Twenty-nine

61 5 0
                                    

Ting! Tong!

Hawa yang sedang membasuh pinggan di dapur terus menoleh ke arah pintu. Dia mencuci tangannya yang bersabun sebelum dikeringkan dengan tuala yang tergantung dan berjalan ke tingkap hadapan rumahnya, ingin melihat siapa yang datang. Petang-petang macam  ni, dah nak maghrib pula tu.

"Ainur?" Hawa terus membuka pintu rumah. Ainur yang berdiri di luar pagar rumah Hawa terus membuka pintu pagar yang sememangnya tidak berkunci dan berjalan masuk. Bibirnya mencebik bagaikan baru sahaja habis menangis.

Ataupun belum habis menangis.

"Hawaaaaaa!" Ainur meraung lalu memeluk tubuh Hawa yang masih lagi terpinga-pinga. Dia membiarkan Ainur menangis dalam pelukannya tanpa kata-kata.

Selepas beberapa lama, Ainur melepaskan pelukannya. Dia mengesat air matanya dan mengibas-ngibas mukanya dengan tangan, ingin meredakan tangisan.

"Kau dah kenapa pulak ni? Gaduh dengan suami kau ke?" tanya Hawa sambil bercekak pinggang.

Ainur mengangguk. Bibirnya masih lagi mencebik. Kalau salah cakap sikit ni, mahu mak cik ni menangis lagi sekali.

Hawa melirik ke arah bagasi besar berwarna coklat yang dibawa oleh Ainur. Matanya terus membulat.

"Weeeeiii. Kau nak tidur sini ke? Laki kau macam mana?" tanya Hawa lagi. Bukan main besar beg kawan dia ni bawak, macam nak pindah sini terus je.

Ainur menggeleng.

"Biarlah dia. Alah Hawa, tak boleh ke aku nak duduk sini kejap? Aku tak nak balik rumah parents aku, nanti mesti kena bebel. Boleh la aku nak duduk sini. Boleh laaaa. Eh? Eh?" Ainur menggoyang-goyangkan badan Hawa. Dia dah tak mampu nak buat muka comel. Nanti jadi macam hantu pula. Dah terlalu desperate dah ni, tak tahu lagi nak pergi mana.

Hawa mengeluh. Dua orang ni kan...gaduh je. Lepastu dia jugak yang jadi mangsanya. Akhirnya Hawa mengangguk. Takkan nak campak kawan dia ni tidur kat tepi jalan pulak.

Ainur terus tersenyum lebar. Dia tahu Hawa takkan menghampakannya. Tetapi baru sahaja dia ingin melangkah masuk ke dalam rumah, tangan Hawa pantas menahan pintu.

"Aip, nanti dulu, jangan cepat sangat. Bagitahu aku, salah siapa ni?" tanya Hawa, matanya memandang tepat ke arah mata Ainur. Ainur cuba melarikan pandangannya, tetapi Hawa menyengetkan kepalanya, mencari mata kawannya.

"Alah, kalau cerita kat dalam tak boleh ke? Panjang la ceritanya. Bagilah aku masuk dulu, dah nak maghrib ni. Tak baik tau," kata Ainur, cuba untuk mengelak. Kalau tiba-tiba dia cerita lepastu Hawa buat keputusan untuk tak nak tolong dia, kan naya.

Hawa tersenyum sinis.

"Amboi, pandai kau nak mengelak. Kau yang datang rumah aku maghrib-maghrib. Rumah sendiri ada, sibuk nak lari. Takde-takde, bagitahu aku dulu. Aku tak nak cerita panjang-panjang, aku nak tahu je. Siapa yang salah kali ni? Ainur Qaleesya, atau Muhammad Malik?" Hawa tersenyum dan mengangkat kening, tanda dia tidak main-main. Tak jawab, memang sampai maghrib la kat depan pintu ni. Dia okey je.

Ainur berdecit. Dia memandang ke kiri, tidak ingin bertentangan mata dengan Hawa.

"Aku," perlahan saja suara Ainur menjawab. Hawa mengerutkan dahi. Dia dengar, tapi tak puas hati.

"Siapa?" Hawa mengulang soalannya.

Ainur mendengus.

"Ish, aku la yang salah! Memang salah aku pun. Tapi aku sakit hati sekarang ni, sebab tulah aku keluar. Cukup?" Ainur membentak. Dia berpeluk tubuh, wajahnya cemberut menahan marah. Marah sebab Hawa paksa dia mengaku kesalahannya.

In The DreamsWhere stories live. Discover now