Twenty-six

61 5 0
                                    

Ain berjalan mendekati kubikel mejanya sambil bernyanyi kecil. Beg tangannya diletakkan di atas meja sebelum dia melabuhkan punggung di atas kerusinya.

Baru sahaja komputernya dihidupkan, Maisara, rakannya yang duduk di meja hadapannya menjengulkan kepala ke arahnya.

"Ain, kau tak tengok ke post Salsabila yang baru?" tanya Maisara. Melihatkan wajah Ain yang berkerut dan terpinga-pinga, Maisara pantas mencapai telefonnya dan berlari ke arah meja Ain. Lantaklah kalau orang nak marah dia sekalipun. Situasi sekarang ni tengah genting.

"Aku tak sempat bukak IG pun semalam. Jap, macam mana kau boleh tahu pasal post dia? Kau follow dia ke?" tanya Ain semula.

Maisara mendengus.

"Alah, orang famous. Lagipun IG dia tak private. Kau kena tengok post dia yang baru ni. Aku rasa..dia nak tujukan kat kau," kata Maisara, suaranya direndahkan di bahagian hujung. Dia menghulurkann telefon miliknya kepada Ain, ingin dia melihat sendiri post Salsabila.

Mata Ain bergerak kiri ke kanan, membaca tulisan yang tertulis di post Salsabila. Baru sampai baris ketiga, mata Ain membulat. Dia menekup mulutnya dengan tangan, tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Dia memandang semula ke arah Maisara yang masih lagi menanti reaksinya.

"Ni bukan rasa dah. Ni memang pasal aku. Kau tengoklah ni, dia siap tag IG aku! Kurang ajar betul," kata Ain. Dia memandang semula ke arah skrin telefon Maisara. Kalau ikutkan hati, rasa nak baling je telefon ni. Tapi bukan telefon dia. iPhone pulak tu. Huh.

Serius, meluat rasa baca post perempuan ni.

'Guys, today I don't feel like posting anything. I'm still so sad of my one friend, tak perlulah I nak sebut namanya, tapi I letakla IG dia supaya sesiapa yang maybe friends with her to be careful. (ainnhan_).

Recently, she lied to me and said that she has a bf, maybe because she felt insecure when I have one. I really didn't think that she would do that. After all, we've been friends for  years kot. But she did. And guess what? She lied. I just knew recently. Rupa-rupanya dia tipu I je supaya dia rasa puas hati. Then she broke her friendship with me, nak cakap yang dia dah tak nak I, sebab dia dah ada bf dia. This friendship of 7 years. I still cried sometimes when I remember our moments together, but yeah, people come and go. 

I don't know why I'm telling y'all this, but I just wanna say, you have to let go of people who think you're not worth their time. Maybe it's just not meant to be. Be strong everyone:)'

Ain memejamkan matanya rapat-rapat. Dadanya diurut, cuba menenangkan hatinya yang terasa panas menggelegak sekarang ni. Dia datang kerja pagi ni rasa happy, tiba-tiba nampak pulak post sampah ni.

Konon Salsabila kata tak nak sebut nama, tapi letak IG dia. Best friend 7 tahun? Baru 5 tahun la. Nak tipu pun agak-agak la.

Mesti ramai yang stalk IG dia lepas ni. Ain pantas mencapai telefonnya dan membuka Instagram. Accountnya diletakkan dalam mode private. Fuh, selamat.

"Tak baik la kawan kau ni post benda macam ni. Satu Malaysia kot boleh nampak. Tapi..betul ke, yang kau dah putus kawan dengan dia? Dan betul ke kau ada boyfriend, dan kau tipu yang kau sebenarnya ada boyfriend? Wow, Ain Hanisah, your life is such a drama!" kata Maisara sambil ketawa terbahak-bahak. Nasib baiklah masih pagi, tak ramai lagi yang ada kat office. Mereka berdua memang geng-geng datang terpacak paling awal kat company ni.

Ain memandang Maisara dengan perasaan terharu. Dia terus memeluk Maisara yang sedang berdiri dan dia pula sedang duduk. Dapat peluk pinggang pun jadilah.

"Kau ni kenapa pulak?" tanya Maisara, tangannya menepuk perlahan lengan Ain yang masih lagi memeluknya erat.

"Terima kasih sebab tak judge aku. Terima kasih sebab tak rasa aku ni jahat," kata Ain perlahan, menghela nafas panjang.

In The DreamsWhere stories live. Discover now