"Dah, cukup. Simpan tenaga kau. Duduk sini diam-diam, biar aku pulak yang buat kerja. Kau tu pregnant, mak cik. Jangan banyak bergerak sangat," Hawa sempat memberikan nasihat. Dia rasa nak tergelak tengok bibir Ainur yang memuncung namun tetap akur dengan kata-kata Hawa. Risau pula kalau jadi apa-apa dengan kandungannya.
Hawa duduk di belakang kaunter, memandang ke arah Ainur yang sedang tersenyum memandang telefonnya. Mesti tengah chat encik husband. Sesekali Hawa bangun untuk mengimbas roti dan dessert yang dibeli oleh pelanggan, senyuman kekal terukir di wajahnya.
Tiba-tiba matanya tertangkap ke arah seseorang yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam kafe. Senyumannya terus pudar.
Ain.
Eh sekejap, apsal senyuman dia jadi pudar pulak? Hawa terus menarik senyum semula, matanya mengekori langkah Ain yang mendekati kaunter.
Pendek kata, mendekati dia.
Ain berhenti betul-betul di hadapan kaunter. Dia memandang ke arah sekeliling selain ke arah Hawa, seperti memikirkan apa yang patut dikatakan. Mata Ain berhenti di tempat business card disusun dua tingkat di dalam bekas berwarna hitam dan emas.
Tangannya mencapai sekeping business card tersebut dan matanya membaca tulisan yang tertera di business card tersebut. Dia kemudiannya memandang wajah Hawa, senyuman nipis diukir di wajahnya.
"Kalau nak tempah kek, kena contact nombor kat sini ke, or boleh direct terus cakap kat awak?" tanya Ain, suaranya halus bagaikan hembusan bayu laut.
Sangat..feminin. Patutlah Aniq suka, tak macam Hawa, suara kasar. Sempat lagi Hawa bermonolog.
Stop comparing yourself with her.
"Oh, contact number kat sini pun nombor saya sebenarnya. Nak contact kat WhatsApp or IG boleh, nak cakap direct sekarang pun boleh. Alang-alang tak ramai orang ni," balas Hawa sebelum berpaling ke arah Ainur yang sedang bermain games di telefonnya. Bosan la tu.
"Ainur, jagakan kaunter kejap," kata Hawa sebelum berjalan di hadapan dan dituruti oleh Ain ke arah kerusi kayu yang berada di bahagian meja tengah kafe. Ainur terus bangun, bibirnya tersengih sebelum dia berlari anak ke kaunter.
YOU ARE READING
In The Dreams
Romance'In the dreams, you were...' Mimpi sebagai episod pertama yang mengubah hidup mereka. Orang kata, apa yang dalam mimpi selalunya terbalik dari realiti, tapi Hawa Afreen tetap jatuh suka kepada lelaki yang dia nampak dalam mimpinya. Bila jumpa depan...