Tiga bulan kemudian...
"Banyak sangat ais, tak cukup susu, ni..apsal sikit sangat ni?" kata Kiera, menganalisis satu-persatu minuman yang dibuat oleh Affan, barista baharu di kafe. Tak, dia masih lagi berlatih nak jadi barista. Sementara itu, Hawa turut membantu di kafe dalam membuat minuman dan mengajarkan barista baharu tersebut cara-cara membuat minuman.
Tapi sekarang Hawa tengah keluar dating dengan suami tersayang, bermakna Kiera yang kena jadi judge tak berbayar untuk menilai hasil minuman budak baru ni. Disebabkan judge tak berbayar, kos jadi baik hati pun takde ya. Dia memang cakap straight to the point je.
"Oh, tak cukup ke? Ingatkan orang letak banyak ni. Biasanya ada kafe letak air sikit je," kata Affan sambil menarik semula cawan plastik yang berada di tangan Kiera dan memandang ke arah minuman yang dibuatnya.
"Tak, tak cukup. Kan Kak Hawa dah cakap letak banyak mana haritu. Kok masih ga ingat lagi," kata Kiera. Affan tersengih.
"Okey, okey, orang buat balik. Yang ni tak cukup susu, ni kena kurangkan ais je kan? Yang lain dah okey kan?" tanya Affan kembali. Kiera mengangguk. Affan mengangguk faham kemudian kembali semula ke tempatnya.
Sekarang tengah tak ada pelanggan, jadi bolehlah dia tolong Affan sikit-sikit untuk buat minuman yang dia masih tak reti. Kalau ada pelanggan, memang dia kena swap title dengan Affan, dia pulak yang jadi barista dan Affan jadi cashier. Lelaki itu ada pengalaman menjadi cashier tetapi disebabkan kafe ni tak perlukan ramai cashier, jadi Hawa menawarkannya untuk menjadi seorang barista.
Kenapa ambil barista baru? Sebab Daniel dah berhenti kerja. Dua bulan lepas. Selepas dia dan Kiera membuat keputusan untuk memujuk mak Daniel supaya membenarkannya bekerja dalam bidang IT whatsoever tu, mereka bersama-sama berjumpa dengan mak Daniel. Dan Kiera membantu Daniel serba sedikit untuk memberikan lebih insight tentang apa sebenarnya skop kerja Daniel.
Dah macam consultant pulak. Tapi memang tak sempat nak cakap panjang-panjang, mak Daniel terus setuju. Mungkin sebab dia nampak Kiera datang sekali jumpa dia, dan dia terus tertarik hati. Sepanjang Kiera berjumpa dengan mak Daniel di rumah Daniel, mata mak dia memang sentiasa memerhati segala pergerakan Kiera, dengan senyuman yang tidak lekang di wajahnya. Macam tengah jumpa bakal menantu pulak.
Okey, tukar topik.
Jadi begitulah endingnya. Daniel dah berhenti kerja kat kafe, dan Hawa kena ambil pekerja baru. Awal bulan ni, barulah ada yang berminat untuk bekerja di sini, iaitu Affan. Nak mengajarnya masya-Allah, bukan main susah. Affan macam budak 4 tahun yang jakun tengok semua peralatan barista. Lepastu attention span dia macam cuma boleh bertahan dalam 15 saat, lepastu mesti dia dah tak fokus. Selamat muka comel.
Eh, budak tu baru umur 19. Baru habis STPM. Tu yang blur-blur sikit, nak marah pun tak sampai hati sebab umur je 19, perangai macam budak 9 tahun.
"Kak, nak tanya sikit boleh?" tanya Affan tiba-tiba. Dia muncul di sebelah Kiera yang sedang membawa keluar batch baru roti untuk disusun di dalam bekas di atas meja panjang yang terletak di bahagian kanan kafe.
"Woi, terkejut aku. Tanya apa?" balas Kiera, kakinya melangkah ke arah meja panjang sambil diikuti oleh Affan di sebelahnya. Kiera membuka penutup bekas dan memasukkan roti satu-persatu menggunakan penyepit.
"Jangan terkejut tau."
"Apa, nak tanya aku single ke tak ke?" tanya Kiera. Affan mengerdipkan matanya, terkejut kerana Kiera dapat meneka apa yang ingin dikatakannya.
"Wuish, macam mana akak tahu? Sebab, saya ada abang. Umur dia dalam 26, eh salah. 25. Sebaya dengan akak kan? Dia ada tanya saya haritu, ada ke orang single kat kafe ni? Kalau ada, introduce kat dia."
YOU ARE READING
In The Dreams
Romance'In the dreams, you were...' Mimpi sebagai episod pertama yang mengubah hidup mereka. Orang kata, apa yang dalam mimpi selalunya terbalik dari realiti, tapi Hawa Afreen tetap jatuh suka kepada lelaki yang dia nampak dalam mimpinya. Bila jumpa depan...