Hawa melabuhkan punggungnya ke atas katil di biliknya. Bahu kanannya yang terasa lenguh dipicit perlahan. Penat seharian masih terasa.
Lagi beberapa hari dia nak kena start buat tempahan soft cookies dari customernya. Dia dah bayar full pula tu. Hawa tersenyum lebar. Seronok sebab orang suka soft cookies yang dia buat. Well, dia tahu yang orang lain akan suka, tapi rasa gembira tu masih ada.
Hawa menghempaskan badannya ke atas katil. Ah, bestnya. Lepas dah solat isyak baru dia rasa nak golek-golek atas katil. Dah tak ada kerja untuk malam ni. Tinggal nak rehatkan badan je.
Mindanya menerawang ke peristiwa yang berlaku petang tadi, dan senyumannya bertukar menjadi sengihan. Takpe, dia sorang-sorang je kat sini, takde orang lain pun yang nampak kalau dia lompat bintang sekalipun.
Hawa memandang ke arah nasi goreng cendawan ditambah dengan seketul ayam goreng di dalam pinggan di hadapannya. Pandangannya dialihkan pula ke arah mi bandung kepunyaan Aniq. Matanya dikecilkan memandang Aniq.
"Nampak sangat tak adilnya ni. Aku makan nasi goreng, kau makan mi bandung. Mana aci," kata Hawa kemudian mencebik. Dia mencapai sudu di dalam bekas besi di bahagian hujung meja makan. Tangannya ditadah sebelum dia membaca doa makan.
Aniq memusingkan bola matanya ke atas.
"Banyak bunyilah kau. Nanti aku order yang pelik-pelik, kau tak nak makan, kan membazir. Nasi goreng ni a good start untuk kau mula makan kat luar. Sedap tau nasi goreng tu. Aku guarantee," balas Aniq. Dia siap mengangkat thumbs up dengan tangan kanannya, meyakinkan Hawa bahawa makanannya sedap.
Hawa mengetap bibir. Ah, apa nak jadi jadilah. Tak ada apa-apa pun kat dalam ni. Kau pun nampak kan orang tadi tu masak.
Dia menceduk sedikit nasi goreng dengan sudu di tangannya sebelum disuap ke dalam mulut dan dikunyah perlahan-lahan. Tidak lama kemudian, dahinya berkerut. Dia segera meletakkan sudu tersebut dan menyedut air ice lemon tea yang Aniq pesan untuknya.
Aniq menghentikan suapannya.
"Kenapa? Kau okey tak?"
Hawa mengangguk.
"Tak, rasa dia macam..pelik," ke tu cuma perasaan dia? Mungkin dia takut sangat sampai mindanya dah terbayangkan macam-macam rasa. Tapi sekarang ni dia takut nak teruskan makan.
Tanpa berfikir panjang, Aniq terus menceduk nasi goreng Hawa menggunakan sudunya dan disuap ke dalam mulut. Dia terdiam, cuba merasai nasi goreng tersebut.
"Okey jelah. Rasa nasi goreng cendawan memang macam ni. Selamat untuk dimakan," kata Aniq sambil mengangguk-anggukkan kepalanya. Sedap je dia rasa.
Hawa terpana. Satu, sebab Aniq makan nasi goreng dia. Guna sudu Aniq. Haha, takkanlah guna sudu Hawa pulak kan. Tapi..
Wah, lelaki ni memanglah. Dia lupa ke aku ni perempuan? Sesuka hati je.
Tetapi Hawa tetap merasakan sesuatu di dadanya. Macam ada rama-rama berterbangan di perutnya. Tengok Aniq yang langsung tak teragak-agak untuk rasa nasi goreng dia untuk pastikan yang memang tak ada apa-apa dalam makanan dia, Hawa rasa..
Lega?
Hmm.
"Lagipun, orang yang masak tu kat situ je. Kalau tak sedap atau rasa pelik, nanti kita saman pak cik yang masak tu," sambung Aniq lagi. Dia meneruskan suapan mi bandungnya tanpa memandang ke arah Hawa.
Hawa tersenyum.
.
Hawa memandang ke arah Cik Diana yang tersenyum sinis. Pandangannya diturunkan ke arah tangannya yang memegang sebuah bekas berisi makanan.
YOU ARE READING
In The Dreams
Romance'In the dreams, you were...' Mimpi sebagai episod pertama yang mengubah hidup mereka. Orang kata, apa yang dalam mimpi selalunya terbalik dari realiti, tapi Hawa Afreen tetap jatuh suka kepada lelaki yang dia nampak dalam mimpinya. Bila jumpa depan...